Monday, December 7, 2009

Merepek...Meraban...Ntah Apa-apa.

Minggu lepas akulah insan yang paling tak produktif...cuti sehari, MC dua hari...keje dua hari...nak update blog ni pun aku tak der mood...kira dah bersawang mawang ler blog aku nih! Thanx Anis sebab sudi call aku, mahaplah fasal no. tipon dan tak dapat dikesan dari awal tu...kalau tak tentu kita dah dinner dimana2 atau pun minum2 kopi kat rumah No.8. Tak der jodoh, apa nak buat...Insyaallah jumpa lagi nanti.

Aku tak der citer menarik sepanjang tempoh kemalasan aku nih...

Citer Yasmin:

Sabtu lepas, Min & papanya gi tadika...amek assesment report si Min. Ada 4 subjek, 2 dia okay...dua lagi suam2 kuku jer. Disebabkan dia kecik lagi, aku tak kisah lah...janji boleh baca, boleh berkawan jadilahhhh. Min minat English -98% dan BM -95%. Sains kalau tak silap dia dapat 78% dan Matematik 58%...Dia masuk jer ke rumah, aku terus tanya..."Min, okay tak exam hari tuh?" Dengan muncung sedepa dia menghempaskan badan atas sofa, "tak okay...adik tak pandai pun....adik tak boleh buat!".Laaaa....apsal pulak nih?...orang tak marah pun nak moody si kecik over acting nih....terus aku tengok satu persatu paper final exam dia....mmmm, okaylah dik, cuma kira-kira adik lemah....sains okay, cuma ada satu section adik confused...tersalah masuk kotak, tersalah isi tempat kosong....mmmmm, mama tak marah pun...mama sayangggg sgt, kengkonon aku nak memujuklah.

Tapi kan, sekolah dia ni memang ikut syllabus darjah satu, apa yang Kika belajar, itu jugaklah yang Min belajar...tahun depan 6 tahun lagi susah sbb kena buat ayat utk English & BM. Waduhhhh...susah bangat ni dik, tu belum lagi soalan matematik yg adik takut sgt tuh! Cikgu kata utk reading, Min yg paling ekspress...Min suka membaca...laju cam keretapi arang batu...okaylah tu, mama suka! thn depan aku nak Min belajar Mandarin lak...redah jer lah Min.

Citer Kika:

Akhir2 ni dia nak bermanja2 jer dengan aku...nak tidur sebelah aku, nak suruh aku suap makan, nak kena timang...alahai, naper ni Kak Long? Masa cuti ni aku giat mengajar dia mengaji...dah banyak dia tertinggal...aku tengok dia ni suka menghafal...pastu suka nak baca berlagu2 ala2 sharifah khasif gitu...hehehe...bunyi org vietnam pun ada!


Citer My Hero:

Entah dari mana dia import tenaga tambahan, aku pun tak tau...semua keje rumah beres, sempat belajar masak lagi dgn aku utk persediaan nak jadi chef masa aku dlm pantang nanti...almaklum, anak2 suka makan....bila aku cakap "nanti papa masak kalau mama ada baby kecik" bebudak berdua tu terus cakap"ala...nanti jemu!" sebab tu kena ajar papa dia main masak2...kalau tak asyik lauk sama jer, lauk kebangsaan Daerah Raub ler jawabnya...hehehe. Now, che abang aku yg sorang ni dah pandailah jugak masak...goreng sayur, masak kari, masak sambal...sedap gak! hari tuh dia goreng kangkung tersangatlah mabeles!

malam tadi, aku rasa dia penat sgt, uruskan kain baju...sapu lantai, cuci pinggan...tolong aku lipat & susun baju lagi....kesiannya dia...tak per yer bang, nanti mama okay kita buat sama2 ek....

Citer Aku:

Minggu lepas check-up....doktor suruh aku continue rehat sbb masalah aku masih ada...on and off mcm suis lampu pulak...lain2 okay. Baby aku kecik lagi, tapi dah nampak jantungnya berkelip...mmmm, syukur. Aku pulak selera lain macam kali ni, semua benda aku teringin...nak cheese cake lah...nak blueberry cheese tart lah...nak jus belimbing + asam boi lah...aduhaiii, tak pasal2 aku jadik mak giant nanti....kena sekat2 nih, takut weight scale doktor tu rosak pulak nanti....

ni jer cik milah dan cik bedah...sembang aku yg tgh tak der mood ni.

Monday, November 23, 2009

Sesuatu Berlaku...

