Sunday, September 11, 2011

From Melaka With Luv...

Tuan rumah dan anak2 yang dah besar2







Raya di rumah No.8-Family gathering. Family Kak Bai, Kak Ena, Acik , Kak Wawa & anak2 buah. Lemang & rendang tok, Spaghetti bolognese, Beehoon & ayam goreng....simple2 jer, janji meriah!

Salam dr kami- Mizul & Wawa serta Kika, Min & Adelle. Tenkiu sis & bro...

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri






Salam semua...aduhaiii terbatuk2 aku..uhuk uhuk...banyak sangat sawang kat rumah ni...berbulan rumah kecil aku ni tak bersentuh.

So...Selamat Hari Raya kepada yang sudi ziarah ke sini...mohon maaf zahir batin. Raya yang simple dan sederhana. Gambar pun tak banyak. Camera tinggal office.

Thursday, June 9, 2011

Ohhh Hati Tenanglah...

Petang ini hatiku amat sayu..benar-benar merasai kehilangan ayah yang aku kasihi. Aku menangis semahu-mahunya...aku benar-benar rindu...benar-benar kehilangan. Aku redha ayah pergi, tapi ingatan ini memang semakin dalam bila semakin lama ayah meninggalkanku..

Segala-galanya seakan masih segar dalam pandangan...seakan ternampak lagi wajah ayah, terdengar suaranya dan setiap gerak lakunya.

Selama ini aku tidak manja dengan ayah secara nyata...tapi ayah amat dekat dihatiku, aku tahu ayah ada, dan ayah memang sentiasa ada sebagai tempat anak merujuk, anak mengadu dan meminta pandangan. Kalau ada temuduga kerja, nak bersalin dan apa saja peristiwa penting dalam hidupku aku tidak lupa mohon mak dan ayah doakan....dan ayah akan bermunajat, solat hajat dan berdoa memohon pertolonagn Allah untuk anak-anaknya...kini hanya mak yang ada untuk mendoakan anaknya yang lemah ini.

Ayah, ampunkan adik yah...

Wednesday, June 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Pertama Adelia...




Hari ini genap umur puteri bongsuku 1 tahun. Tiada kek, tiada sambutan. Maafkan mama sayang, hati mama masih berduka dengan pemergian atukmu. Malam tadi sebelum tidur mama cium Adelle puas-puas ucapkan Happy Birthday dan mohon maaf sebab tiada birthday bash yang grand macam kakak2 masa umur cukup setahun.

Biarlah mama pujuk hati mama dulu...Adelle cucu kecil yang menceriakan atuk di hujung usianya. Sayang sekali Adelle bijak buat macam2 setelah atuk pergi, tak sempat atuk nak tengok...Hari ini juga genap 16 hari atuk meninggalkan kita.

Monday, May 30, 2011

Ayahku Yang Ku Kenali...

Mak memanggilnya, "ayah kau" "ngah" " (tak panggil apa-apa...terus cakap jer)"
Ayah memanggil mak, " mak kau" " (tak panggil apa-apa...terus cakap jer)" "ti" (nama mak : Siti)
Mak guna ganti nama, " Aji" bila cakap dengan ayah.
Ayah guna ganti nama, " Aku" bila cakap dengan mak.

Inilah kasih mereka berdua, kasih yang bersimpul mati dari mula hingga berpisah dengan pemergian ayah ke Rahmatullah. Jodoh mereka berdua panjang, dikurniakan 10 orang anak, 4 lelaki dan 6 perempuan. Sayangnya abang sulung kami meninggal ketika baru dilahirkan...tinggallah kami 9 beradik...rumahtangga mereka penuh suka duka, ada rajuk, ada gurauan, ada usikan, ada gaduh-gaduh sayang, ada masa gunung meletup...itulah mak ayah yang kami kenali. Tapi, ketika bulan dan minggu2 terakhir ayah, hubungan kekasih 2 sejoli ni rapat...baik...rukun...buktinya di saat akhir ayah memanggil mak ke laman. Inilah kenangan terakhir mak bersama cinta hatinya.

Kami anak menantu memanggilnya "ayah"

Cucu-cucu kandung yg 19 orang memanggilnya "atok" "tok ayah" "atok muar/atok hj Jamal (anak-anak ku)" Ayah dan mak ada 7 orang cucu tiri. Meriah rumah kami.

Orang kampung dan sedara mara memanggilnya "Pak Ngah Jamal"/ "Atok Jamal"

Ayah orangnya amat tegas, putih adalah putih, hitam adalah hitam, tak ada kelabu atau adjust2. Perawakannya sederhana, wajah serius dan nampak garang. Dengan orang ayah suka berlawak, ayah mudah tolak ansur...dengan kami ayah amat tegas dalam mendidik...ayah mahu anak-anak hormat dan patuh dengan ayah. Personaliti mak dan ayah amat berbeza...tapi ada masa ayah akan manjakan kami....biasanya ayah akan memanggil "nong" kepada anak2 dan cucu2 kalau ketika itu dia berlembut dan bermanja dengan kami. Bila ayah sesekali memanggil "nong" kepada aku atau anak-anakku ...aku tau ketika itu kasih sayangnya melimpah ruah buat kami.

Ayah memang kepala rumahtangga yang sebenar. Dia ketua keluarga, mencari makan pagi dan petang buat kami. Ketika muda, mak turut sama membanting tulang membantu ayah mencari rezeki...menggunakan tulang empat kerat selain doa dan pengharapan utk menyuap mulut 9 orang anak-anaknya . Itulah yang membuat kami anak-anak amat menyanjung mak dan ayah yang telah banyak berkorban sehingga kami anak-anak masing2 ada kehidupan sendiri.

Ayah orangnya tidak boros, suka beringat, pandai menabung dan menyimpan. Ayah juga memang pemurah sifatnya, tidak lokek dan sangat-sangat berprinsip lebih-lebih lagi jika melibatkan wang atau hak orang lain. Ayah suka membantu mereka yang memerlukan tanpa banyak soal, tanpa apa-apa cagaran, tanpa perlu jaminan mereka itu perlu ganti semula atau tidak. Ayah selalu berpesan jangan mengambil hak orang lain walaupun satu sen...kalau kita tak ada tak perlu cemburukan mereka yang ada dan lebih murah rezekinya. Sifat kental ayah ini yang paling aku respek...ayah memang banyak pegang amanah ketika hayatnya...sahabat dan kawan tidak kira Melayu atau Cina memang tahu ayah amat kuat berpegang janji..ayah amat amanah, jujur dalam memikul pesanan dan tanggungjawab. Inilah yang menyebabkan ayah ramai teman dan sahabat sejati yang amat setia dengannya. Kehilangan ayah amat dirasai oleh ramai kenalannya. 5 hari aku ada di kampung selepas pemergiannya, rumah kami tidak putus2 dikunjungi tetamu jauh dan dekat...yang bertahun2 tidak bertemu pun ada datang berziarah dan turut sama berkongsi kehilangan.

