Wednesday, December 17, 2008

Petua Dapur Kak Wawa part 1

Hari ni aku ada mood sikit nak share tentang petua kat dapur based on pengalaman aku sendiri.

Aku mulakan ruangan petua ni dengan tips penyediaan bahan memasak:

1. Biasakan memasak dengan jumlah bilangan bahan yang ganjil.Cth 3,5,7,9...ulas bawang/cili. Ni org tua2 punya tips....apa beza dgn kalau kita masak guna bilangan genap aku pun tak tau...hehehe

2. Bahan masakan yg ditumbuk guna lesung batu lebih 'kick' dari yg dimasak guna mesin pengisar. Aku lebih suka guna lesung batu sbb tempoh menumis jadi lebih singkat sbb tak banyak air bawang yang keluar banding diblend.

3. Cuci ayam dengan sedikit tepung gandum utk hilangkan hanyir ayam. Sekiranya ada ikan, atau udang atau apa saja bahan makanan yg nampak agak kurang segar...boleh gunakan sedikit tepung untuk membuang rasa dan bau yg kurang enak. Asam jawa/keping/limau boleh hilangkan hanyir makanan laut yg fresh tapi kurang berkesan menyahkan bau busuk kalau bahan2 tu dah keluarkan "bau badan" mereka. kang ada yg kena guna rexona pulak...kuang,kuang,kuang.

4.Saiz bahan2 pun main peranan juga....bawang yg bersaiz lebih kecil lebih sedap banding yang lebih besar walaupun bawang besar.Aduhaiii...pening pulak ayat ni...gini, bawang besar yg bersaiz kecil banding kawan2 dia yg besar gedabak tu lebih sedap dan manis rasanya.

5. Cili merah/hijau yang berbentuk agak berkedut lebih sedap dan pedas dari cili yg bentuk bulat dan licin spt yg banyak dijual kat hypermarket (yang ni bau agak "maung" dan tak pedas langsung, rasa sayur jer). Biasanya kalau wet market biasa ada cili segar yg sedap dan rasa pedas.

6.Bawang putih ketuk kasar (guna pisau)mcm cara masakan menu makanan Thailand tu ada aroma dan kesedapan yg tersendiri...tak caya cubalah!

7.Banyak atau sedikit kandungan asam jawa atau asam keping tu sebenarnya bergantung pada menu masakan juga. Elakkan guna asam yg banyak untuk masakan berasaskan daging, ayam dan makanan laut mcm udang, sotong, kerang, ketam sebab boleh mematikan rasa manis original bahan2 tersebut. Ikan adalah bahan yg sesuai utk dimasukkan lebih asam utk masakan mcm pindang, asam pedas, sambal dsb.

8.Hati ayam dan lembu tak boleh dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia keras mcm batu....tempoh dan proses masakan yg betul boleh menghasilkan rasa sedap,manis, tekstur anjal dan lembut. Rebus seketika hati ayam sebelum dibuat masakan bergoreng, ini bukan saja lebih sedap tapi dapat elakkan dpd hati meletup bila kena minyak panas. Hati lembu just potong nipis dan kecil.Berhati2 dgn hati lembu sbb kandungan darah agak banyak.

9.Udang, sotong, ketam akan fresh dan sedap kalau dimasukkan bila bahan masakan dan 3/4 masak. So, dlm bahasa yg lebih mudah...jgn masak lama makanan laut ni...just nice kalau on time saja...ini bukan bermakna mentah atau kurang masak, tapi cukup masak dan tak terlebih masak.....apa aku tulis ni, berbalik2 arrr...

10.Jangan lupa niat masa masak mesti baik; untuk menghidangkan hidangan halal yang lazat utk keluarga agar mereka sihat dan rajin buat ibadah serta mohon Allah tambahkan perisa masakan tu dgn kasih sayang antara kita suami/isteri/anak & mak ayah. Lalukan air pada bilasan terakhir masa cuci bahan2 masakan dgn Bismillah dan selawat. Jangan ada niat utk riak nak tunjuk skill masak kalau org datang...nanti masakan tak menjadi!...hehehe.

Selamat Mencuba!

Tuesday, December 16, 2008

Nasi Ayam Wawa

Ni aku share resepinya....ciptaan aku sendiri tau!
 
Nasi:
1 kg beras wangi (sukat berapa cawan beras, pastikan air lebihkan 1 cawan.)
Halia sebesar ibu jari (hiris kasar boleh, ketuk boleh, aku tumbuk halus utk impak maksima!)
Bawang putih 3-5 biji (kalau saiz besar guna 3 jer- potong dadu kecil, tumbuk halus pun boleh)
2 helai daun pandan
1/2 kiub ayam magee
garam sesedap rasa (tak perlu banyak sbb air rebusan ayam dah ada garam)
1 sudu minyak jagung/ bunga matahari/ minyak masak biasa
1 sudu besar margerin
 
Ayam:
1 ekor ayam sederhana besar- potong 4 bhgn
2-3 sudu minyak bijan
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
minyak yang banyak utk menggoreng
 
Sup:
rempah tumis-bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan cengkih
3 ulas bawang putih -ketuk kasar
Halia sebesar ibu jari -potong atau ketuk kasar
satu bunjut rempah sup
1 kiub ayam magee
 
Kicap:
1 1/2 sudu besar minyak bijan
sedikit halia & bawang putih yg ditumbuk halus
kicap manis kipas udang @ jalen - ikut suka nak banyak mana
sedikit air
 
 
Sos:
7-8 biji cili merah
3-4 biji cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit air
3 - 4 sudu cuka makan
gula, garam & perasa
 
Ulam/sayuran:
salad (lettuce)
timun
tomato
daun sup & bawang goreng (buat sendiri bawang goreng lebih sedap dan wangi)
 
Cara Masak:
 
Buat air rebusan & sup
1. Masukkan air dalam periuk yg besar dgn sukatan air yg secukupnya utk masak nasi & sup
2. Masukkan rempah tumis, halia, bwg putih, dan garam.
3.Rebus sehingga ayam agak masak dan cucuk dgn garpu, kalau tak ada darah boleh angkat dan toskan.
4.Keluarkan air rebusan sebanyak mana sukatan beras dna lebihkan sedikit utk melembuatkan nasi.
5. Lebihan air rebusan tu modify sikit jadi sup yg sedap kaw...kaw....dgn masukkan kiub ayam. Masukkan  sedikit bawang yg digoreng dan sedikit minyak bawang  goreng tu utk direnjiskan dlm sup.
 
