Monday, February 1, 2010

Kami Kehilanganmu Andak...Berpisah kita selamanya. Selasa 26 Januari 2010, 1.20 a.m.

Malam Isnin 25 Januari aku 4 beranak berkejar ke Hospital Muar...Andak nazak. Itu berita yg kami terima ketika aku di pejabat siang Isnin tu. Habis waktu pejabat, kami segera ke sana...Kika pun masih berbaju sekolah agama masa tu. Di Hospital, aku nampak Andak terbaring lemah. Hanya dada Andak yang turun naik, matanya sedikit terbuka tetapi tidak bercahaya...Andak seperti berada di dunia lain...menghadapi Sakaratul Mautnya. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan akhir abangku ini...Ketika itu, Kak Bai baru selesai membaca Yassin. Aku mengambil giliran...dalam hati, siapa yang tahu kedukaan yang aku alami. Mak Usu turut ada memerhatikan Andak. Aku berdoa dalam hati agar Allah permudahkan abangku bertemuNya. Sesekali aku berhenti mengaji, mengajar kalimah syahadah di telinga kanan Andak. Wajah Andak tenang, tapi dia koma sejak pagi.

Aku baca Yassin 2 kali...badan terasa letih, maklum keadaanku sekarang memang tak secergas biasa, tambahan lagi belum mandi sejak balik opis. Ku usap tangan abangku, sedikit sebak tapi ku tahan. Memang air mata tak mampu keluar, kesayuan ku simpan dalam-dalam. Andak nampak stabil, badannya sedikit suam. Kaki tak sejuk, semua anggota badannya suam. Aku bercakap2 sekejap dengan Kak Bai tentang keadaan Andak dari siang. Melihat keadaan Andak yang stabil, aku dan Kak Bai panggil Kak Ena untuk jaga Andak sebab kami nak minum di Cafe. Selepas minum, Mizul pula ziarah Andak tapi anak-anak tak boleh masuk sebab guard tak kasi budak2 masuk. Kesian Kika, merengek dia nak masuk tengok Pak Andak, tapi tak boleh. Teringat lagi minggu sebelumnya Kika dan Min membelai dan mencium tangan Andak ketika di wad. Andak buat muka manja2 mcm Hello Kitty bila anak-anak ku memanjakannya. rupa-rupanya itulah pertemuan mereka yang terakhir.

Selepas Mizul keluar, kami anak beranak dan Kak Ena balik ke rumah mak. Memang aku dan anak2 terlalu letih masa tu. Kak Bai masuk jaga Andak sementara Acik sampai. Kami pun sampai ke rumah mak lebih kurang pukul 12.15 pagi. Aku buat apa yg patut, mandikan anak2, solat Isyak dan siapkan homework Kika. Lepas tu terus siap2 nak tidur. Mak tak boleh tidur, hatinya tak tenang. Sesekali mak menyapu air mata...teringatkan anaknya di Hospital. Baru saja tak sampai 5 minit kami off lampu, Ena dapat call dari Acik. Andak sgt kritikal, doktor nak buat CPR guna benda mcm iron tu....nasib Uda baru sampai dr JB, so...Uda buat keputusan tidak perlukan alat tu. Biar Andak pergi tanpa menyakitkan jasadnya.

Aku terus duduk menadah tangan, membaca doa kuat2:
" Ya Allah, Kau ambil lah abangku dalam iman, Kau jadikanlah amalan baik dia selama ini sebagai menolong permudahkan dia bertemuMu, Kau ampunkan dosa2nya...Kami redha Ya Allah"....aminn, aku dengar suara Kak Ena dan esak sendu mak mengaminkan doa spontanku.

Mak, Kak Ena dan Mizul siap2 nak pergi hospital..belum pun dia org sempat keluar, Uda call Kak Ena "Andak dah tak ada...Andak pergi pukul 1.20 pagi tadi". Masa tu aku rasa jam berhenti berputar...dunia senyap seketika. Mimpikah aku?...mimpi atau kenyataan?....Innalillahi Wainnaillahir Rajiuunn. Mak kelihatan lemah dengan linangan air mata. Aku peluk mak, "mak, tenanglah mak...Andak dah selamat pergi". Selepas itu baru Ayah terjaga, Ayah tenang.

************************************************************************************

Waktu orang lelaki sibuk menguruskan mayat arwah, sebahagian lagi khusyuk bertahlil. Orang perempuan turut membaca yassin dan bertahlil di rumah atas. Ketika itu, tak semena2 hati aku benar-benar sayu. Abangku pergi tanpa isteri di sisi, tanpa anak2...tapi dia amat bertuah kerana mak dan ayah masih ada, kami 8 beradik masih ada. Air mataku bagaikan hujan, aku terdengar Angah turut menangis, dan beberapa orang jiran kami turut sayu. Ketika itu kami sedang berzikir membaca tahlil....memang suara aku tak keluar, sedaya upaya ku tahan air mata yang tak henti2 mengalir.Teringatkan wajah Andak yang tenang, bersih berseri dan kekuningan di pembaringan. Alhamdulillah...rezeki Andak.

Selesai bertahlil, aku melihat jemaah solat jenazah di bawah. Beruntung arwah, lebih 40 orang jemaah mengerjakan solat. Tetamu yang hadir juga ramai. Lebih seratus orang yang datang menziarahi arwah. Ketika jenazah nak dibawa masuk ke van, aku nampak Kika menangis, "mama...Pak Andak dah tak ada" Sekali lagi aku gagal mengawal perasaan. Saudara seibu sebapa denganku telah pergi selama-lamanya.

*************************************************************************************
Sejak Andak pergi, aku belum boleh melupakan arwah. Memang ambil masa sebenarnya. Nampak karipap, kuih muih Melayu yang lain....hati aku sayu. Andak memang sakit dah lama...tapi Allah masih beri dia nikmat makan...dia memang berselera makan semasa hayatnya. Ahad baru2 ni, aku balik rumah mak. Hati meronta2 nak balik jumpa mak...aku tau mak sedih sekarang ni sebab mak paling rapat dengan arwah. Mak tak berapa selera makan, apa saja yang dia pegang, yang dia nampak akan membuatkan dia teringatkan arwah anaknya. Mak tak boleh tidur lena, malam-malam mak akan kemas baju arwah, barang2 arwah...cari album gambar arwah. Itulah dia hati seorang ibu, kasihnya sampai ke syurga.

Betul kata orang, kita akan lebih menghargai apabila kita kehilangan....bila arwah pergi terasa ada yang kosong, ada yang tidak cukup....ada ruang yang hambar. Ketika hayatnya ada, kadang kala kita tak ambil berat, kadang kala kita buat tak tahu. Maafkan kami Andak, andai ada perbuatan dan perkataan kami yang menyinggung hatimu.

dan air mataku tak henti2 menitis di saat aku menaip entry ini, air mata kasih seorang adik mengharapkan arwah tenang di sana bersama roh para solihin. Terima kasih juga buat Along, Ena (saudaraku yang paling banyak berbakti menjaga arwah), Angah, Uda, Kak bai, Acik, Etam dan ipar2 kami yang telah membantu bergilir2 menjaga Arwah di Hospital selama hampir sebulan & di rumah.

AL-FATIHAH untuk abangku Arwah Ayob Bin Jamal, 47 tahun. Semoga ujian sakit yang Allah kurniakan padamu selama 10 tahun akan menjadi amal membantu meringankan dosa, Insyaallah. Andak tetap subur di dalam ingatan kami sampai bila-bila.