Ayah amat menjaga soal solat. Ayah menjaga masa. Kalau sudah janji masa tertentu...ayah pantang lambat, ayah tak suka berurusan dengan orang yang cuai soal masa. Tak ada istilah "janji Melayu" dalam kamus hidup ayah. Ayah ada rutin yang tetap, bangun awal pagi, solat tahajud dan melakukan yang sunat sebelum sampai waktu...setiap hari, tak kira sihat atau demam..kecuali ketika ayah masuk wad tahun 2007 dulu...ayah terlantar dikatil dengan segala tiub dan tidak berdaya.Dari kecil sehinggalah sebelum pemergiannya ayah memang suka menghidupkan malam dan kami akan terjaga mendengar suaranya di ruang sembahyang dengan zikrullah dan ayat suci. pagi pertama tanpa ayah..kami diselubungi rasa sayu....subuh itu berlainan benar tanpa ayah. Ayah mengamalkan solat berjamaah setiap waktu di rumah. Bermula dari Subuh hingga Maghrib..waktu Isyak ayah akan solat di surau atau masjid...masa ini ayah kata utk masyarakat. Masa lain untuk mendidik keluarga. Aku sanjung sifat ayah.

Ayah suka makan daging, dan tidak suka makan ayam. Ayah amat suka semua jenis ikan, tak kira ikan laut atau ikan sungai, hidupan laut terutama udang amat ayah gemari. Alhamdulillah ayah tidak ada penyakit2 disebabkan pemakanannya. Ayah suka masin, tapi ayah tak ada darah tinggi. Ayah hanya pengidap asthma...asthma tegar...dan bila semakin tua ayah mengidap asthma kronik. Sakit ini sakit keturunan...Arwah Pak Su pun sama...pergi mengejut macam ayah juga. Anak-anakku turut mempunyai sakit yang sama. Tahun 2007, bulan 6 ayah duduk wad 12 hari kerana colon cancer...tapi ayah tidak sakit lama, ada simptom terus buat pembedahan dan selepas sebulan ayah sihat macam biasa. Doktor tak mau ayah buat chemo atau apa-apa rawatan dan ubat-ubatan sebab semua polyps dan tumor dah tak ada. Doktor meramalkan jangka hayat ayah 3-5 tahun lagi ketika itu untuk pergi secara natural. Doktor Ravi Kumar dari Pantai tidak meramalkan sel kanser ayah hidup semula...."make him happy...give whatever he wants, makan tak payah pantang2...kasi hentam apa saja Haji mau" masih terngiang-ngiang pesan surgeon yang merawat ayah. Tak ada sesiapa beritahu ayah sakitnya itu kanser, doktor cakap ayah ada ketumbuhan...doktor dan kami semua tak mau ayah risau. Alhamdulillah ayah pergi bukan kerana sel kanser aktif kembali.

Ayah meninggalkan amanah yang kami wajib jaga dengan sebaik-baiknya. Ayah meninggalkan mak, isteri yang dikasihi. Kami anak-anak akan berusaha menjaga mak sedaya yang mungkin. Ini saja insan keramat yang masih ada. Walaupun kini kami kehilangan ayah, kami masih ada mak untuk bermanja dan mengadu...mak lembut dan penyayang...mak memerlukan sokongan kami...mak sudah merasai 2 kehilangan besar dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Kehilangan pertama anak keempatnya iaitu andak pada 2010 dan kini ayah pula....apa saja yang ayah tinggalkan akan kami jaga dan usahakan. Paling sedih ayah meninggalkan usahanya yang terkahir iaitu kebun sawit yang baru diusahakannya pada tahun 2007 yang kini telah membuahkan hasil...inilah peninggalan ayah untuk nafkah mak. Ayah memang the real survivor, masih kuat dan punya kudrat, masih segak dan usahanya bukan seperti orang berumur 80 tahun...rajin bekerja walaupun telah berusia, tak mau duduk diam....dan minggu2 terakhirnya ayah sibuk menanam pokok pisang dan tanaman lain utk ditinggalkan...Ayah seperti tahu dia akan meninggalkan kami...Ayah hero kami, semangatnya tinggal untuk kami...tak pernah patah semangat berjuang dalam hidup.

Ayah, semangat dan jiwa ayah masih ada bersama kami....semoga ayah berbahagia di sana...

* Nukilan ini buat anak cucu ayah mengenang dan mengenalinya....AL-FATIHAH.

Pulangnya Ayahanda Tercinta ke Rahmatullah...25/5/2011 (Part 3)

25/5/2011

Sampai di rumah lebih kurang pukul 10.15 pagi....di halaman sesak dengan kenderaan adik beradik dan sedara mara. Semasa aku baru melangkah 2-3 tapak sambil mendukung Adelle, kaki aku lembik dan rasa macam nak tergolek terlanggar batu...rupanya fokus aku hanya pada mayat ayah yang diletakkan di beranda rumah. Mujur aku tak jatuh masa tu. Air mata sudah tak henti menitis....aku beri salam pada jasad ayah tetapi masih tak berdaya untuk menyelak kain putih yang menutup wajahnya. Aku ingin berjumpa dengan mak dulu, masuk ke dalam aku dah tak hiraukan tetamu yg semakin ramai...aku ke bilik mak, mak sedang mencari barang untuk disedekahkan pada orang yang menguruskan mayat. Aku peluk mak erat2...tak ada perkataan yang keluar dari mulut mak...cuma air matanya yang menerangkan segala-galanya.

Selesai berwuduk, aku pergi semula ke mayat ayah. Ada 3 orang lelaki jiran tetangga kami yang sedang membacakan Yassin di sisi ayah. Aku memanggil anak2 untuk menatap wajah ayah. Bila ku selak kain putih, apa yang aku nampak adalah wajah ayah yang amat tenang seolah sedang tidur...kulit ayah yang asalnya hitam manis, kelihatan kekuningan sama seperti wajah arwah Andak dahulu. Alhamdulillah....Ku kucup dahi dan pipi ayah...ada damai di situ bila kami bersentuhan. "Ayah, Adik mohon ampun maaf atas segala dosa-dosa yang Adik lakukan, halalkan makan minum Adik sejak Adik dilahirkan sehinggalah hari ini, Adik mohon ampun tak dapat pulang hari itu..." suara ku terputus2 dan lafaz itu ada yang terluah dan ada yang kusebut dalam hati. Terasa sangat syahdu dan macam tak percaya jasad ayah yang terbaring itu sudah tidak bernyawa lagi. Anak-anakku yang menangis teresak2 silih berganti mengucup atuknya. Kika dan Min memang rapat dengan atuk sejak mereka lahir lagi. Aku segera membaca Yassin tanpa menghiraukan orang sekeliling...entah bila Mizul mengambil Adelle dari ribaanku pun aku tak sedar. Aku ingin membaca Yassin sebanyak yang mungkin sebelum ayahku dikebumikan. Adik beradik ipar duai serta sedara terdekat silih berganti membaca yassin di sekeliling ayah. Jemaah masjid dan jiran tetangga terdiri dari kumpulan lelaki dan kaum ibu membuat tahlil untuk ayah kemudiannya. Ramai yang datang menziarahi ayah sebab ayah di antara orang tua yang panjang usia di kampungku. Ramai kawan dan jiran yang seusia ayah sudah lama pergi dulu sebelum ayah.

