Wednesday, December 17, 2008

Petua Dapur Kak Wawa part 1

Hari ni aku ada mood sikit nak share tentang petua kat dapur based on pengalaman aku sendiri.

Aku mulakan ruangan petua ni dengan tips penyediaan bahan memasak:

1. Biasakan memasak dengan jumlah bilangan bahan yang ganjil.Cth 3,5,7,9...ulas bawang/cili. Ni org tua2 punya tips....apa beza dgn kalau kita masak guna bilangan genap aku pun tak tau...hehehe

2. Bahan masakan yg ditumbuk guna lesung batu lebih 'kick' dari yg dimasak guna mesin pengisar. Aku lebih suka guna lesung batu sbb tempoh menumis jadi lebih singkat sbb tak banyak air bawang yang keluar banding diblend.

3. Cuci ayam dengan sedikit tepung gandum utk hilangkan hanyir ayam. Sekiranya ada ikan, atau udang atau apa saja bahan makanan yg nampak agak kurang segar...boleh gunakan sedikit tepung untuk membuang rasa dan bau yg kurang enak. Asam jawa/keping/limau boleh hilangkan hanyir makanan laut yg fresh tapi kurang berkesan menyahkan bau busuk kalau bahan2 tu dah keluarkan "bau badan" mereka. kang ada yg kena guna rexona pulak...kuang,kuang,kuang.

4.Saiz bahan2 pun main peranan juga....bawang yg bersaiz lebih kecil lebih sedap banding yang lebih besar walaupun bawang besar.Aduhaiii...pening pulak ayat ni...gini, bawang besar yg bersaiz kecil banding kawan2 dia yg besar gedabak tu lebih sedap dan manis rasanya.

5. Cili merah/hijau yang berbentuk agak berkedut lebih sedap dan pedas dari cili yg bentuk bulat dan licin spt yg banyak dijual kat hypermarket (yang ni bau agak "maung" dan tak pedas langsung, rasa sayur jer). Biasanya kalau wet market biasa ada cili segar yg sedap dan rasa pedas.

6.Bawang putih ketuk kasar (guna pisau)mcm cara masakan menu makanan Thailand tu ada aroma dan kesedapan yg tersendiri...tak caya cubalah!

7.Banyak atau sedikit kandungan asam jawa atau asam keping tu sebenarnya bergantung pada menu masakan juga. Elakkan guna asam yg banyak untuk masakan berasaskan daging, ayam dan makanan laut mcm udang, sotong, kerang, ketam sebab boleh mematikan rasa manis original bahan2 tersebut. Ikan adalah bahan yg sesuai utk dimasukkan lebih asam utk masakan mcm pindang, asam pedas, sambal dsb.

8.Hati ayam dan lembu tak boleh dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia keras mcm batu....tempoh dan proses masakan yg betul boleh menghasilkan rasa sedap,manis, tekstur anjal dan lembut. Rebus seketika hati ayam sebelum dibuat masakan bergoreng, ini bukan saja lebih sedap tapi dapat elakkan dpd hati meletup bila kena minyak panas. Hati lembu just potong nipis dan kecil.Berhati2 dgn hati lembu sbb kandungan darah agak banyak.

9.Udang, sotong, ketam akan fresh dan sedap kalau dimasukkan bila bahan masakan dan 3/4 masak. So, dlm bahasa yg lebih mudah...jgn masak lama makanan laut ni...just nice kalau on time saja...ini bukan bermakna mentah atau kurang masak, tapi cukup masak dan tak terlebih masak.....apa aku tulis ni, berbalik2 arrr...

10.Jangan lupa niat masa masak mesti baik; untuk menghidangkan hidangan halal yang lazat utk keluarga agar mereka sihat dan rajin buat ibadah serta mohon Allah tambahkan perisa masakan tu dgn kasih sayang antara kita suami/isteri/anak & mak ayah. Lalukan air pada bilasan terakhir masa cuci bahan2 masakan dgn Bismillah dan selawat. Jangan ada niat utk riak nak tunjuk skill masak kalau org datang...nanti masakan tak menjadi!...hehehe.

Selamat Mencuba!

Tuesday, December 16, 2008

Nasi Ayam Wawa

Ni aku share resepinya....ciptaan aku sendiri tau!
 