Nasi:
1.Tumis dlm rice cooker sesudu minyak dan sesudu margerin.
2. Masukkan bawang putih & halia - biar kekuningan
3.Masukkan beras yg telah ditoskan....goreng beras dgn kacau2 seketika.
4.Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam dan sesuaikan rasa garam...tak perlu letak banyak garam sbb kiub & sup dah masin.
5.Masukkan daun pandan dan biar nasi masak. On kan semula butang warm 2-3 kali utk hasil masakan yg sempurna.
 
Ayam:
1.Lumur 4 bhgn ayam dgn minyak bijan dan sedikit pes bawang putih
2.Tak perlu letak garam sbb dlm air rebusan ayam dah ada garam.
3.Goreng ayam dgn minyak yg banyak dan jgn terlalu garing, toskan dan potong bila hendak dimakan.
 
Sos:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa, sos mesti cukup masam,manis,pedas dan masinnya.
 
Kicap:
Masukkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Cair atau pekat kicap itu bergantung pada selera korang!
 
Makan dgn ulam dan  jgn lupa baca Bismillah.

Jom main masak-masak part 2


Daging masak kicap (favorite mizul, suami tercinta)

Hati & kentang goreng rempah

Sambal udang petai (kegemaran Min, asal sajer udang!)

Sardin goreng asam (masa kecik2 dulu, benda ni lah yg aku suka sgt mak masak...)

Mee Siam @ Beehoon (Kika tak boleh jumpa benda ni...dia makan sampai licin!)

Kueteow Goreng 



Monday, December 15, 2008

Jom Main Masak-masak...

Aku tak sihat sejak semalam, so not in a good mood to think & to write something interesting.... just sharing these pictures utk hilangkan lepas dan lepas ....selsema & sakit tekat ni amat merengsakan....doakan aku cepat sembuh kay!
 
Layanzzzz.....

Sup Shitake Ala Steamboat

Sambal Minang

Telur Dadar Rumah No.8

Sup Timun & Crab Meat

Sambal 2 in 1: daging & udang

Mee Hailam

Ikan Selar Taucu

Thursday, December 11, 2008

Maafkan mama sayang...

Dah lama sangat rasanya aku tak update kan blog ni...rasa sunyi dan sepi jer.Sebenarnya aku agak busy akhir2 ni, almaklumlah hujung tahun banyak benda terpaksa disiapkan.

Hari Raya Korban baru berlalu, meninggalkan bermacam-macam perasaan yg bercampur baur dalam jiwaku. Memang kali ini, raya agak meriah dari raya korban yg sebelumnya sbb ramai ahli keluargaku yang dapat berkumpul. Dah lama rasanya tak berhimpun ramai2...aku rasa insan yg paling gembira dan bahagia tentulah mak dan ayahku...tergambar senyuman kebahagiaan pada wajah mereka yang telah dimamah usia.

Apa yang menarik kali ini, keluarga besarku di Muar mendapat 2 orang ahli baru yang kebetulan orang Pantai Timur, Acik Shukri( Kuala Berang, Terengganu) & Yusof (Bachok, Kelantan)...hehehe...first time dia org beraya makan ketupat dan lodeh.

Sebenarnya dalam kemeriahan itu, jiwa aku sebenarnya sedih yang teramat...semuanya bermula pada malam raya tu...aku memang busy sangat sbb nak uruskan 8kg kerang...iyalah nak buat rendang kerang di samping rendang daging yg biasa ada setiap kali raya. Nasib baik Kak Ena banyak bantu masa kopek isi kerang tu. 

Malam tu, sedang aku sediakan bahan-bahan untuk bikin rendang, tetiba Pia anak buahku turun ke dapur beritahu yang Yasmin ter**tut** dalam seluar...basah lenjun pyjama tidurnya. Memang dari siang lagi anak-anak ku tak berhenti-henti bermain dgn sepupu2nya...berlari terjerit2 mcm kena serang histeria.Biasalah budak-budak kalau jumpa sekali sekala...aku pulak entah kenapa masa tu hangin satu badan...iyalah, badan dah letih, kerja tak habis-habis lagi...anak-anak pulak tak dengar cakap walaupun dah berkali-kali ditegah.

Aku ambil Yasmin bawa masuk toilet, dan apa lagi....aku lepaskan segala penat, letih, perasaan marah pada dia...dah terlalu lama tak naik tangan denagn anak-anak, tapi hari tu aku mcm singa lapar pulak...ringan jer tangan aku singgah kat punggung Min..satu das kiri, satu das kanan...tak cukup lagi aku bagi extra satu kat kaki....aku tengok Min pandang aje tepat ke muka aku...sayu pandangan dia tapi langsung tak menangis...dia tahu itu salahnya sbb dah berkali-kali aku pesan jangan asyik berlari dan kalau nak ke toilet jgn tahan-tahan nanti sakit perut....rupanya terus terbarai banjir kat bilik tidur masa sakan bermain mengelinjang (bahasa muor) tak tentu arah....tak cukup aku bagi "upah" dekat Min...Kika pun aku tumpangkan sekaki....entah kenapa tak pernah2 aku pulas telinga Kika...kali ni aku pulas mcm pulas volume radio jer...memang aku baran sangat2 dgn mulut tak henti2 membebel....Lepas tu aku paksa dia orang tengok TV kat dapur, duk sebelah ayahku dan suruh Ngah Sahak suami Angah jaga dia org berdua jgn berlari kat rumah atas dgn sepupu2 dia yg lain....Kijam sungguh Kak Wawa malam tu...entahlah, sampai hari ni aku rasa menyesal sgt sebenarnya...sebab tu masa Hari Raya aku tak ada mood, bergambar pun malas, tak der sekeping pun gambar hidangan raya..memang tak keluarkan kamera langsung...dan opppss...nasi dagang aku pun tak menjadi...kacau sugguh perasaan aku masa tu..sama mcm cuaca yang mendung dan hujan sepanjang hari.