Ayah dimandikan oleh 3 orang jiran yang bertugas menyempurnakan mayat dan dibantu oleh abangku Etam, Acik Syukri dan suamiku Mizul. Sedih sebab Uda anak lelaki sulung ayah masih belum sampai. Andak pula sudah terlebih dahulu bertemu Allah. Alhamdulillah jasad ayahku bersih tanpa najis walaupun arwah meninggal mengejut dan baru pulang dari minum pagi di kedai. Selesai mandi ayah dikafankan. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Cuma sedikit risau menanti keluarga Angah dan Uda yang masih belum sampai dari JB. Mayat tidak boleh disimpan lama dan perlu segera dikebumikan dan aku tahu Uda dan Angah telah usahakan yang terbaik. Semoga mereka sempat sampai nanti...

Sebelum ayah disembahyangkan, Imam memanggil kami sekeluarga mengucup ayah buat kali terakhir...saat ini memang pilu bila seorang demi seorang mengucup ayah. Mak mendoakan ayah selamat pergi...mohon ayah redhakan mak sepanjang menjadi suami isteri. Uda dan Angah masih belum sampai....jemaah solat jenazah sudah mengambil tempat. Ayah selamat disembahyangkan. Etam berbincang dengan jawatankuasa pengurusan mayat untuk memberi sedikit masa lagi selepas solat jenazah selesai utk memberi peluang pada anak cucu yang belum sampai. Akhirnya imam mencadangkan agar ayah dikebumikan sejurus selepas solat zuhur di Masjid. Semasa kami adik beradik membaca Yassin, Uda pun sampai dan 15 minit kemudian Angah pula sampai. Alhamdulillah...

Selesai solat Zuhur di masjid ayah sekali lagi disembahyangkan oleh jemaah yang hadir. Kami sama-sama memohon doa agar segala urusan ayah dipermudahkan. Aku solat jenazah sambil mendukung Adelle sebab dia meragam tak boleh tinggal dengan sedara mara di rumah. Selesai solat ayah dikebumikan. Aku tak pergi ke kubur sebab keadaan tidak sesuai dengan Adelle yang masih kecil. Kawasan perkuburan amat dekat dengan masjid dan boleh terdengar sayup-sayup talkin dibaca. Setelah selesai pengkebumian dan jemaah beredar, tinggal kami anak beranak dan sedara terdekat menyiram air yassin dan menabur bunga. Waktu itu baru aku dapat ke kubur ayah sebab Adelle dah diserahkan pada Mizul. Aku lihat Angah amat sedih, ku peluk Angah...tiba-tiba Angah rebah, pengsan dalam dakapanku. Angah diusung ke masjid, air mata aku sekali lagi tumpah ketika menolong mengangkat Angah...ini kali kedua Angah pengsan kerana kali pertama dia pengsan di tempat kerja ketika mendapat berita pagi tadi. Angah memang anak ayah...iya anak perempuan yang paling baik budi dengan ayah...kalau Angah balik, ayah akan sembang macam2 dengan Angah, dan Angah akan masak macam2 utk ayah...Jalinan kasih ayah dan anak perempuannya yang seorang ini amat utuh. Hati siapa yang tidak luluh melihat kejadian ini...Sabarlah Angah, ayah pergi bertemu penciptaNya.

Allah telah makbulkan doa ayah untuk pergi tanpa menyusahkan sesiapa...tak menyusahkan anak dan isteri malah tiada tanda -tanda langsung ayah akan diserang asthma yang sebati dengannya pagi itu. Memang ayah pernah berdoa kalau ayah pergi nanti biarlah dengan sakit asthmanya bukan dengan penyakit lain yang ayah tidak biasa. Acik ke sekolah macam biasa, ayah keluar minum pagi macam biasa. pulang dari minum ayah memanggil mak di halaman untuk melihat air parit di depan rumah sebab malam sebelumnya hujan turun lebat mencurah-curah, yang luar biasa lebatnya. Bila mak sampai, ayah tiba-tiba terbatuk2 kecil...sesak nafas dan cuba gunakan inhaler tapi ayah terbawa inhaler yang dah habis. Semua itu asbab kematian ayah, sebenarnya janji Allah telah sampai waktu itu...tidak cepat dan lambat sesaat. Bila mak lihat ayah susah bernafas, mak memanggil abang iparku Acik Syukri yang hendak pergi ke pejabat. Acik Syukri sempat mengurut dada ayah dengan minyak angin, tapi ayah semakin lemah. Hanya nafas ayah yang turun naik dan kalimah Allah tidak putus dari sebutannya. Ayah rebah diatas Acik Syukri semasa sedang dipapah masuk kereta...menurut mak sepanjang dalam kereta ayah cuma diam, mata tertutup dan sesekali menarik nafas....mak panik tapi masih berdoa agar ayah dapat diselamatkan. Sampai di Klinik Kesihatan, MA mengesahkan ayah sudah tiada. Mungkin ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke Klinik. Ayah pergi di sisi isterinya yang tercinta, isteri yang setia di samping ayah ketika susah dan senang lebih dari separuh abad lamanya.

Ayahku meninggalkan kami semua bertemu yang hak pada 25 Mei 2011 pada usianya 81 tahun. Damailah Ayahanda Hj Jamal Bin Hj Mohd Ariff di sana.Ya Allah, kami redha dengan pemergiannya dan memohon agar Kau ampunkanlah dosa-dosa ayahku. Kau jauhkanlah dia dari azab api neraka dan Kau ringankan seksa kuburnya.Semoga roh ayah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Semoga segala amal kebaikan yang pernah ayah lakukan diterima Alalh dan menjadi bekalannya di akhirat.Dan kami memohon agar Kau jadikan kami anak-anaknya sebagai anak yg soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan arwah sehingga akhir hayat kami. Insyaallah....

AL-FATIHAH

Sunday, May 29, 2011

Pulangnya Ayahanda Tercinta ke Rahmatullah...25/5/2011 (Part 2)

Allahyarham Hj Jamal Mohd Ariff & anakanda Hajar Hj Jamal (Angah). Ayah seperti tahu dia akan meninggalkan kami selama-lamanya...







Rindu serindu-rindunya pada seraut wajah yang telah banyak berkorban & bersusah payah dalam mendidik dan membesarkan 9 orang anak-anaknya.


Koleksi Gambar terakhir pada 30/4/2011

Pulangnya Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah...25 Mei 2011 (Part 1)

2 Mei 2011 (Isnin) - Hari ini aku pulang ke Melaka setelah 3 hari di kampung meraikan pernikahan kedua Ena. Aku pulang awal sedikit sekitar sebelum zohor kerana urusan persekolahan anak banyak yang belum beres. Lagi pun suamiku Mizul sakit dada kesan jatuh terhentak di tandas rumah kampung seminggu yang lepas.Masa kemalangan tu berlaku kami balik menghantar barang persediaan kenduri.Dah penat sepanjang majlis kenduri, sakitnya datang semula.Dah ke klinik semalam, makan ubat...tapi masih sakit. Biasanya aku akan balik lewat petang atau malam ke rumah...tapi, kali ini berbeza.Masa kenduri ayah macam biasa jer, cuma sedikit pelik sebab ayah tak mau ambil wang sumbangan dari tetamu....banyak sumbangan yang dia tolak.." aku tak mau terhutang apa-apa dah..lagipun budak2 semua dah kahwin" sampaikan kenalan berbangsa Cina yang biasa hulur angpow tebal2 pun ayah reject...tapi kami semua fikir sbb dia dah uzur dan tak gagah sangat nak pergi kenduri orang kebetulan pula sekarang ni zaman kahwin anak2 dah lama berlalu...tak anggap pun itu petanda awal ayah.Ayah tetap cara ayah..kalau tidak, maka tidaklah jawapannya.Macam biasa juga nak balik salam peluk cium mak ayah...bercahaya wajah ayah kala lehernya dipaut anak-anakku yang nak cium pipi atuk...cupp kiri...cupp kanan. Aku tak ingat sama ada aku cium pipi ayah tau tidak buat kali terakhir pertemuan kami seperti kelaziman..puas aku cuba ingat2kan, tapi aku tak pasti...

