Sunday, October 24, 2010

Main Masak-Masak di Hujung Minggu

Minggu ni minggu exam, tak der ke mana-mana pun sbb Kika kena quarantine belajar. Punyalah liat anak dara tu nak suruh study...bila lepa aje, mulalah dia bermain. Boleh time nak exam ni dia sibuk dgn colouring book dia...gaduh2 dgn Min...Hanginnn mak satu badan! Aku dah warning dia, kalau result teruk jawabnya tak der beg sekolah dan kasut baru...biar masuk sekolah darjah 3 nanti kena ejek dgn kengkawan.....baru dia takut sikit!

Bila dah banyak masa kat rumah, mulalah aku teringin nak berdansa kat dapur...dah lama aku tak masak. Memang dari pregnant, bulan puasa dan bulan raya ari tu boleh dikira dgn jari berapa kali jer aku masak....tak der feel arr sbb busy.

Aku masak kueteow ladna utk sarapan pagi hari Sabtu dan Ahad pulak masak sotong goreng kunyit dan ikan bawal 3 rasa...puas dapat makan kat rumah banding kat kedai, jimat pun iya jugak. Hmmmm...next week nak kena carik resepi best2 ni nak masak...nak buat rendang utk Abg Mizul pun tak sempat2 lagi ni...dia dah request rendang daging nak makan dgn lemang. Tak mithalinya lah kak Wawa ni....setakat rendang daging pun tak terbuat2 lagi...kuikuikui.



Ikan bawal 3 rasa...dengan kos bahan mentah tak sampai 12 hengget.

Sotong goreng kunyit, dengan kos bahan mentah tak sampai 11 hengget

Kueteow ladna, dengan kos bahan mentah +/- 20 hengget, mahal sket sbb aksesorinya lumayan!






Adelle yang kena tinggal dgn kakak2 dan papa bila mama busy kat dapo. Tertidur2 dia tunggu mama...siannya!

Thursday, October 14, 2010

Aktiviti Penutup Raya

Minggu lepas kita org anak beranak busy betul memenuhi undangan penutup raya....gi kenduri akikah, gi rumah terbuka...tu pun kenduri kahwin tak dpt hadir sbb dah keletihan. Sempat projek makan2 lagi lps balik beraya...
*************************************************************************************

ni gambar beraya kat banglo kawan opis...Datin Fauziah namanya. Memang lawalah rumah baru...yg tak bestnya si Adelle mengamuk nak tidur...so, tak dpt nak klik2 banyak sikit kat sana. Kika dan Min punyalah comot masa tu sbb kita org baru balik kenduri rumah kawan. Apa pun Datin Fauziah kita tetap vogue...sevogue banglo barunya nih.





ni masa gi kenduri akikah...sedap makan kambing kat rumah Zul n Izan. Puteri dia orang yg comel dan diraikan ni namanya Qistina Uzma...nama best secantik orangnya.
ni gambor masa balik beraya hari Sabtu, lepas beraya perut lapar pulak...singgah port kegemaran, Windmill Station kat Jusco lama. Paling best dapat makan banana split...mmmm...malam tu ditambah dgn aircond, Min terbatuk2 tidur...bimbang sungguh aku dia kena asthma.






Wednesday, October 13, 2010

Layan Adelle Lagi...










Cepatlah besar, nanti boleh main pok amai2 belalang kupu2 ngan mama...

Monday, October 11, 2010

Apa Adelle Boleh Buat?

Just nak share...Adelleku sayang dah rolling over....seronok aku sbb budak kecik ni 4 bulan baru nak buat keje...kalau tak melalak jer kejenya. Kesian dia, susah betul nak buat adjustment dgn tangan dan kepalanya... Tu jer nak bagi tau....syonok mak budak!



Friday, October 1, 2010

Raya di Kg Abg Mizul

Ni koleksi raya di Raub,Pahang. Tak banyak gambar fasal semua org busy dgn xtvt sendiri. Tahun ni tahun beraya di rumah mertua masing2...so adik beradik Abg Mizul tak berkumpul.Adalah sikit2 gambar kat rumah Kak Long & Kak Ngah. Apa pun layan jer.