Malam tu lepas suhu kemarahan aku reda dan kembali ke tahap normal, aku pangiil kedua-duanya...usap dan belai mereka, aku minta maaf banyak2 kat budak2 berdua tu...Maafkan mama sayang...tapi, apa yg aku lakukan tu tak sepatutnya berlaku...betapa lemahnya ku dalam mempertahankan kesabaran sebagai seorang ibu.Aku hanya manusia biasa yang lemah dan alpa, sekali lagi maafkan mama sayang!

Thursday, November 20, 2008

Ohhh Nasi Goreng...

Nasi Goreng Cili Kering


Tetiba jer rasa nak menulis fasal nasi goreng.Aku percaya semua orang pernah makan menu yg satu ini.Tak kiralah nasi goreng jenis apa, yg pentingnya inilah salah satu hidangan ringkas lagi menyelerakan yg digemari ramai seantero Malaya.Dari gerai, warung, restoran hinggalah ke Hotel 5 bintang, nasi goreng tetap dapat sambutan.

Masa zaman kanak-kanak dulu, aku memang selalu makan nasi goreng ni....tapi, bukanlah yang canggih punya...nasi goreng family kami sempoi sangat, mak atau angah cuma letak bawang, cili dan ikan bilis...pastu nak kasi sedap sikit buh lah telur....kalau ada sawi atau kacang panjang berserilah sikit rupa nasi goreng hari tu...memang simple tapi makan rasa tak cukup-cukup....tak pernah hidangan nasi goreng kat rumah mak berbaki atau tak habis....biasanya licin! Dan aku paling suka kalau mak masak nasi goreng guna cili kering yang ditumbuk, sedap lain macam!

Anak-anak aku semuanya berselera dengan menu yang satu ini. Kalau hari cuti, biasanya aku akan tanya budak-budak nak breakfast apa? Min kadang tu, mata pun tak bukak lagi tapi boleh jawab, Nasi Goreng! kalau tak ada lebih nasi malam semalam, kenalah aku masak nasi dulu untuk disantap penduduk rumah no.8 ni...

Nasi goreng ni pada aku sgt istimewa atas beberapa sebab musabab..kalau nak cepat, buat nasi goreng, kalau nak jimat buat nasi goreng, kalau nak kenyang buat nasi goreng, dan kalau nak gemuk pun buat nasi goreng gak...harharhar....tu fasal lah body cun! selalu sgt makan benda alah yg satu ni! Memang nasi goreng ni banyak kalori kan...

Aku ada bermacam-macam jenis resepi nasi goreng ciptaan aku...mana taknya, main campak jer apa benda yg teringin....nak merah letak cili merah, nak hijau letak cili hijau, nak kuning letak kunyit, nak hitam letak kicap...nak pucat lesi tak payah letak cili!
pastu awas2 (bahasa Perak), atau hawas2nye(bahasa Pahang mak mertua aku) atau rempah (bahasa mak aku) atau bahan2 (bahasa chef kat TV)boleh letak apa sahaja...ayam, daging, udang, sotong, ikan bilis, telur, fish ball, fish cake atau apa-apa aje....Beres!

Malam tadi, balik dari beli barang2 dapur aku terasa lapar...balik opis dah makan roti canai, tapi dah maraton cari barang kat tesco...terasa penat & lapar pulak...apa lagi, menggorenglah kita weh.....Aku masak nasi, zul tumbuk cili kering sebab nak pekena nasi goreng cili kering tumbuk...cili blend tak sama rasa arrr...sayur yg ada cuma bayam, bayam pun bayamlah....janji bersayur sudah! Dan malam tadi...bertambahlah kalori kami sekeluarga berlori-lori kontena...

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Nasi putih - sejukkan dan kacau guna senduk (paling sedap guna beras super biasa)
Cili kering 5-6 tangkai (buang biji dan rendam air panas)
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis

Tumbuk bahan2 di atas sehingga lumat

Telur
ayam/daging
sayur (sawi/kacang pjg/kubis atau apa sajer) petai ke! eh sedap ke? x penah bubuh la plak...harharhar

Sos tiram, garam dan perasa....

Goreng mcm yang korang selalu buat....wallaaa!

Monday, November 17, 2008

Konvokesyen Kika




Seluruh isi rumah no.8 begitu sibuk pada pagi Ahad -16/11/2008. Ada peristiwa penting yang bakal berlaku pada puteri sulungku hari itu. Majlis Konvokesyen Tadika Bijak cemerlang bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.
Bunyi mcm grand jer...almaklum kena bayar RM66.00 utk 2 org anak dan parents.

3-4 hari sebelum datangnya Ahad yg ditunggu2, Kika asyik berlatih menyanyi nasyid lagu "sepohon kayu daunnya rimbun" aduhai...aku terfikir kenapa dlm banyak2 lagu nasyid lagu evergreen ni jugak yg dipilih cikgunya....dari zaman aku budak2 sampailah dah umur 34 thn ni, lagu ni jugak yg jadi pilihan...paling tidak pun pilih arrr lagu Raihan ke, Rabbani ke, kalau lagu Opick jauh sekali lah....agaknya lagu ni memang dah kena booked dgn tadika satu malaya berabad2 lamanya kot....