15 mei 2011 (Ahad) - Hari ni Ahad, rindu rasanya nak balik kampung...nak jumpa mak ayah dan nak jumpa Ena, manalah tau kalau2 pengantin baru ada balik kampung. Kak Bai call tengahari tu..."Acu, balik tak hari ni?...Kak Bai tgh siap2 ni..." Aku macam orang mengantuk disorongkan bantal...terus ambil ikan siakap besar yang aku beli semalam nak bawak balik..boleh makan ramai2 nanti. Aku ni bab masak2 makan2 adik beradik paling aku suka...dan macam biasa jugak ayah mesti marah kalau banyak lauk..."Apa bendalah kau orang masak ni...banyak sangat nak makan, sampai tak tau nak pilih."
Aku segera beritahu Mizul...budak2 pun tak sabar2 nak balik...Tapi, suamiku kata dia tak larat...memang dia banyak berehat sejak semalam, dan kalau semalam aku minta nak balik tentu tak boleh juga sebab baju, kasut sekolah perlu dibasuh... rumah perlu dikemas..anak2 kena buat kerja sekolah. Hari ni, kalau balik pukul 3.00 ptg, nanti malam kul 9.00 dah nak balik semula...kelam kabut itu ini lagi. Aku hampa sehampa-hampanya...tapi, keputusan suami wajib dipatuhi...hati kecilku teramat rindu waktu itu. Aku hantar sms pada Kak Bai beritahu tak jadi balik.Janganlah mak ayah sedih harapnya.Kalaulah aku tahu....

21 & 22 mei 2011- Aku tak boleh pulang ke kampung sebab anak-anak akan exam hari Isnin nanti...biasanya minggu exam atau sebelumnya aku mmg hadkan aktiviti...tumpuan pada exam anak2. Mak ayah pun faham kalau time exam...Acik datang malam Sabtu sebab nak mintak Mizul tengokkan laptop...Dia beritahu pesan Ayah dan mak suruh balik minggu depan sebab ayahku nak bawa Mizul berubat dgn seorang Cina yang pakar bab kemalangan atau patah/bengkak organ dalaman. Aku beritahu Acik memang aku nak balik sgt sbb hari tu tak jadi balik...lagi pun aku nak pergi Jakel belikan kain baju raya dia orang berdua.

25 Mei 2011-Aku bangun awal pagi ini, sahur nak puasa sunat sebab anak2 masih dalam minggu exam. Masa mandi sekali lagi aku teingat nak pergi belikan baju raya on the way balik kampung nanti...aku nak beli warna ungu sedondon...sambil tekan suis off water heater sambil aku fikirkan betapa cantiknya purple lilac dengan mak dan ayah. Sampai di pejabat aku minta suamiku singgah sebentar sebab ada satu dokumen peribadi yang aku nak tunjukkan pada dia.Baru nak on PC sambil suamiku melihat dokumen yang aku bagi, telefon berbunyi..Acik call. Suara Acik tenang dengan nada yang amat perlahan, "Cu, harap Acu bertenang ya..nak beritahu, Ayah meninggal" Bila? "baru jap ni" Kat mana? "kat Klinik, ayah kena asthma.." Aku rasa kosong tapi masih tenang, tak ada sebarang respon yg extreme aku buat."Innalillahiwainnaillahirrajiun..."tu saja yang terlafaz ketika itu. Air mata setitis pun tak turun.Aku segera beritahu staff berita sedih itu..siap2 dan pesan apa yang patut, nampak reaksi staff2ku yang terkejut. Kami segera beredar nak ambil Kika,Min dan Adelle. 5 minit dalam kereta baru aku menangis, ralatkan tak dapat jumpa ayah buat kali terkahir dam mohon ampun darinya.Namun perasaan aku redha dan tenang setenang-tenangnya. Anak-anakku exam...satu lagi masalah. Tunggu paper dia orang habis buat baru boleh balik...tunggu 20 minit macam rasa 20 tahun lamanya.Kami balik sehelai sepinggang...cuma, Adelle saja yang ada bekalan baju, lampin dan susu sebab angkut semuanya dari Mak Idah dia.Sepanjang jalan ke Muar,penuh dengan esak tangis kami anak beranak diselang seli dengan bacaan fatihah untuk arwah.Aku berdoa agar Allah izinkan aku sempat membaca ayat suci serta sembahyang jenazah sebagai bakti terakhir anaknya sebelum ayah ke berzakh.

Monday, March 28, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa- tahun 80-an


Aku sajer2 cari lagu arwah sudir "Tiada Dendam di Hati"...suka sangat lagu tu sebenarnya. Tetiba jumpa kat youtube siap dgn gambar posing baeekk punya. Nostalgia sungguh gambor bas macam ni. Sambil dengor lagu ni...fikiran aku melayang ke zaman lagu ni popular sekitar awal 80-an.


Aku darjah 1 tahun 1981...so time tu lah kot lagu2 Sudirman, Alleycats, Sharifah Aini dan penyanyi retro yang lain jadi kegilaan orang kita. Okay arrr sebenarnya bukan bab lagu atau Sudirman yang aku nak ceritakan...just nostalgia zaman kanak-kanak aku time tu. Masa darjah 1 dulu fikiran aku bukan macam cara anak-anak aku berfikir sekarang. Hidup aku tersangatlah sederhana masa tu. Cukup makan, cukup pakai....simple tak berlebih-lebihan. Tiap-tiap hari keje aku bermain aje kat laman dengan kawan-kawan. Jalanraya depan rumah pun tak sibuk macam jalan sekarang. Aku rasa masa darjah 1-2 aku dah boleh cross jalan sendiri sebab kereta motor bukan banyak mana pun.


Tiap-tiap ari ayah bagi duit belanja 40 sen jer. Bayar tambang bas pergi balik dah 20 sen...tinggal 20 sen lagi utk aku belanja kat kantin....20 sen boleh beli nasi lemak atau mee siam. Tak pasti masa tu seposen sepinggan atau 15 sen. Anak-anak aku sekarang duit poket 3 hengget sorang...tu pun macam tak cukup jer. Kat sekolah, jarang sekali nak nampak budak2 perempuan pakai baju kurung, semua adik beradik aku time tu sekolah pakai pinafore.


Fesyen rambut paling cun masa tu dah tentulah fesyen macam Lady Di...teringin sungguh aku nak ada rambut macam ni...Angah, Kak Bai dan kawan2 dia orang sibuk buat rambut macam ni masa dulu...hahahaha.