Nasi:
1 kg beras wangi (sukat berapa cawan beras, pastikan air lebihkan 1 cawan.)
Halia sebesar ibu jari (hiris kasar boleh, ketuk boleh, aku tumbuk halus utk impak maksima!)
Bawang putih 3-5 biji (kalau saiz besar guna 3 jer- potong dadu kecil, tumbuk halus pun boleh)
2 helai daun pandan
1/2 kiub ayam magee
garam sesedap rasa (tak perlu banyak sbb air rebusan ayam dah ada garam)
1 sudu minyak jagung/ bunga matahari/ minyak masak biasa
1 sudu besar margerin
 
Ayam:
1 ekor ayam sederhana besar- potong 4 bhgn
2-3 sudu minyak bijan
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
minyak yang banyak utk menggoreng
 
Sup:
rempah tumis-bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan cengkih
3 ulas bawang putih -ketuk kasar
Halia sebesar ibu jari -potong atau ketuk kasar
satu bunjut rempah sup
1 kiub ayam magee
 
Kicap:
1 1/2 sudu besar minyak bijan
sedikit halia & bawang putih yg ditumbuk halus
kicap manis kipas udang @ jalen - ikut suka nak banyak mana
sedikit air
 
 
Sos:
7-8 biji cili merah
3-4 biji cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit air
3 - 4 sudu cuka makan
gula, garam & perasa
 
Ulam/sayuran:
salad (lettuce)
timun
tomato
daun sup & bawang goreng (buat sendiri bawang goreng lebih sedap dan wangi)
 
Cara Masak:
 
Buat air rebusan & sup
1. Masukkan air dalam periuk yg besar dgn sukatan air yg secukupnya utk masak nasi & sup
2. Masukkan rempah tumis, halia, bwg putih, dan garam.
3.Rebus sehingga ayam agak masak dan cucuk dgn garpu, kalau tak ada darah boleh angkat dan toskan.
4.Keluarkan air rebusan sebanyak mana sukatan beras dna lebihkan sedikit utk melembuatkan nasi.
5. Lebihan air rebusan tu modify sikit jadi sup yg sedap kaw...kaw....dgn masukkan kiub ayam. Masukkan  sedikit bawang yg digoreng dan sedikit minyak bawang  goreng tu utk direnjiskan dlm sup.
 
Nasi:
1.Tumis dlm rice cooker sesudu minyak dan sesudu margerin.
2. Masukkan bawang putih & halia - biar kekuningan
3.Masukkan beras yg telah ditoskan....goreng beras dgn kacau2 seketika.
4.Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam dan sesuaikan rasa garam...tak perlu letak banyak garam sbb kiub & sup dah masin.
5.Masukkan daun pandan dan biar nasi masak. On kan semula butang warm 2-3 kali utk hasil masakan yg sempurna.
 
Ayam:
1.Lumur 4 bhgn ayam dgn minyak bijan dan sedikit pes bawang putih
2.Tak perlu letak garam sbb dlm air rebusan ayam dah ada garam.
3.Goreng ayam dgn minyak yg banyak dan jgn terlalu garing, toskan dan potong bila hendak dimakan.
 
Sos:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa, sos mesti cukup masam,manis,pedas dan masinnya.
 
Kicap:
Masukkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Cair atau pekat kicap itu bergantung pada selera korang!
 
Makan dgn ulam dan  jgn lupa baca Bismillah.

Jom main masak-masak part 2


Daging masak kicap (favorite mizul, suami tercinta)

Hati & kentang goreng rempah

Sambal udang petai (kegemaran Min, asal sajer udang!)

Sardin goreng asam (masa kecik2 dulu, benda ni lah yg aku suka sgt mak masak...)

Mee Siam @ Beehoon (Kika tak boleh jumpa benda ni...dia makan sampai licin!)

Kueteow Goreng 



Monday, December 15, 2008

Jom Main Masak-masak...

Aku tak sihat sejak semalam, so not in a good mood to think & to write something interesting.... just sharing these pictures utk hilangkan lepas dan lepas ....selsema & sakit tekat ni amat merengsakan....doakan aku cepat sembuh kay!
 
Layanzzzz.....

Sup Shitake Ala Steamboat

Sambal Minang

Telur Dadar Rumah No.8

Sup Timun & Crab Meat

Sambal 2 in 1: daging & udang

Mee Hailam

Ikan Selar Taucu

Thursday, December 11, 2008

Maafkan mama sayang...