2 hari sebelum majlis, poketku bocor di jusco...beli baju kurung kuning sbb sekolah hantar surat wajib pakai baju kuning utk peserta nasyid (surat dihantar 3 hari sblm majlis....aduhaiiiii).Bukan tu jer, ibu kena make-up kan anak sblm datang...alamak...aku tak der eyeshadow (yg terbaru pun yg beli 2 thn lepas...dah beku pun bodyshop eyeshadow tu), lipstick pun dah tinggal tunggul...baru jer plan nak beli baru. Kos baju kurung RM49.00, eyeshadow, lipstick & blusher RM76.90.Jumlah semua: 125.90...anak punya fasal, tak apa lah....aku tak nak dia rendah diri...semua kawan dah mcm opera Cina nanti...tak kan dia datang dengan muka pucat lesi jer...

maka pagi ahad yg hening tu terlerailah segalanya...Kika dan kawan2 menyanyi dgn penuh semangat (bukan nyanyi pun...menjerit ada lah...)Lagu pertama nasyid "sepohon kayu" dan lagu kedua "gajah gelek-gelek". Kedua-duanya tahap melepaskan batuk di tangga...semua ke lautttt...bukan nak kutuk...tapi kenyataan...aku tak salahkan budak2 tu...mcm mana cikgu latih budak2 ni...dah tu tak sampai 5 minit dah habis....ada props pun mcm tak der...hish, serupa mcm satu hari practised jer hasilnya...geleng kepala aku...tak apalah nak...anak mak tetap vogue gitu...nyaring jer suara kika jadi vokalist ke-4....teringat zmn mama muda2 dulu.

habis majlis, kita orang ambil makanan yg ditapau...punyalah sakit hati dgn pengurusan sekolah ni...tak habis2 sebenarnya aku hangin dgn tadika Kika dan Min ni...pihak sekolah ni memang suka kaut untung....duit makan kena bayar 1 anak RM15.00 (sorang anak, dan ibu bapa). Aku ada 2 anak, tapi cikgu bagi surat kena bayar 2 set...so, utk makan kena bayar RM30.00...sedangkan dapat 4 kotak nasi jer....bayar utk harga 6 orang...tu baru sikit nak citer fasal kekurangan sekolah tu...aku bukan nak burukkan imej sekolah...almaklumlah owner orang _ _ _ _?? ....tapi, sekolah dah operasi 7 thn...ada 5 cawangan seluruh Melaka, sekolah berteraskan Islam (ada smart reader & mental arithmatic) pengurusan tahap _ai_ ku_ _ _g (jahat aku ni...)Pengurus tadika cakap punyalah berwawasan...tapi kenyataannya, indah khabar dari rupa....memang sekolah makan duit!

Apapun, Kika dah berjaya tamatkan prasekolahnya. Dapat nombor 5 dgn 93%...satu subjek iaitu Jawi yg dia tak dpt A. Memang dia lemah sikit subjek Jawi ni...kena tuisyen lah jawabnya nanti...semoga ilmu yg dia dapat tu berkat, walaupun mama dia kaki complaint!

Selamat Tinggal zaman tadika....selamat datang alam persekolahan sebenar 2009, Insyaallah.





Kika & Min sampai di auditorium Masjid al -'azim





Dah besar anak mama & papa





"Sepohon kayu daunnya rimbun"




"Gajah gelek-gelek"





meh mama siapkan, sayang





hadiah





Kika ambil sijil





Kika & kengkawan...






Kika and her bestfriend, Rabiatul



Wednesday, November 12, 2008

Menu Hari Kerja......

Mmmm...lama tak share gambar masakan kat sini...hasil air tangan aku masa minggu lepas, tapi tak banyak yg dpt aku letak sbb beberapa kali jugak makan kat luar balik keje...so, ini aje yang sempat dirakam lensa kamera aku; tomyam, sambal ayam, telur dadar, ikan masak kicap, ikan goreng cili padi. Rasa rugi pulak tak shoot gambar masakan mak mertua masa balik Pahang minggu lepas, mak masak ikan selar masak kering, rebung cili padi dgn belulang & udang dan beberapa menu masakan kampung yang menyelerakan...ikan patin tempoyak temerloh yg kami beli hari tu pun lupa nak ditangkap gambar...almaklum penat sungguh badan berkejar ke sana ke mari....

Biasanya kalau balik kerja aku akan masak lauk yang simple2 aje. Apa yg ada dlm fridge, itu aje yg jadi santapan...kadang tu, singgah jugak kat mini market depan rumah beli bahan masakan. tomyam memang selalu ada dlm carta dapur Kak Wawa sebab senang dimasak dan favorite orang2 dlm rumah no.8 ni...

Rasanya minggu ni (sabtu) nak buat nasi dagang....tengoklah kalau tak busy dan semangat rajin masih ada...kalau malas, makan tosei mamak depan rumah aje lah....lama jugak tak makan tosei dengan sambal nyior kat Restoran Ayoob tu...sedapnya sesekali pekena tosei.





Tauhu Jepun





Siakap sweet & sour




Seafood Paprik Berkicap




Siakap cili padi



Sunday, November 9, 2008

Selamat Pengantin Baru Azizul & Fatima

Cuti sekolah dah nak bermula...maka sinonimnya musim cuti sekolah ni ramai lah teruna dara yang menamatkan zaman bujang masing2. Aku baru jer balik mlm tadi dari Pahang. Penat sungguh rasa badan, memang macam tak larat nak bangun subuh pagi tadi...tapi, kuatkan jugak semangat sbb kalau terlambat sikit nanti boleh merah punch card!

Jumaat lepas, habis jer waktu pejabat dah berkejar balik Raub...pastu pagi2 Sabtu tu dah kelam kabut bersiap sbb nak tengok anak buah m.zul bernikah. Anak sulung Kak Ngah ni Jijol namanya dan nak nikoh dgn Cikgu Fatima orang Felda Jengka 23. Sama cantik sama lawa....akhirnya dapat gak Kak Ngah & Abg Ngah menantu sulung...Tahniah!

Pagi Sabtu tu sebenarnya teramatlah mencabar; iron baju, mandikan anak2...dah tu budak meragam tak nak bangun sbb tak cukup tidur....gerammmm. M.zul bawak kereta dah mcm schumaker, manjang 160km/j. Kecut perut aku, sampai tergolek2 Min & Kika kat belakang....pulak tu aku kena suapkan anak2 breakfast meal kat dalam kereta...habis bertabur2. Ini pengalaman pertama ke Jengka, memang tak nampak benda lain, semua pokok kelapa sawit sbb ikut Highway Karak/Pantai Timur exit kat Chenor. Pastu boleh pulak terlajak2 ke Felda Jengka 20...patah balik semula sbb kena ikut simpang kat Jengka 18. Bila sampai kat tempat dituju, semua orang dah bersiap2 nak menghantar mempelai nikah kat rumah Cikgu Fatima. Kira kita org ni just on time lah...kalau tak malu beb nak datang dah terlambat!

