Thursday, February 26, 2009

All Time Favorites - Ayam Masak Merah




Mood memasak tengah ada ni...saja nak kongsi dgn kengkawan resepi yg satu ni. Ayam Masak Merah memang kegemaran residents kat rumah no.8 terutama si gebu Yasmin Hananie, tak caya?...dia memang suka sambal menyambal ni!
Resepi ayam masak merah ada bnyk versi...ni versi aku, so ikut tekak aku arrr....simple & senang!

So, here we go...
Ayam Masak Merah Kak Wawa
bahan2:
5-6 potong ayam - digoreng jgn terlalu garing
bahan tumis:
5 ulas bwg putih
1/2 biji bawang besar(bwg2 ni kena tumbuk or mesin arrr)
5-6 sudu besar cili mesin

1 btg serai diketuk
lengkuas & halia sebesar ibu jari korang (kecik sikit dari ibu jari aku...) - ketuk gak

Sos tomato - agak banyak, sesuaikan dgn citarasa korang arrr (aku x suka guna tomato puree)
2 sudu besar gula pasir
sedikit air
garam & aji

bahan hiasan:
2 biji kentang -potong bentuk wedges (mcm kat KFC tu) & digoreng kekuningan
1-2 biji bawang besar - potong bulat2 & kasar
2 biji cili merah & 2 biji cili hijau - potong memanjang
1 biji tomato-belah 4

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis bwg putih,bawang besar yang ditumbuk hingga kekuningan.

2.Masukkan cili mesin, biar cili benar2 garing.

3.Masukkan serai, halia dan lengkuas yg dah korang ketuk ketampi tadi...

4.Masukkan air sikit, jgn banyak sgt...agak2 arrr

5.Masukkan sos tomato, gula, garam, aji...sesuaikan rasa dan biar mendidih. (rasa pedas, manis & masam tomato kena bersatu)

6.Masukkan ayam goreng, biarkan sekejap bagi mesra rasa dgn ayam.

7.Masukkan kentang (yg dah digoreng), bawang besar, hirisan cili merah+hijau dan tomato. Jgn biar lama, agak2 bawang & cili dah layu sikit...terus tutup api.


*Sedap dimakan dgn nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, dll. nasi himpit pun sodap, tapi kena potong ayam kecik sikit . Halamakkk, terasa lapar lah pulak!





Tuesday, February 24, 2009

"Bila Kakak & Adik bersuara..."

Ni, nak tiru Anis, buat skrip ....sajer jer sbb aku tengah boring ni.

Babak 1: balik dari sekolah

Kika: "mama, tadi kawan cakap kika ni kaya tau..."
Aku: "haaa...kenapa pulak?"
Kika: "sebab color kika, faber castell ni,..."(tersengih-sengih dia malu-malu)
Aku: "kita tak kaya nak...(aku tergelak kecil)


Babak 2: dalam kereta, waktu menunggu suamiku & Yasmin shopping di Pasar Malam, Aku
sengaja ingin menguji Kika sebab majoriti kawan sekolah dia anak org kaya

Aku: "Kak long, kawan-kawan Kak Long ramai yang kaya kan...mama tak kaya, mama poor,
mama tak banyak duit pun..."
Kika: "Kika sayang mama, tak apa lah tak kaya pun...."
Aku: "Kak Long tak sedih ke?...tak malu ke sebab mama poor?"
Kika: "tak..., tak malu, tak sedih pun, Kika sayang mama, sayang keluarga kita...tak apa lah tak kaya ...."


Babak 3: di ruang tamu , Aku lepak dgn Yasmin

Min: "mama, tadi kawan adik, Damia dah dapat bibik..."
Aku: "bibik?...habis tu kenapa?"
Min: "semua orang ada bibik tau kat rumah dia......"
Aku: "biarlah,...mama boleh buat semua keje rumah sendiri..."
Min: "nanti kalau mama dapat gaji, kita bolehlah ambil bibik kan..." (dgn muka penuh harapan)
Aku: "Min! *&^%$%$##@*&&^^

Sunday, February 22, 2009

Main Masak-Masak part 3

Suka makan mee atau beehoon tak?...Menu yang biasa di'order' oleh anak-anak ku pada mamanya. Ni mana2 yg ada dalam koleksi...cari2 yg lain tak jumpa lak.


Mee Goreng


Beehoon Singapore (enak dimakan dgn cili jeruk/cili potong berkicap)



Magee Goreng



Beehoon Sup Sayur



Mee Hailam (siaran ulangan kot...)