Kehidupan masa tu memang seronok sangat. Jiran tetangga, sedara mara semua rapat...tak ada istilah katering kalau nak kenduri kendara...semua buat sama-sama. Masa Angah kahwin tahun 1982 dulu seminggu sedara mara berkampung laman kat rumah aku, memang meriah gila!Sekarang ni kenduri kat kampung pun pakai katering ribu riban...ahli kendarat semuanya berbayar. Pastu masa tu mana ada tema kaler ker mende...semua kaler boleh. Pelamin pun orang kampung yang buat, hantaran ada macam2 bentuk...tuala jadi kapal, telekung jadi buah, kasut jadi arnab..pendek kata memang kreatif mak-mak kita time tu. Mak aku selalu tolong jiran buat bunga telur atau gubah hantaran. Bunga telur buat guna kertas Jepun...pastu telur bagi tetamu bungkus pakai tisu makan yg kaler merah tu...hahahaha...memang sempoiii habis.



Masa Angah kahwin dulu ada orang bagi hadiah Sabun Fab serbuk yang dalam kotak tu, tisu dalam kotak pun ada....lawak sungguh lah, tapi time tu suka jer dapat, tak rasa pelik pun...mak aku siap bergambar dengan sabun tu, very da nostalgia.



Pastu kalau sesekali makan kat kedai atau gi jenjalan, nak order air tak mainlah order milo ais ker, teh ais ker, masa tu yg paling malatopss dah tentulah air F&N atau air botol kata orang kampung. Paling aku suka air Fanta...grape atau strawberry dua2 best. Macam bangga jer dapat minum...aduhaiii

Kat bawah ni komik yang kakak-kakak aku minat sangat masa zaman tu...siap kawan-kawan dia orang boleh pinjam baca dari satu tangan ke tangan..ingat tak watak Salina, Maria, Jeffri...best woo citer tu!

Aku rasa yang aku paling ralat masa kecik dulu sebab tak dapat pakai baju yg ada gambar dia orang ni....ingat tak T-shirt Donny & Marie?...kalau tak kenal maknanya tak hidup zaman aku kecik dulu...hehehe.

Thursday, February 24, 2011

Anak-Anakku Yang "Food Lover"


Sajer nak hiasi rumah aku yg sepi ni dgn gambar dr fail arkib time makan2....




Kika dgn Min memang boleh dikategorikan sangat suka makan (kuat makan lah tu...hehehe malu nak ngaku!) Bagi apa saja...semua dia orang suka. Masakan kampung ke, Cina ke, Mamak ke, Western ke, apa aje lah....kalau jumpa menu Afrika yg sedap dan halal pun habis depa balun...nasib baik tak pernah jumpa lagi....sampaikan kalau exam result bagus pun, bila tanya nak hadiah apa?...Kika akan jawab " nak makan tu...makan ni..." Dia tak mintak pun mainan ke, buku ke, apa ke....makan jer yg dia impikan.

Disebabkan asyik makan dan makan, anak2 ku kini semakin sihat...takut pulak aku tengok kika yang tiba2 jer tembam....bermula akhir darjah 2 sampai laa ni darjah 3...dia semakin 'sihatt'...banyak baju dah tak muat...aiyoooo apa sudah jadi?...ni pun aku suruh diet, dia kata laparrr...manjang lapar. Risau aku huhuhu...Macam mana nak control ekk?


Gambar latest Kika yg sgt berbeza dr dulu dgn rambut pendek...terserlah kechubbyannya...

Thursday, January 27, 2011

Biarlah Episode Yang Mendebarkan Itu Berlalu..Part III

" Kak, kami dah check betul2 anak akak...dan kami boleh confirmkan yang..." aku rasa macam dah tak nak dengar perkataan yang hujung tu. "...yang anak akak tak ada murmur sound tu" Alhamdulillah macam tak percaya aku dengar kata-kata doktor perempuan berambut pendek tu. Syukur tak tau nak cakap macam mana. " are u sure doc?..." " very sure kak..." kami dah benar2 pasti, mmg tak ada, kak jangan bimbang" Lega aku dengar, tapi masih rasa belum confident 100%.."Doc, may I see ur consultant...i nak dgr opinion & confirmation dari dia...dan kalau boleh tolong buat echo tu...pleaseeee..how about the heart size?...is it normal?" " okay...nanti we all discuss dgn our consultant kat dalam...." " please doc, for the peace of heart...and saya tak nak terus tertanya2 macam dulu...tunggu sebulan lagi.. and more. Kalau memang ada sakit ni, saya akan usahakan treatment yg terbaik for my baby..." Entah apa yg aku bebelkan aku pun tak tau, yang penting aku cakap, aku request, aku luahkan...kalau ikut doctor tu macam everything is over...

Doktor berdua tu masuk ke dalam...aku peluk erat Adelle yang dah tertidur dalam dakapan. Abg Mizul menarik nafas lega....kami sama2 geram dgn doktor pertama tu tadi...sibuk nak bercinta, entah apa2 dia check...suka hati dia jer, Adelle nyaris2 jadi bahan eksperimen percuma dia.

Doktor keluar dgn senyuman..."Kak, datang pukul 2.30 ptg...boleh jumpa pakar ya.." Aku seperti mendengar harapan...tiba-tiba perut terasa lapar. Baru otak aku ni boleh berfungsi dgn baik, karipap 2 biji tadi tak dapat mengenyangkan perutku. Kami 3 beranak pergi cafe, makan penuh berselera dan kemudian pergi solat. Doa dan berharap pada Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih Maha Pengampun.

Jam 2.30 petang, ruang menunggu di klinik tu penuh dengan manusia. Kali ini ramai budak2 istimewa, besar dan kecik , semua ada. Baby dan kanak-kanak normal pun ramai..semua menunggu giliran untuk dipanggil, menunggu rawatan dan bantuan untuk terus hidup...menunggu dengan harapan yang besar, sama seperti aku. Masing-masing ada bahagian dan rezeki masing-masing. Nurse bagi Adelle ubat tidur sbb baby perlu tenang masa proses buat scanning guna echo tu...so, Adelle kena paksa minum ubat lebih dari 7 ml aku rasa...memang giant size syringe tu....terpaksa.

Aku masuk bilik penyusuan bayi nak menidurkan Adelle...tak lama kemudian, ada seorang ibu masuk bersama dua anak perempuannya. Perempuan tu memangku anaknya, menyuapkan susu ibu pada bayinya...kurus baby tu. "Sakit apa anak?" Aku jadi ringan mulut menyapa dgn senyuman dibibir. " Anak saya sakit jantung kak" Tersentak aku mendengar..."anak saya umur 2 bulan baru tau sakit jantung...ada lubang pada jantung dia, tapi amek ubat saja tak perlu operate" cerita perempuan itu selamba. "berapa umur anak?" " Anak saya 8 bulan tapi berat 5kg saja..." kata perempuan tu ringkas. (Aku mula cuak sbb antara tanda komplikasi jantung ialah berat anak yang tidak normal...Adelle pun berat badan tak naik) " Saya dah bawak anak 2 kali ke IJN kak...memang susah jaga bila anak sakit, tidur malam memang tak cukup." " Awak kerja?" Dia gelengkan kepala. "Suami kerja apa?" entah apa2 aku ni masa tu, sibuk nak tau kerja suami dia pulak " Suami menoreh getah kak...di Alor Gajah" timbul perasaan simpati aku pada dia...macam mana lah dia tanggung rawatan...besar belanja di IJN tu. Sekali lagi aku insaf...