Jijol hensem pagi tu dgn baju Melayu hijau lembut, samping songket kotak2 hitam & gold, songkok siap berbrooch tergantung2...dah mcm brooch aku pulak! Kasi can lah pengantin baru nak melawa......Abang Ngah tak ubah dressing mcm YB dgn baju batik kaler kelabu...hensem mcm Jijol gak (saling tak tumpah rupa depa berdua ni)...dan Kak Ngah yang putih melepak begitu anggun ayu gitu dgn baju kurung jingga kemerahan...almaklum hari bahagia anak sulung, sapa tak bahagia wehhh...ramai sungguh rombongan pengantin lelaki ni...nasib baik rumah Fatima besar dan luas, so tak jadi masalah lah menerima kedatangan sedara mara Jijol yang berpuluh2 org tu!

Bila acara akad nikah selesai dgn jayanya, tibalah istiadat bersalam2an dgn keluarga terdekat. Sedih pulak bila tengok ayah Fatima, Pakcik Ismail sedang sakit dan tak dapat menyaksikan dgn mata sendiri istiadat nikah anak kesayangannya.Fatima & Jijol sebak dan menitiskan air mata kala bersalaman dgn mak & ayahnya. Salam takziah untuk Fatima seisi keluarga kerana ayahnya sakit pada hari nikah tu sbb sesak nafas selain penyakit sedia ada yg ditanggung ayahnya selama ini. Suasana agak kelam kabut sbb ambulans dtg ke rumah untuk bawa pakcik Ismail ke Hospital.

Majlis sanding betul2 masa matahari memancar tegak atas kepala...berpeluh2 si Jijol masa berarak ke rumah Fatima. Brown & Gold tema majlis kahwin ni, dan memang lawa sungguh pelamin, bilik tidur dan meja makan budak2 berdua ni...Hantaran pun cantik2 dan hadiah barang kemasnya bikin mata mak terbeliak you....mau bocor poket si Jijol, hehehehe....

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AZIZUL & FATIMA, serta tak ketinggalan buat kakak ku Acik (Noriani & Shukri , Mei '08), anak buah ku Noor (NoorMarsita & Mohd Yusof, July '08), serta bakal pengantin pada Disember nanti anak buah m.zul, Ongah (Azmarina & tunangya). Semoga berbahagia ke akhir hayat, Insyaallah.



Mohon Restu Dari Bonda


Kak Ngah Maintain Ayu Gitu


Jijol & Ayahanda



Sama Cantik, Sama Padan


Senyuman Bahagia


Raja Sehari Bersantap

Tuesday, November 4, 2008

Alkisah Zulaikha Hananie...


Tanggal 4 September 2002,jam 9.03 pagi...aku dianugerahkan Allah seorang puteri... macam tak percaya bila dengar tangisan pertama puteri sulungku dalam labour room u...Alhamdulillah....tak putus2 aku mengucapkan syukur pada Allah dengan anugerah yang tidak ternilai harganya ini untuk aku dan suami dari dunia sampai akhirat. Susah nak digambarkan dgn perkataan detik pertama aku menjadi seorang ibu...

Aku melahirkan Zulaikha atau Kika atau Ika atau Kak Long atau ZU (panggilan manja papanya pada dia...kira nama timangan utk mengusik dia )secara pembedahan caeserean. Ada 2 ketul fibroid di dinding rahim semasa mengandungkan dia,menyebabkan dia tak boleh pusing ke bawah (breech) sebab tu doktor memilih tarikh jauh lebih awal untuk membuka mata Kika kepada dunia dan memberi peluang mama dan papa memeluk erat bayi kesayangan kami itu.

Kini, usia Kika melewati angka enam, dan tak berapa bulan lagi akan melangkah ke alam sebenar persekolahan. Aku yang berdebar2 menanti macam mana lah agaknya anak ku ini nanti bila bersekolah dengan bilangan kawan yg lebih ramai dan pelajaran yang lebih mencabar. Biasalahkan, apa2 pun mak ayah yg lebih2...anak2 tak ada apa pun.Kika ni pemalu orangnya, tak berapa pandai berkawan dan tak selincah adiknya. Dia inherited perangai pendiam papanya selain rupa pun saling tak tumpah...sebab itu, dalam banyak keadaan dia akan berpihak kepada papanya.

Sebenarnya, bukan mudah menjaga Kika ketika bayi dulu....sebelum umur mencapai setahun 3 kali aku berkampung laman kat dalam hospital..air mata menjadi saksi doa pengharapan seorang ibu untuk kesejahteraan kesihatan anaknya.Aku dah start bukak citer sedih pulak....iyalah, itulah memori aku membesarkan dia dulu....kalau masa dia sakit, aku tak berapa lena melelapkan mata, sering sgt terjaga, bimbangkan keadaan dia. Umur 3 bulan Kika masuk wad sbb demam panas, terlalu panas...kali kedua masa umur 5 bulan, dia kena bronchitis....aduhaiiii...kena suction bagai sampai berdarah tiub tu...aku ingat lagi M.zul ada kalanya keluar dari wad sbb tak tahan tengok keadaan Kika waktu treatment, dan kali ketiga pada usia 11 bulan, kali ni dia diserang pneumonia....masa ni memang aku kalut sikit, malam pertama di wad aku asyik menangis bimbangkan dia...Sekarang ni, Kika cuma mengalami eczema, alahan kulit yg tak menentu...doctor kata ni symptom biasa bagi budak2 yang pernah ada history sakit yg melibatkan pernafasan mcm dia....nak menitis air mata aku kalau kadang2 tu dia bertanya "Ma, kenapa Allah tak buat kulit Kika licin dan lembut macam kulit Min. Mama kata Allah sayangkan kita semua..." Apalah yang budak2 faham....