Dah lama sangat rasanya aku tak update kan blog ni...rasa sunyi dan sepi jer.Sebenarnya aku agak busy akhir2 ni, almaklumlah hujung tahun banyak benda terpaksa disiapkan.

Hari Raya Korban baru berlalu, meninggalkan bermacam-macam perasaan yg bercampur baur dalam jiwaku. Memang kali ini, raya agak meriah dari raya korban yg sebelumnya sbb ramai ahli keluargaku yang dapat berkumpul. Dah lama rasanya tak berhimpun ramai2...aku rasa insan yg paling gembira dan bahagia tentulah mak dan ayahku...tergambar senyuman kebahagiaan pada wajah mereka yang telah dimamah usia.

Apa yang menarik kali ini, keluarga besarku di Muar mendapat 2 orang ahli baru yang kebetulan orang Pantai Timur, Acik Shukri( Kuala Berang, Terengganu) & Yusof (Bachok, Kelantan)...hehehe...first time dia org beraya makan ketupat dan lodeh.

Sebenarnya dalam kemeriahan itu, jiwa aku sebenarnya sedih yang teramat...semuanya bermula pada malam raya tu...aku memang busy sangat sbb nak uruskan 8kg kerang...iyalah nak buat rendang kerang di samping rendang daging yg biasa ada setiap kali raya. Nasib baik Kak Ena banyak bantu masa kopek isi kerang tu. 

Malam tu, sedang aku sediakan bahan-bahan untuk bikin rendang, tetiba Pia anak buahku turun ke dapur beritahu yang Yasmin ter**tut** dalam seluar...basah lenjun pyjama tidurnya. Memang dari siang lagi anak-anak ku tak berhenti-henti bermain dgn sepupu2nya...berlari terjerit2 mcm kena serang histeria.Biasalah budak-budak kalau jumpa sekali sekala...aku pulak entah kenapa masa tu hangin satu badan...iyalah, badan dah letih, kerja tak habis-habis lagi...anak-anak pulak tak dengar cakap walaupun dah berkali-kali ditegah.

Aku ambil Yasmin bawa masuk toilet, dan apa lagi....aku lepaskan segala penat, letih, perasaan marah pada dia...dah terlalu lama tak naik tangan denagn anak-anak, tapi hari tu aku mcm singa lapar pulak...ringan jer tangan aku singgah kat punggung Min..satu das kiri, satu das kanan...tak cukup lagi aku bagi extra satu kat kaki....aku tengok Min pandang aje tepat ke muka aku...sayu pandangan dia tapi langsung tak menangis...dia tahu itu salahnya sbb dah berkali-kali aku pesan jangan asyik berlari dan kalau nak ke toilet jgn tahan-tahan nanti sakit perut....rupanya terus terbarai banjir kat bilik tidur masa sakan bermain mengelinjang (bahasa muor) tak tentu arah....tak cukup aku bagi "upah" dekat Min...Kika pun aku tumpangkan sekaki....entah kenapa tak pernah2 aku pulas telinga Kika...kali ni aku pulas mcm pulas volume radio jer...memang aku baran sangat2 dgn mulut tak henti2 membebel....Lepas tu aku paksa dia orang tengok TV kat dapur, duk sebelah ayahku dan suruh Ngah Sahak suami Angah jaga dia org berdua jgn berlari kat rumah atas dgn sepupu2 dia yg lain....Kijam sungguh Kak Wawa malam tu...entahlah, sampai hari ni aku rasa menyesal sgt sebenarnya...sebab tu masa Hari Raya aku tak ada mood, bergambar pun malas, tak der sekeping pun gambar hidangan raya..memang tak keluarkan kamera langsung...dan opppss...nasi dagang aku pun tak menjadi...kacau sugguh perasaan aku masa tu..sama mcm cuaca yang mendung dan hujan sepanjang hari.

Malam tu lepas suhu kemarahan aku reda dan kembali ke tahap normal, aku pangiil kedua-duanya...usap dan belai mereka, aku minta maaf banyak2 kat budak2 berdua tu...Maafkan mama sayang...tapi, apa yg aku lakukan tu tak sepatutnya berlaku...betapa lemahnya ku dalam mempertahankan kesabaran sebagai seorang ibu.Aku hanya manusia biasa yang lemah dan alpa, sekali lagi maafkan mama sayang!