Demi yong yang genit & sexy, aku editlah entri ni utk masukkan resepi

1 peket mee kuning

Sayuran:

sawi pak choy
lobak merah
baby corn (aku tak letak sbb dulu2 anak tak suka)
cendawan (shitake/hoshimeji/bunape/butang/tiram atau ape2 aje)
tomato

bahan penyedap:

daging /ayam/sotong/udang-apa2 ajer lah ikut suka

bahan tabur:

mcm biasa, daun sup & bwg goreng
limau kasturi

bahan tumis:

bawang putih diketuk2 kasar

sos:
sos tiram - 4-5 sudu...kena banyak

kicap biasa jer..

seketul kiub ayam

bahan wajib:

tepung jagung

Cara:

1.tumis benda yg patut ditumis
2.masukkan air dlm qtty banyak dan masuk arr bahan penyodap ayam, daging semua tu...kalau guna udang/sotong masuk lambat sikit.
3.bila kuah menidih, masukkan segala jenis kicap dan sos tiram, sayuran... tapi, pak choy & tomato masuk last dah nak angkat nanti.
4.Masukkan mee, tapi pastikan kuah mesti masih banyak slpas masuk mee.
5.Masukkan pak choy& tomato dan masukkan bancuhan air masak + tepung jagung

Hidangkan panas2 dan tak boleh biar lama kena terus ngap sbb mee akan meresap kuah dan akhirnya kuah akan hilang...lost world gitu!


MEE UDANG ni menu signature aku time open house atau keramaian kat rumah no.8



Bahan utama:

Mee kuning Udang besar 1 kg

Bahan tumis

5 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
4-5 sudu besar cili kering mesin

Bahan kuah:

1/2 botol sos tomato (botol kecil)
2-3 sudu besar gula pasir (ikut suka, sbb mee perlu ada rasa manis)

Bahan sampingan:
kangkung celur
taugeh celur
hirisan tauhu goreng
hirisan telur rebus
hirisan fish cake celur
hirisan cili merah/hijau

bahan tabur:
mcm biasa arr...termasuk limau kasturi

Cara masak:

1. Celur mee & toskan
2.Udang separuh buat stok...separuh lagi masukkan dalam kuah. Yang buat stok tu...mcm buat laksa, kupas udang...ambil kulit & kepala, isi simpan semula dlm fridge sbb tak gunakan pon!. Kulit & kepala udang direbus hingga mendidih.Pas tuh mesin dan tapis, campur dgn air rebusan. Sebahagian udang lagi tu, just buang benang hitam kat blkg udang ....kepala dan ekor tak yah kupas...biar molek sekor2 gitu...
3.Tumis benda yg patut ditumis, pastu masukkan stok rebusan udang....campur lagi sedikit air utk membanyakkan kuah. ni mee berkuah, so kuah kena cukup utk dihirup2.
4.Masukkan sos tomato, gula, garam, aji....sesuaikan rasa biar elok mendidih.
5.Last baru masuk udang2 tu....jgn lama sgt. Bila udang masak, terus tutup api.
6.Hidang mee dgn sayuran celur dan bahan 2 lain mcm telur, tauhu etc. Curah kuah dan tabur bahan tabur daun sup segala...
7.Baca bismillah dan ngaplah udang2 tu dgn bersopan pantun...






Model Noor & Usop tengah membelek mee udang Acu nya.

Thursday, February 19, 2009

Bahagia...


Bahagia?...sepatah perkataan yang boleh mentafsir 1001 makna

Semua insan di dunia ini mengimpikan kebahagiaan...apa itu bahagia? Ada yang kata bahagia itu bila bersama orang yg tersayang, ada yg kata bahagia bila duit berjuta atau kereta mewah menjalar...ada yang kata bahagia bila semua yg dicita-citakan tercapai...tepuk dada tanya selera...terserah pada anda yang menafsir mengikut konteks sendiri.



Menurut Dato' Fadzilah Kamsah "untuk hidup bahagia rumahtangga, kita tidak boleh berserah...kena cipta bahagia, kena wujudkan rasa bahagia"





Dan pada aku bahagia tu adalah ihsan dari Allah...aku impikan kebahagiaan hati!



Kebahagiaan ku hari ini bila melihat wajah polos 2 insan permata hatiku...Alhamdulillah

Sunday, February 8, 2009

Rahsia rempah Kurma

Lama rasanya tak berkongsi rasa tentang dunia masak memasak ni...

Semalam, 8/2/09 genap usia Kak Bai yang ke-24 opsss...44. Gerek seh kakak aku sorang ni, maintain lawa lagi! So, dia buat hi-tea kat rumah dia...maka, datanglah kami 4 beranak dari Melaka turun ke Tmn Kesang Indah, Muar. Apa pulak lah kena mengena rempah kurma dgn cerita majlis birthday Kak Bai ni?

Masa Kak Bai busy sedia itu ini kat dapur semalam, aku offer diri nak menolong. Kak Bai nak mandi bersiap, so dia minta tolong masakkan sup ayam sebab menu yang lain semua dah siap. No hal punya...setakat sup ayam apa lah yg susahnya kan. Aku pun memulakan ekspedisi masak memasak di dapur rumah kakak ku ini. Cari punya cari rempah sup, satu pun tak ada...baik yg bunjut mau pun yg serbuk, kes Kak Bai terlupa nak beli lah tu. Alamak!...mcm mana ni...nak suruh Pia ke kedai pun susah jugak sebab kedai runcit jauh sikit, lagi pun Pia tengah seronok bermain dgn sepupu2nya. Lastly aku teringat pesan Kak Long, guna aje rempah kurma, lebih kurang aje rasanya.