Dan kini, alhamdulillah....Allah beri kemudahan aku mendidik dia...Kika adalah seorang anak yg patuh, lembut hati, kurang meragam, pandai ambil hati mama papa, pengasih sifatnya, sampai kadang2 aku banyak ambil kesempatan daripada sifat2 baiknya...iyalah, Yasmin adiknya terlalu demand nak itu ini, langsung tak boleh beralah...Kika lah yg selalu jadi mangsa keadaan, sampai kadang2 aku naik kesian pulak....sesekali bagi peluang Kak Long menang! Kika juga suka belajar, very passionate about study and learning...selagi homework tak siap, dia tak akan tidur...dan setakat ini aku puas hati dgn pencapaian dia...Alhamdulillah.

Kika bab makan paling sempoiii....bagilah apa saja, pasti dia tak takut mencuba kecuali musuh ketatnya petai dan tempoyak, tapi baru2 nie g temerloh menggila la pulak dia makan ikan patin masak tempoyak, siap suruh bungkus lg nak bawak balik..... Masa kecilnya dulu, dia pernah menangis bila si papa mengusik2 nak suapkan adik Min petai....hehehehe...marah sungguh Kika. Nak bukak selera dia senang jer, bagi saja masak pindang ikan atau apa saja sup can be....dan satu lagi dia panggil semua kuah tu sup...kalau masak lemak dia panggil sup lemak...sup kari, sup asam pedas.Satu lagi buah hati pengarang jantung dia di meja makan ialah mushroom..apa2 jenis cendawan semua dia suka...shitake, tiram, bunepi (kalau tak silap arrr...korean product)button etc...kalau kat pizza benda ini yg licin dulu...siap aku kena standby kat kitchen drawer sup cendawan campbell....tak tentu masa tetiba dia suruh masak mushroom soup...Kika ni kurus tinggi, tapi makan sure orang tak caya...makan nasi mesti bertambah, roti canai telur sebiji dia selamba aje mengadap, nasi lemak bungkus kena mintak tambah nasi siap2......takut aku tengok kadang tu!

Kalau aku atau papanya panggil...jawapan paling enak nak didengar ialah "Ya ma...Ya pa... dan kalau arah buat apa2...jawapannya dgn suara yg lembut lunak..."okay ma...okay pa" hilang segala susah payah aku mengandung dan melahirkan dia dulu...Semoga kika terus menjadi anak yang menyejukkan hati mama & papa serta jadi contoh terbaik buat adikmu yang genit itu...Amin.

Monday, November 3, 2008

Rumah No.8 dan jiran tetangga...

Rumah tempat aku berteduh dr panas dan hujan ni aku suka panggil as rumah no.8, org cina kata ada 'ong'....aku tak caya semua tu....mengarut aje fengshui ni!

Rumah no.8 ni sederhana saja tapi cukuplah bagi kami empat beranak...kami mula pindah masuk pada Jun 2006...tak ingat pulak aku tarikh sebenar, yg aku ingat hari Sabtu....teruk aku ni bab ingat2 tarikh ni....janji selamat masuk!

Kejiranan kat tempat aku ni mcm wujud tak wujud aje, almaklum family Melayu hanya 2-3 kerat jer, selebihnya non malay. Kalau tak silap aku ada 32 unit kesemuanya dan Melayu hanya 10 unit termasuk rumahku....dan drpd 10 tu, aku rasa aku dan m.zul adalah owner termuda, yang lain tu kebanyakan dah established dan ada gak pensioners. So, yang paling sempoi dan tak gah kat situ, tentulah rumah no.8.....yg lain tu hebat2 belaka! Sungguh! aku pernah gi 3-4 buah rumah jiran time open house/kenduri dan semuanya bikin poket bocor maaa....banyak sungguh duit depa ni buat huge renovation dan perabut jgn cakap ler....mewah2 semuanya!

Asalnya dulu aku nak beli sebuah rumah kat satu taman yg modern sikit; more privacy & lengkap dgn security system....tapi, memikirkan soal jiran, dan kos2 yg kena ditanggung, tak jadi pulak sedangkan market value kat situ memang best!....kat situ majority org Cina & foreigners yg nak buat property such as Singaporeans and others....so, aku tak fikir senang akan dtg nak buat kenduri kendara dan mintak tolong jiran kalau ada kecemasan atau masalah.....kononnya nak amalkan konsep kejiranan yg mesra alam gitu....lastly, bila end up dgn rumah sekarang, konsep kejiranan tu mcm tinggal nama jer.....seriously, dah hampir 3 thn duk sini...semuanya hidup sendiri2 jer....ada 2-3 org jer yg aku agak rapat, tu pun sekadar ziarah raya dan senyum2 jer kalau bersemuka....nak jadi the first move pun susah kalau org tunjuk respon "please avoid me" . Kak Ram & Kak Jah baik orgnya, biasa arr dah 50an ni motherly type sikit...dia org punya rumah, mak aiii jauh panggang dr api kalau banding ngan rumah no.8 tu...

yang best tu, baru2 ni jer aku tau nama kakak sebelah kanan rumah aku sedangkan dah setahun lebih dia & family duk situ, dan baru raya lepas ni jugak aku bercakap dgn jiran sebelah kiri rumah aku (she is an indian lady) kebetulan aku undang utk open house.....tak boleh salahkan dia org jugak, dah aku pun pergi pagi balik senja....hujung minggu, kalau tak berjalan, balik kg, selebihnya aku berkurung.....so, padan dgn muka kalau org tanya nama org sebelah aku terpinga2 jer....

Apa pun bagi aku, walau besar atau kecik, mewah atau sederhana, yang penting rumah kita tu lah ibarat syurga bagi kita...kat situlah segala kenangan tersimpan, pahit manis alam rumahtanga, susah senang membentuk keluarga dan kat situ jugaklah cinta, kasih dan sayang kita tercipta...

Harapan aku , semoga in future ahli rumah no.8 akan lebih rapat lagi dgn penghuni rumah2 lain utk kesejahteraan bersama.....

XTVT Masak Minggu Lepas....