Nama Adelle dipanggil. Aku dan Abg Mizul segera ke dalam. Bilik rawatan yang menempatkan pakar itu besar dan selesa...mata aku terus teruja memandang ke arah mesin echo tu. Doktor pakar tu perempuan, berketurunan Cina, simple orangnya, nampak baik dan tenang...umurnya sekitar 50 an. "Baringkan baby, saya nak scan" Adelle lena dek penangan ubat tidur tadi...kecil saja tubuh Adelle bila aku bukakan bajunya. Doktor tanya macam2 sebelum scan jantung anakku. " Ada sesiapa ahli keluarga awak yg sakit jantung?..Anak-anak yang lain ada mengidap sebarang penyakit? Anak pernah biru atau tercungap2 masa minum susu? Anak pernah sesak nafas? Ada nampak kesukaran lain pada anak?" Jawapan kami berdua "Tak ada doc...cuma kepala baby selalu berpeluh kalau menyusu" " Ohhh...yang itu normal, biasa baby berpeluh kalau menyusu...jgn bimbang"

Doktor scan Adelle, kami suami isteri dipanggil melihat skrin echo tu...lebih kurang sama dgn ultrasound scanner 3D masa mengandung dulu...doktor buat kerja dia dgn teliti...tunjukkan degupan jantung Adelle, kira mesin ni baru...syukur kat GH ada benda ni...mmg patutnya kat semua hospital daerah pun perlu ada benda ni...mudahkan rakyat nak dapat rawatan. Melaka kecik...tu pun berpusu2 patient nak dapat rawatan...what happend dgn negeri2 bersaiz besar macam Johor, Pahang, Kelantan dll tu?..okay sambung semula citer Adelle...

Tak cukup dgn scan, doktor rasa dada...raba sana sini...keje doktorlah...terbalik ke depan, ke kiri kanan...then, doctor senyum. " Saya dah check semuanya, saya tak dapat jumpa sebarang masalah...saya nampak jantung baby awak berfungsi dgn baik...tak ada apa yg nak dirunsingkan ok" Masa ni aku rasa macam ada salji dari langit yang turun bersama bunga2 indah bertaburan di atas kami...indahnya perasaan melebihi dapat duit seguni (tak pernah dapat lagi mana tau macam mana kan...) Abg Mizul senyum dan menyebut Alhamdulillah...rasa nak ku peluk doktor tu, tapi nasib baik aku masih waras...nak peluk Abg Mizul pun nanti tunggu sampai rumah...."tentang saiz jantung tu agak besar mungkin disebabkan posisi anak u yang baring masa X-ray...so, saya mmg puas hati dgn result ini dan sgt yakin anak u tak ada apa2...u tak perlu datang lagi ke sini untuk buat rawatan susulan..." Syukurrrrr. Allah Maha Besar. Kau perkenankan doa hamba-hambaMu yang lemah.

Dan aku lihat wajah Adelle begitu tulus, bersih, suci sesuci sucinya.....Tak terhingga syukurnya aku pada Allah dengan kurniaanNya pada kami.

Sebenarnya kunjungan ke hospital besar ini membuatkan aku insaf....bila kita rasa kita hebat diuji, sebenarnya lebih ramai lagi insan yang mendapat ujian lebih besar dari kita. Ingat tak pada kakak yang anak dia sawan tadi dan juga pada perempuan yang anak dia sakit jantung tu...kalau aku tak tentu arah dalam masa sebulan dua ni...macam mana pulak ibu2 tadi meneruskan kehidupan mereka...dengan tidur yang tak pernah cukup, hati yang hiba, mungkin masalah kewangan juga terpaksa difikirkan....tu baru 2 orang yang aku jumpa, yang aku tau ceritanya...macam mana pulak dgn yang lain2 lagi tu...yang beratus-ratus malah beribu berjuta orang yang hari2 pergi hospital nak dapatkan rawatan....

Semua ini pinjaman; anak, isteri, suami, ibu, bapa ..semuanya kita pinjam...semua Allah punya. Masing-masing ada bahagian & rezeki masing-masing. Berbalik pada kakak yang baby dia sawan tu...aku rasa dia tenang sbb dia yakin ada Allah...dia tak keseorangan. Wallahu'alam.

Biarlah Episod yang Mendebarkan Itu Berlalu..Part II

Sambil menunggu Abg Mizul, aku nak cari benda nak dibaca....kat mini mart tu ramai orang beli Metro...aku pun macam kena pukau tarik Metro sama...sensasi lah katakan...Kepala aku kosong, masih teringat2 cerita pelik tapi benar yang berlaku tadi...masa aku tengah amek air mineral, pembantu kedai tu datang nak mendukung Adelle.."pinjam anak kak, buleh?..." Aku senyum, tak jawab apa2...aku cepat2 pergi kaunter nak bayar. " Kak, comel sangat...tengok mata dia...eee geram..." Aku jadi meluat pulak time ni..(nak anak, beranak sendirilah...entah apa yg aku geramkan pun aku tak tau...)


Aku cari tempat duduk dan sambil peluk Adelle aku baca Metro, berita muka depan "Ibu Tikam Bayi" ishhhh....malas rasanya nak baca...ni semua angkara orang sakit otak, lemah mental...aku dah prejudice, belum tau hujung pangkal, aku dah hempas metro tu ke bangku sebelah...

Lokasi 2

Abg Mizul sampai, kami ke Bilik X-Ray. Ramai sungguh orang kat sana...yang patah kaki tangan jangan cakaplah...almaklum hospital besar, benda2 macam ni memang pemandangan biasa. Kami duduk berdekatan dgn 2 perempuan India...sorang peneman, sorang lagi patah kaki. Perempuan tu agah Adelle...mintak pinjam nak peluk Adelle. Dengan berat hati aku terpaksa bagi, nanti kata sombong...risau aku orang nak angkat baby, kalau jatuh...sapa nak jawab?...aku tak fasal2 jadi trauma tak kena tempat. Adelle pulak lain macam hari ni...asyik tersenyum, happy dan bising mulutnya...tak lama lepas tu giliran Adelle sampai untuk di X-Ray (ini kali ketiga Adelle di X-Ray, 1st masa dia jatuh buai umur 3 bulan dulu....aku sajer tak citer benda ni, 2nd masa discover masalah sakit dia ni di Pantai...mau aku tak runsing...not so good utk dia sbb masih kecil sgt...pasrah jer lah nak buat mcm mana) Kami tak tengok pun report X-Ray yang baru dibuat ni sebab nak rebut masa kejar appointment kul 11.30 pg. Punya lah jauh nak pergi ke klinik kanak-kanak pulak di Blok B.

Lokasi 3

Sampai kat klinik ni, aku tengok suasana macam kat pasar borong...sesak, bising dan lantai comot sbb hujan hari tu...Nasib ada appointment, tu pun kena tunggu lagi bukan boleh masuk terus...Setiap Rabu, pakar akan turun..so, semua patient memang menunggu hari ni. Nurse amek berat dan tinggi Adelle...very poor, Adelle cuma naik tak sampai 400gram...berat Adelle cuma 6.5 kg, agak ringan untuk umurnya yang dah 7 bulan lebih. Hampa rasa hati sebab aku dah cuba feeding dia banyak bulan ni.