Aku pun guna sajalah rempah kurma tu....dan hasilnya...tanya sama itu hud-hud...memang berpeluh beb hirup sup petang2. Sampai tak cukup, licin dikerjakan kami semua, lagi pun sup tu tak banyak sangat pun...anggaran seekor ayam bersize XL...yg datang makan pulak 3-4 orang yg bersize XXXL termasuklah yg memasak supnya...hua..hua..hua...Jemputan Kak Bai tak ramai, besar kecik tua muda lebih kurang 16 org jer.

SO, malas nak citer lebih2...ni aku perturunkan resepinya!

SUP AYAM KAK WAWA

Bahan2:
1 ekor ayam (potong kecil)
Halia sebesar ibu jari aku (maknanya besor sikit dari ibu jari korang arrr)
7 ulas bawang putih
3-5 ulas bawang merah
rempah tumis-cengkih, pelaga,lawang,kayu manis
2 biji kiub ayam
3 sudu besar rempah kurma
Kentang 2-3 biji (potong arr ikut suka)
garam
bawang goreng & daun bawang+saderi & sambal kicap powerrrr!

Cara masak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk steel.
2. Masukkan rempah tumis tanpa tunggu minyak benar-benar panas
3. Bila minyak cukup panas,tumis bawang putih+merah yg ditumbuk
4. Masukkan halia yang dipotong kasar
5. Masukkan air dalam kadar yang diingini, nak banyak letak air lebih
6. Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan dalam sup.
7. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam (jgn masuk aji sbb kiub ayam dah ada MSG)
8. Biar kuah panas, masukkan ayam.
9. Biar sup masak.

Hidangkan dgn daun bawang + saderi, bawang goreng dan sambal kicap yang power rangers tu!

* Rasa sup rempah kurma lebih sedap, beraroma dan warna sup cantik.
Sup boleh dimakan begitu saja atau dengan beehoon, mee, nasi dan bubur.

Thursday, February 5, 2009

Dan Dirikanlah Solat...

Sedar tak sedar anak sulungku sudah masuk ke alam 7 tahun...masuk darjah satu. Sebelum usianya 7 tahun aku risau memikirkan macam mana nak mendidik dan mengajar dia solat.Aku sendiri pun ketika kecil mula bersolat ketika berumur 10 tahun (darjah 4). Malah aku berpuasa hampir penuh pun pada usia yg sama.Bolehkah Kika mendokong tugas sebagai muslim dengan umur sementah itu?

Sebenarnya persoalan itu amat mudah...Islam itu indah dan tidak memberatkan sesiapa. Apa yang Allah perintahkan dan apa yang Nabi ajarkan memang sudah cukup molek. Buangkan jauh-jauh prasangka dan halangan fikiran yang membataskan.So, aku nak berkongsi tips bagaimana nak mendidik dan mengajar anak-anak mencintai agama (Fardhu Ain bagi ibu bapa mendidik anaknya Ilmu Tauhid dan Ibadat).

Tips puasa:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat puasa sebulan dua bulan sebelum Ramadan. Beritahu dia baik-baik yang puasa tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Tunjukkan yang kita begitu teruja nak menunggu Ramadan tiba...sehingga dia juga turut tidak sabar-sabar untuk cuba berpuasa.

4.Masa permulaan puasa (1-2 hari yg pertama) memang banyak dugaan...aku hadapkan Kika dgn computer games for her first day...biar dia leka sikit. Memang berkesan!

5.Anakku bersahur pukul 7.00 pagi ketika itu kerana ia baru latihan...so, tak boleh paksa dia bangun pukul 5.00 pagi.

* Kika mula berpuasa pada umur 6 tahun. Dia hanya meninggalkan puasa 2 hari saja kerana terlalu dahaga
di Tadika. Aku dan suami bersyukur sangat2 dan harap dia akan istiqamah untuk Ramadan akan datang,
Insyaallah.


Tips solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti
orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.

Alhamdulillah, bermula Disember 2008, sehingga kini, Kika telah mula mencintai solat...menitis air mata seorang ibu melihat anaknya solat sendiri dengan bacaan yang jelas ketika waktu Maghrib di Tambun, Ipoh waktu kami bercuti dulu...malah sepupu Kika, Pia (11 thn) terus mendakap dan memeluknya selesai dia mengucapkan salam yg kedua...kepuasan yg aku rasa berganda2 berbanding kegembiraan melihat dia mula pandai membaca 2 tahun dulu...dan satu pengalaman lagi, bila kika membaca doa selepas Subuh, ketika itu aku berada hampir dgn dia...dgn ayat seorang budak,dia memanjatkan doa "rabbigfirli waliwalidaiyaa...warhamhuma kama rabbayani saghira..." dan semakin syahdu bila dia menghadiahkan fatihah kepada arwah atuknya...Alhamdulillah, semoga Allah peliharakan anak-anak ku...

Aku tiada niat apa2 berkongsi tips dan pengalaman ini, selain atas rasa tanggungjawab sbg seorang muslim berkongsi perkara2 yang baik & bermanfaat.