Dapur aku berasap sepoi2 bahase jer minggu lepas...rutin biasa, balik keje masak...ada yg sempat aku snap dan ada yg tak...

padprik berkicap (aku ada 2 resepi padprik; satu lagi yg versi merah) pasta & sup ayam cendawan shitake (tak sepat snap dah kena ngap!) nasi tomato, ayam masak merah madu, dalca & pencuk nanas (projek ahad) tomyam campur (ni all time family favorite...pun x de gamba)

Kika, anak sulung aku tu suka sgt makan masakan mak dia...sedap tak sedap dia tak kira....sesekali ada gak dia mintak nak dine in kat mana2...tapi most of the time dia nak aku sehati berdansa kat dapur....semalam, masa nak balik keje dlm kereta lagi dia dah order menu apa yg dia nak kat mama & papa....tomyam, telur dadar & ikan masak kicap....mmm, senang bangatt sih!

Sebenarnya hal masak memasak ni taklah susah mana....cuma kekadang bila badan penat, otak pun jadi tumpul nak memikir benda apa yg aku nak leburkan dlm kuali...part mengemas pun satu, kadang aku malas nak guna lesung batu, ketuk dan lenyek aje guna blkg pisau dan cutting board, habis citer. Ada satu lagi yg buat aku hangin bab ngemas ni, part minyak2 lepas menggoreng....walaupun pakai hood, minyak still terpercik kat dinding dan atas table top...habis kitchen towel & kitchen tissue aku kerjakan....spray sekali Mr.Muscle...itu pun kadang malas nak buat!

Dan sepanjang minggu lepas, aku tak kemana2....just gi Tesco hari Sabtu beli barang dapur, pastu ngadap TV...sehati berdansa! Yok dansa Yok....Ole! (tagline sasha & salyo). Kika & aku suka Lisda & Poji....adik Min suka semua! Layannnnn........jom dansa!

Thursday, October 30, 2008

Anakku Yasmin Hananie

Pagi ini aku bangun tak berapa nak awal...malam pun tidur tak berapa lena sbb Min anak keduaku yg kadang2 dipanggil Adik, demam tiba2.Malam semalam Min ada muntah sbb batuk, aku ingat batuk biasa jer...sakit normal utk budak2 seusia dia. Min lahir pada 20/5/2004...sejak lahir hingga dah 4 thn lebih ni, dia normal aje. Jarang sekali Min sakit, tak mcm Kika kakaknya yg cukup payah nak menjaga masa baby dulu. Min keletah manja budaknya, kadangkala perangai manja berlebihan dia tu selalu merimaskan aku...mungkin juga dia anak bongsu (setakat ni lah...)dan kak Kika selalu beralah...tu yg Min mengada2 sikit tu.

Lepas subuh, aku tergesa2 iron baju...memang aku ni pesen iron baju pagi2, tak suka nak iron mlm sbb nanti badan rasa rimas dan panas, tak selesa nak tidur.So, PAGI adalah masa paling busy utk aku, jgn lah budak2 buat hal, pasti aku mudah naik angin, almaklumlah nak kejar masa....tapi, pagi ni...adik meragam, ya aku faham dia demam dan batuk2....so, aku just pujuk dia jgn nangis dan papa akan uruskan adik nanti di bilik mandi. Sambil aku iron baju tu, sambil tu jugak keluar masuk bilik tidurku nak pujuk dia....bila dia tak mau faham, aku pun mula aje naik suara...."Min, sabarlah sikit, mama ada keje ni...." Min ok sikit bila papa dia selesai uruskan dia, pagi ni Min cuma berus gigi dan basahkan badan sikit jer, kami tak hantar dia ke tadika, just send her to her nanny house.

M.zul & Kika dah lama turun ke bawah, tapi Min masih terbaring lemah atas katil, dia setia tunggu aku bersiap2...Bila nak turun tangga, naluri keibuan aku menyapa jiwa tiba2...kesian Min, aku pun dukung dia bawa turun ke bawah. Mcm terasa lagi betapa eratnya pelukan anak manja ku itu....

dan baru 2 jam yang lalu papa dia call dr clinic, Doktor kata Min mungkin ada potensi kena athsma...aduhhhh, cukup dulu Kika pernah beberapa kali masuk wad sbb symptom2 sakit yg sama...hingga yg paling teruk kena pneumonia.So, Min dpt nebulizor treatment sbb nak bagi boleh bernafas dgn selesa...oh sayang mama, rasa menyesal pulak pagi tadi ada termarah dia bila dia tak habis2 merengek minta perhatian...kalaulah mama tau.....

So, Min sekarang under supervision dr kami, kalau keadaan berlarutan, mungkin kena jumpa paed. Apa pun, cepatlah sembuh anak ku...kalau ada sayap, sekarang juga mama datang dan peluk anak mama erat-erat.Sabar sayang ya,....

Wednesday, October 29, 2008

Masak lagi...dan lagi...






































Ni kira episod dari siaran tertunda masa Angah ada kat rumah minggu lepas...sayang kat angah!

Balik keje aku masak kari ikan jenahak (m.zul selera makan fasal dah lama tak makan kari ikan kak wawa), angah pulak masak lempeng geragau (aduhhhh...sedap lempeng ni) cicah kuah kacang (kuah ni balance kuah rojak ayam, aku yg masak) pastu kombinasi aku & angah menghasilkan puding laici berkuah....rajin kak wawa masak puding mlm2 gitu....dan satu lagi menu istimewa, "teh dangdut"....mlm tu kami semua berdangdut tak hengattt punya! thanx blogger ninoz for the nice recipe of teh dangdut! aduh aduh gelek sampai pagi....ahhhhh

Tuesday, October 28, 2008

Picnic at Port Dickson

Yahoooo.....akhirnya mission jadi tak jadi aku berjaya jugak dilaksanakan dgn jayanya. Sibuk jiran sebelah aku berdeepavali, sibuk jugaklah aku anak beranak bersiap2 ke PD. Dah lama tak bawak anak2 berdua bersantai...baru ni lah dapat bergumbira bersama. Yang bestnya, plan nak pergi kononnya awal pagi...tapi, lepas subuh boleh tidur jap....pastu barulah kelam kabut nak masak & bersiap2. Cik abang yg tersayang pulak pagi itulah jugak nak cuci kereta...mcm tak der masa lain pulak yek....mmmmm....

aku start kul 8.00 dah menari2 kat dapur. Menu picnic aku sempoi jer, mee goreng, nasi lemak, nasi himpit , kari ayam, popia goreng, cheese sandwich, buah2an siap dgn garam belacan, twisties & 2-3 jenis keropok yg sewaktu dgnnya, air sarsi, jus oren tropicana dan sky juice.