Aku rasa 2 pengalaman lepas tak sama dengan kali ini. Kalau dulu, aku tak pernah terganggu dgn morning sickness....cuma mengantuk dan letih tahap maksimum jer....kali ni, tekak sokmo loya pastu sensitif sangat dgn bau...sampaikan ambi pur air freshener kat kereta tu boleh buat kepala aku pusing satu macam...

Zaman tidur lambat pun dah berakhir, sekarang ni pukul 10.00 jer aku dah rasa mata macam kena gam.....jap2 lagi dah terlelap. Bangun pagi, aduhaiiii sakitnya badan....kadang tu 3-4 minit aku baring jer terkebil2....pastu baru boleh bangun dengan malasnya ke bilik air. Kena Monday Blues macam hari ni, lagi arrr aku malas dan lemau....

Minggu lepas sesuatu yg berbeza berlaku pada aku...kalau sebelum ni aku dengar dan baca masalah org, kali ni aku mengalami sendiri...doktor kata aku mengalami "threatened miscarriage/abortion" mmmmm....bunyi mmg biasa tapi tidak begitu normal pada ibu-ibu di early stage mcm aku ni...so, aku dapat MC Jumaat lepas, doktor suruh aku dilayan mcm seorang puteri...hua...hua...hua...aku tak boleh masak, buat keje rumah, tak boleh tension, tak boleh marah2...yg boleh rehat dan rehat...

so, bermula Jumaat hari tu, cik abang sorang pun berkorban menguruskan rumahtangga siang dan malam...kesian pulak aku tengok dia served makan, cuci baju, kemas itu ini...layan bebudak yg tak reti diam, picit aku lagi...dan mcm2 keje lagi....bila dia terlelap, aku rasa macam bersalah sangat....tapi, pada waktu normal aku nak sangat dia bantu aku macam2 kat rumah, tulah kan manusia ni...apa pun, thanx my dear...

Sebenarnya aku rimas tak boleh buat itu & ini...tapi, ini sementara aje...aku harap semuanya selamat. Now, aku makan je lah ubat2 yg berjenis2 tu utk mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku...almaklum umur dah meningkat, so...bila lagi kalau bukan sekarang....doakan aku yek friends....hari ni kerja, masalah aku tu tetap 'on' and 'off'.....

Wednesday, November 18, 2009

Main Masak-Masak Lagi Dan ...Lagi

Disebabkan iklim badan berbeza2 dengan tahap kerajinan & kemalasan yg sama naik...maka projek masak-masak agak sederhana...ada kawan request resepi Padprik...so, layan aje lah... kita orang anak beranak memang gemar makan padprik...kalau kat Muar pun sama, pasti licinnnn.


Nasi Padprik di pinggan Yasmin


Close-up Padprik
RESEPI PADPRIK
Bahan2:
(sukatan banyak mana korang punya sukalah ok....campak2 jer)
Ayam
Sotong
Udang
Daging
*Pilih arr nak letak apa...dlm resepi ni aku guna ayam + sotong jer
Cauliflower (bunga kobis)
Lobak Merah
Kacang Panjang
Tomato
Bawang Holland
Cili Padi Siam
Serai
Daun Limau Purut
Bahan Tumis:
Cili Kering-mesin
Bawang Putih-ketuk2 jer
Air Asam Jawa
Sos Tiram
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Garam+Gula+Aji
Cara2:
1.Tumis bawang putih, pastu masuk cili kering-biar garing.
2.Masuk serai dan air asam jawa (air asam agak2 jgn banyak sgt)
3.Masukkan sedikit air lagi kalau nak banyak kuah dan masukkan sos tiram banyak2 sikit.
4.Masukkan ayam ke..daging ke...tp ingat, kalau udang dan sotong masuk lambat sikit sbb benda2 tu cepat masak.
5.Masukkan sayuran termasuk daun limau purut. Tomato jgn masuk dulu.
6.Masuk garam+gula+aji...kalau semua dah best baru masuk bawang holland yg dipotong kasar dan cili padi siam yg diketuk2 dan tomato.
7.Masukkan kicap....agak2 nak colour gelap letak banyak sikit. Kacau2 dan SIAP.
* ikut pengalaman aku padprik tak sedap kalau ada sos tomato, sos cili semua tu....

Ulam Bendi Rebus + Budu...syedappp woooo...cap ketereh paling ngam!


Kobis goreng + Telur


Kari Ayam

Monday, November 16, 2009

Bersabarlah Dengan Si Isteri...


ni aku copy dr emel budak opis...mungkin ramai yg dah baca, just jadi panduan...

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.


Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"Si suami tadi menjawab,"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."


Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

nota: mcm ada kena mengena jer dgn aku citer kat atas ni...saper tak pernah membebel angkat tangan!

Wednesday, November 11, 2009

Alhamdulillah...Rezeki Allah

Alhamdulillah...syukur, keluarga kami dikurniakan rezeki dari Nya...

Semoga semuanya selamat...syukur dan amat gembira!

Papa happy
Kika happy
Min happy
Mama?......mmmmmm

apa pun kami bersyukur...bermulalah ekspedisi menghitung hari...

Sunday, November 8, 2009

Main masak-masak lagi...

Dah lama tak tepek gambor xtvt kat dapur....ni koleksi bulan 10 & 11. Mood memasak aku tak menentu akhir2 ni, kadang rajin kadang malas giler...kadang teringin makan fast food jek...mana tak kurushhhh.




Nasi Ayam Madu + Sos Halia + Kicap Black Pepper+Sup




Ayam Goreng Tepung Seri Aji




Sayur Labu + Kobis Goreng Pedas


Sotong & Udang Goreng Cili




Telur Dadar Beinti Daging





Sambal Sotong + Petai





Lemak labu




Set makan malam


Sambal Ayam+ Petai (suka2 aku jer nak letak stok petai dlm ayam...)





























Thursday, November 5, 2009

Belajar Erti Hidup...

Malam tadi angin kami anak beranak bukan sepoi-sepoi bahasa mcm selalu....

Ada orang menangis teresak-esak sebab kena marah dan impiannya hancur berkecai. Nampaknya semua yg indah2 dalam agenda terpaksa dirombak & dibatalkan SERTA MERTA.

* Tak dapat ikut Acik ke Indonesia
* Tak dapat beli set Barbie
* Tak dapat beli mainan2 lain...
* Entah-entah tak dapat langsung Cuti-cuti Malaysia

Itu semua keputusan Ketua Rumah No.8...noktah katanya!

Malam tadi juga si ibu terjaga dari tidur, terus rasa sedih....kesian dia, tak apalah sayang...inilah realiti hidup...belajarlah menerima hakikat, menang & kalah...jangan putus asa, perjalanan baru bermula.

Monday, November 2, 2009

Exam Fever...


Aduhaiii lah anak, awak yg exam...mama yang risau, risau sebab tak semua chapter dapat diulangkaji. Hari ni dia ada paper maths & agama. Esok last day, ada science & english. Kenapa syllabus sekolah rendah canggih sgt sekarang ni, sampai naik pening budak2 nak belajar...maths sepatutnya direct tapi sengaja dibelit2kan dgn ayat dan perkataan sampai bebudak confuse!


Iyalah, dunia semakin canggih...takkan tahap pendidikan dok macam tu jugak kan....so, tawakal ajelah.


Semoga Kak Long Kika berjaya, Insyaallah.








Thursday, October 22, 2009

Shopping Time....

2 minggu lepas ngikut papa bebudak ni gi training kat Subang. Bebudak berdua tu dapat cuti agong 2 hari (Selasa & Rabu)...sesuka sesuki aku jer bagi cuti. Lama tak gi area situ, mizul dah gelabah nak carik jalan....lastly sampai gak. Duk kat hotel ciputt depan SJMC...Min teruk tul, dia kata, "papa, ni mcm hotel kedai runcit jer" kureng asham betul budak kecik sorang tu...

Hari pertama, time ayah dia training aku gi Sunway Pyramid..adoiyaiiii..naik juling biji mata tgk banyak branded item yg sales...every level yg aku gi, asyik aku tgk directory...nampak bebenor "peghak labi" (pinjam ayat kawan aku yg bermaksud cam org jakun ) dah lama tak gi sunway. Almaklumlah time dating2 jer dulu gi situ....igt jugak kat Yong & Anis, tapi...takper, tak yah kacau koranglah....lagi pun masa suntuk sgt sbb tiap2 malam beraya rumah adik beradik mizul.

Hari kedua aku lepak kat Subang Parade...tapi, tak enjoy sbb time tu Yasmin kena asthma attack lak....sebelum tu dia batuk2 jer. Kelam kabut ayah dia ambil kita org dan terus direct balik Melaka.

Berbalik citer shopping tadi, boleh caya ke Kak Wawa shopping lepas raya?.....hehehe...tak beli menda pun...lebih ke barang2 bebudak berdua tu jer....baju, mainan, makan2.....tu jer.

Gambar ni terbalik.....yg paling bawah adalah yg paling awal.....yg paling atas adalah bukti Yasmin dah letih, time tunggu papa dia....dah tak boleh wat apa...terbaring jer.

























































div>