Nama Adelle dipanggil dan seorang doktor muda sudah menanti dalam bilik rawatan. Doktor baca fail Adelle nak minta aku baringkan dia. Dia mula dengar dengan stethoscope...masa ni aku dah mula cuak...harap2 tak ada lah murmur sound tu..."Mcm mana doc?" aku macam tak sabar2 nak tau....doktor muda tu namanya W*t* aku nampak namanya terpampang pada uniform putih dia yg lusuh mcm tak bergosok. "mmmm...I can hear the sound," dia pandang muka aku....Aku rasa masa tu macam dipanah halilintar...tergamam aku...."Are u sure doc?" "Yes, I'm sure....I can hear the murmur" tiba2 handphone doctor tu ringing...dia belek phone dia. Aku toleh pada Abg Mizul yang duduk di kerusi...muka Abg Mizul berubah....siapa berada kat tempat kami masa tu akan tau gelora yang kami rasa...Ya Allah, tabahkan hati hambaMu..." Kenapa sebelum ni tak dapat detect doc, last month doktor kat sini kata tak perlu risau..." "Tu sebab dia suruh dtg sebulan lagi, nak confirmkan semula kak...tu yang kena X-Ray sekali lagi.. Akak tengok size heart dia masih besar...sama mcm yg akak buat first time di Pantai dulu" Masa tu macam2 benda yang aku fikir, rasa menyesal menyelinap dalam hati aku...kenapalah aku tak ke Ampang dulu? kenapa? kenapa? kenapa????????


"Kak, ikut saya kita buat ECG dan nanti boleh scan guna echo" kata doktor tu confident giler. Aku peluk Adelle, kepala aku kosong...Abg Mizul diam...kami ikut doktor tu ke bilik sebelah. Nurse kat situ dah bersedia dengan syringe size besar gedabak...masa tu aku rasa pipi aku basah dan panas, aku pantas menyapu ...turun lagi dan lagi...dan sama lebat dengan hujan di luar sana. "Kak, kami kena bagi baby ubat tidur sbb nak buat ECG...ada banyak wayar nak pasang, takut baby tak duduk diam, susah nak check..." kata nurse tu macma tak sabar2 nak bagi Adelle makan. Almaklum, patient kat luar berderet2...dia orang semua nak cepat jer. Hati aku macam tak rela, masih macam tak percaya. "Macam mana ni bang?..." Abg Mizul macam pasrah. Nurse suap ubat di mulut Adelle, ...telan sikit jer tak sampai 1 ml...tu pun Adelle luahkan semula. Tiba2 masuk 2 0rang doktor, seorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Nurse tu kemudian ke tepi, tak jadi sambung bagi ubat. Umur dia orang nampak tua sikit dari doktor first tu...."Are u specialist here.." "nope, I'm M.O" jawab doktor lelaki yang berwajah tenang tu...bersih raut wajahnya. Aku terus cakap tak henti2 dengan air mata yang turun tak putus...aku cerita dari A-Z...aku tanya adakah amek masa satu bulan murmur tu nak develop...kenapa pakar di Pantai sebelum ni tak dapat kesan, tapi di sini kata ada (refer pada 1st doc yg muda lawa tu..) Doctor berdua tu angguk2 dan cakap dia orang pula akan check...mmg lama dia orang check...tanya macam2. Minta rekod lahir, buku rawatan, tanya makan minum..semuanya aku cerita. Hati aku sayu...sebak...gundah gulana, memandang Adelle lagilah buat aku tak tentu arah...Air mata masih mahu turun, ikut sama dgn hati yang tak tenteram ni...


...Bersambung.....

Biarlah Episod Mendebarkan Itu Berlalu...Part I














Wajah2 mulus Adelle ketika menunggu masa berjumpa doktor pakar kanak-kanak...apalah yg dia tahu.



Aku tertunggu- tunggu tarikh 26 Januari 2011. Hari ni macam-macam benda penting nak dibuat. Lepas solat Subuh, aku berdoa agak lama...mohon Allah permudahkan segalanya.


Pagi ini hujan renyai tak berpenghujung....cuaca mendung di Melaka macam langsung tak ada tanda nak cerah. Hatiku juga mendung, bimbang, risau....dalam harapan yang menggunung. Kami tak sempat sarapan, Abg Mizul beli beberapa biji karipap dan air teh tarik untuk alas perut dalam kereta. Jalan agak sesak, rasa macam lambat sangat nak sampai ke Hospital Besar Melaka. Satu lagi masalah nak cari parking...lemah jiwa kalau ke sini, bersesak-sesak, berebut-rebut nak cari tempat.


Lokasi 1


Aku dan Adelle menunggu giliran di klinik ENT untuk cek telinga. Sebenarnya dulu Adelle jaundice teruk...so, dia kena buat hearing test...aku yang cuai lalai, test ni patutnya dibuat kat Muar masa bulan puasa lepas (dekat Muar sbb Adelle duk wad sana masa pantang ari tu). So, masa doktor GH ni check rekod kesihatan Adelle, dia discover yang Adelle skip this procedure. Aku buat muka sardin Cap Ayam jer masa dia tanya....so, demi kebaikan Adelle kami buat sekali lagi. Masa aku sampai tu, ada satu couple yang dah lama menunggu. Kami berbalas senyuman. Si ibu memeluk erat baby nya....nampak macam baby boy...mulalah aku nak menatap wajah baby tu...naluri rindu nak tengok wajah baby boy meluap-luap. Abg Mizul memulakan bicara, " Berapa bulan kak?" " baru 2 bulan" balas wanita yang umurnya ku kira hampir denganku. Mula dari dialog tu...kami pun sembang-sembang, benda biasa....Tiba2 aku perasan yang kami lupa nak bawa salinan X-Ray (Pantai) Adelle yang pertama dulu. Aiyooo...kena amek bang, nanti doctor nak refer tak ada pulak....kesian sungguh Abg Mizul kena balik rumah, dahlah hujan kat luar.....apa nak buat dah terlupa!


Giliran aku masih belum sampai, so aku sembang lagi dengan kakak tu..."sakit apa sebenarnya baby ni, kenapa nak check telinga?" " Sawan" balas kakak tu pendek. Lepas tu barulah kakak ni bercerita lebih lanjut kenapa anaknya sawan. Sedih aku mendengarnya..."Anak akak ni akak lahirkan di hospital ni, bersalin normal...waktu bersalin abang ada jadi peneman. Masa anak akak lahir, akak heran kenapa baby tak menangis, senyap aje. Bila masuk ke wad, baru baby menangis....Abang bagi tau yang baby jatuh masa disambut..." Hah, jatuh!! Aku terkejutttt..."Jatuh sikit jer, dari pegangan nurse kepala baby terjatuh atas bed jugak, cuma bed masa tu ke bawah sikit bukan sama paras dgn badan...ialah utk mudahkan baby keluar bed tu...." Apa kata nurse dan doktor kak?" " Tak ada apa2, orang hospital tak ackap apa2 fasal kejadian jatuh tu...akak tunggu nurse yang sambut tu, tapi nurse tu tak masuk2....tak pe lah sebab akak tengok baby macam ok...So, akak balik bawak anak bila semua dah okay. (Aku jadi pelik, relax jer dia cerita sedangkan dah berlaku satu incident yang susah aku nak terima,,,dia just akata tak per)