Urusan mempacking & bersiap2 selesai hampir kul 11.00. Aku dah penat giler masa ni...anak2 pulak dah penat berlari & bermain dlm rumah...tak jugak gi lagi....akhirnya bertolak jugak ikut highway dr Alor Gajah...kalau ikut jalan lama takut sampai lambat. Sampai PD dah dekat kul 1.00...
tinjau dulu area mana nak lepak sbb org ramai sgt...almaklumlah cuti deepavali...ramai jugaklah meenachi kumari yg turut sama mewarnai pantai Telok Kemang hari tu. Sebelum apa2...gi solat zuhur dulu...tak boleh solat jamak sbb tak cukup KM nak jadi musafir....so, lepas mandi manda nanti kena lagi solat asar sblm balik rumah...tak apa lah...janji boleh happy2....

Tak banyak gambar yg boleh ditangkap hari tu...sbbnya aku pun nak mandi, so tak der org nak jadi photographer sbb kamera kena simpan semula dlm kereta...leceh betul! aku landing sebelah satu family yg betul2 buat aku hangin satu badan...boleh dibiarkan anak kecik dia tabur2 pasir kat atas tikar aku...eeeee kecik jer aku tengok budak tu....apa nak buat, pergi time org ramai, terpaksalah bersesak2 nak cari port & nak mandi...

pantai PD dah tak secantik dan sebersih dulu.....air kat pantai dah keruh dan banyak benda2 yg terampai....m.zul geli sungguh nak mandi, tapi disebabkan anak2....kita org jejak jugak kaki ke air dan pejam mata aje lah kat air tu...bayangkan yg indah jer. Min & Kika pulak asyik nak main pasir, biarlah dia org main sekali sekala...kata picnic.

Pukul 5.40 barulah bersiap nak balik, mandi semula kat toilet cina....mak aiii sempoi sgt tempat mandinya....mahal pulak tu...tak berbaloi baya singgit...anak aku geli sungguh nak masuk sbb banyak pasir kat lantai....nyonya tu kutip duit aje, tapi tak der sapa yg bersihkan tandas & bath room....menyampah betul.

Solat Asar pukul 6 lebih, pastu bertolak ikut jalan lama.....lepas 10 minit kereta gerak...aku pun lena beradu...sedar2 dah sampai kat rumah no.8.....arrgggggh letihnya....sory arr pada kawan m.zul yg jemput makan open house mlm tu...anak2 dan aku sendiri terlalu letih......apa pun oklah utk release tension!

Makan-makan penghujung raya

Sabtu lepas 25 Ramadan, Angah dan anak menantu dah nak balik ke JB. Sedih wooo....tak sempat nak tahan angah sampai cuti deepavali sbb Noor ada interview pulak....so, tinggallah adik bongsu angah ni sendiri mengurus rumahtangga....seronok sungguh masa angah ada seminggu ni....nak gi keje pun ada bekal breakfast....balik jer umah dah bau makanan....tak sempat tukar baju & mandi dah menjamu selera....bestttttt!...yg paling sedih angah balik ni tentu si yasmin anak kecik aku tu...siang malam berkepit dgn mama hajar...sampai aku ni dia tak layan dah!

so, sempena keberangkatan pulang duli2 tuanku ke JB aku pun plan nak makan istimewa sikit....tak der special sgt...just ulang semula menu raya...almaklumlah hari tu masa raya semua kelam kabut sbb angah & family nak ke Bachok kelantan rumah menantu angah si Yusop tu....

Mlm sabtu tu aku bagi projek merebus ketupat mini segera nona kat m.zul sbb aku & angah gi visit rumah kak ram jiran aku tu yg nak buat kenduri kawen anak daranya. Bukannya susah pun...ambil periuk besar, buh air, buh garam, buh ketupat segera, buh daun pandan....dan rebus 4 jam (jahanam gas aku, hehehehe...)


Pagi2 lagi aku dan angah dah menari cha cha kat dapur. Semua dah ada tugasan masing2...tak yah nak suruh2...mcm tau2 jer nak buat apa yg patut. Angah masak lemak lodeh putih...
resepi istimewa family aku....kalau lontong biasa tu lodeh biasanya kuning, tapi utk raya kami buat yg putih...pastu mesti ada cendawan...tak kira lah cendawan kering cina yg warna hitam tu ke, cendawan shitake segar atau kering, cendawan butang, atau pun paling tak der...cendawan tiram biasa tu...sayuran lain ikut suka....janji komponen wajib cam suhun, fucuk dan taufu ada....beres!

Aku pulak cuma masak rendang kerang yg simple...tapi oleh tahan jugak larisnya...mcm paku laris lak....lodeh tak lengkap tanpa sambal, so angah buat pulak sambal sotong kering berkacang....sedap bangatttt......aku tambah telur rebus sbb anak2 suka makan style lontong biasa...nak jugak telur tu..Noor melengkapkan juadah breakfast dgn roti sardin....mmmm....memang meriah lah pagi tu...pagi ke?....kita org makan kul 10.00 .....kesian kaum Adam, menunggu lah hidangan yg tak siap2.























Nak kasi meriah lagi mood penghujung raya tu...aku sms kak jah jiran peramah aku yg duk selang 2 biji rumah jer sebelah kiri...hari tu masa aku buat open house dia manjang busy ...gi kl lah...apa lah...so, memang rezeki kak jah lah kali ni.....Thanx kak jah sudi dtg dgn anak teronanya si Izan,....makan jgn tak makan....desserts pagi tu agar2 kentang & puding berkuah koktel.