"Lepas 3 hari, anak akak tiba2 kejang kena sawan...akak terkejut sebab masa balik tu dia ok..menyusu mcm biasa, berak kencing tak der masalah...Bila gi hospital, doktor terus buat CT-Scan dan X-Ray nak tengok apa punca anak akak tarik teruk sangat..Rupanya ada darah beku pada otak baby dan pada dadanya..." "Ya Allah, kak..." Terkejut aku tak terkata, (mungkin mulut aku ternganga mas atu...aku pun tak perasan sebab asyik sgt mendenagr ceritanya. "Anak akak duk ICU masa tu, doktor kata harapan amat tipis, doktor tanya anak ada jatuh ker? akak tak cakap pun, benda dah berlaku nak buat macam mana. Suami akak jer yang cakap, dia nampak baby jatuh masa nurse sambut...doktor dengar saja...tak der respon sbb perkara tu tak diberitahu masa awal kejadian." " Kak, sabarnya akak ni, kenapa akak tak bagitau betul2 dengan doktor kak...ini bukan benda main2, ini soal nyawa kak..." "Tak per, akak sabar, boleh terima benda ni, lagi pun nurse bukan sengaja" " Tapi kak,..." (Aku pulak yang tak tenang, geram dengan pihak hospital yang tak telus, geram jugak kat akak ni yang buat pendekatan berdiam & bersabar tak kena tempat)


"Masa tu akak pasrah, doa aje...8 hari baby duduk wad. Doctor kata baby ada kemungkinan lembap, tumbesaran terganggu, dan ada juga kemungkinan baby LUMPUH" "Ya Allah....(masa ni air mata aku macam menunggu masa nak keluar, naluri keibuan aku tercabar....aku tatap mata kakak tu tepat2....betapa sabarnya wanita itu....kekuatan luar biasa apa yang dia ada, dia nampak relax malah tak ada nada sendu dalam kata-katanya, seolah2 bersembang perkara biasa...) "Kak, kenapa akak tak buat report kak?...umur kita dah semakin tua, baby pulak baru nak mula hidup kak..." (aku hampir2 merayu....) "Akak tau, tapi akak sendiri tak tau kenapa akak sabar bila jadi hal macam ni" (ehhhh.....kalaulah dia ni sedara atau kawan aku, mau aje senyap2 aku gi report kat pengurusan hospital ni....aduhaii, at least ada pampasan kewangan yang boleh dituntut utk jaminan kos perubatan sepanjang nak membesarkan anak yang ditimpa musibah tu...tiba2 rasa benci yg amat sgt pada nurse dan team dia yg langsung tak jujur tu..panasssssss mendidih hati aku! )


" Adelia Hananie.....masuk" suara nurse memanggil kami masuk. Perbualan aku terhenti...kakak tu senyum mesra memandang wajah aku, mcm tak ada2 apa jer. Kat dalam bilik rawatan, fikiran aku melayang....bukan pada Adelle yg sedang dirawat...tapi pada baby boy yang dibedung dgn kain putih tadi. "Kak, telinga anak akak kedua-duanya okay...tak der masalah, cuma akak kena observe juga...kalau nampak ada yg tak kena, misalnya lambat bercakap...akak kena jumpa kita di sini..." " Thanx doc...." aku senyum angguk kepala pada doctor muda yang manis macma gula melaka tu...


Masa keluar, aku pergi semula pada kakak tu, ku usap rambut bayi comel tu...."semoga tak ada apa2 sayang..." " Insyaallah tak ada apa2.." jawab kakak tu....Aku segera ke lokasi kedua dengan hati yang sarat....Abg Mizul masih belum sampai lagi, aku tunggu dia di lobi hospital utk buat X-Ray nanti....


.....Bersambung....







Gambar Adelleku 5 bulan














dari arkib camera Kak Wawa...gambar sekitar November 2010

Tag Masak Memasak Dari Mok BuYong Yang Cute...

*Nota: sebenornya entry ni dah lama aku tulis, tapi masa tu blog ni problem sbb tak boleh publish...maka terperaplah soklan2 tag cepu mas tu...bila tgk kat blog Zureen ada jawapan tag mok Yong tu...aku pun bersemangat semula nak publish mende ni...so, ayat2 di bawah ni relevan pada masa ia dikarang...aku rasa lebih sebulan yg lalu....layanzzzz



Hari ni mood aku lain macam...nak dengar pop Arabic songs yang pernah aku minat masa awal tahun 2000 dulu....klasik sungguh Kak Wawa time nih!....pastu aku baru lah ada mood nak melawat blog kengkawan...sedor2 kat rumah mok buYong aku lak kena tag...bab main2 masak2 pulak tu...so, Kak Wawa jawablah untuk sonok2 jer....

1. Apakah Masakan Pertama yg Anda Masak dan Bila Anda Mula Memasak?

Aku punyalah teringin nak masak nasi...masa tu umur aku 11 tahun...kalau 11 tahun tu darjah 5 lah kan...alkisahnya aku rajin skodeng kakak-kakak masak nasi, tapi lupalah pulak selain letak beras kena letak air....so, aku pun letak beras dalam periuk , cuci2 sikit pastu tenggek atas dapur. Time tgh bereksperimen tu pulak member kamceng aku datang nama dia Ogy...dia ajak aku main kat laman....Kak Wawa pun terlupalah bab nasi kat dapur tu....tengah melompat2 kat laman, tetiba aku dengar ada suara jeritan yang nyaring lagi sexy dari dapurrr.....aiyohhh mak sudah pasang loud speaker...."Saper punya keje nih!!!!" Aku tak ingat saper yang kena tuduh, tapi yang pasti dia orang tau tu angkara aku...dan aku tak ingat pulak time aku cuba2 amek beras kat dapur tu ada orang nampak ke tak.....seminggu mak rendam periok hangus tu....aku rasa sesuai diberi nama menu tu " beras terbakar" mcm kat Langkawi tu...tapi yang best tu aku tak pulak kena rotan walaupun dah buat hal besarrr gitu!

2. Saper yang Menggalakkan Anda Masak?

Mak paksa aku belajar masak sebab masa Form 2, cuma ada aku dan Acik kat rumah time tu...so, dari keterpaksaan jadi pulak kerelaan....tapi kan masa peringkat awal aku try masak, setiap 2 minit aku akan cuba try test...korang bayangkan kalau masak sup tu amek masa setengah jam, entah berapa kali aku hirup dan berapa inci pulak kuah sup yang tinggal dalam periuk?....

3. Masakan yang Anda Paling Suka Masak dan Digemari Orang2 Kesayangan Anda...

bila dah ada family sendiri...dah tentulah anak2 dan kekasih hatiku Abg Mizul yang paksa rela kena makan masakan aku...tapi aku tau dia orang suka...semuanya licinnn. Sedap tak sedap perkara kedua...yang penting air tangan aku lah kononnya. Aku paling suka masak mee tak kiralah apa jenis dan resepinya...kengkadang hentam jer pun jadi time hujung minggu. Kika suka aku masak beehon, Min suka ikan sweet sour dan Abg Mizul paling suka sambal tumis belacan (ni resepi kita orang berdua...tak sama dgn ordinary sambal belacan mahu pun sambal tumis yang biasa di pasaran). Tapi, Abg Mizul paling tak gemar aku masak asam pedas sebab mengikut kata Abg Mizul....asam pedas aku tak best! sedihhhh tau.. Satu lagi aku teringin nak cuba bab baking membaking...tapi masih tak berkesempatan sbb che oven masih belum dibeli...banyak kali Abg Mizul nak belikan, tapi aku yg tak nak....tak der tempat nak letak kononnya...almaklum dapur kecik ciputtt...stor pun dah penuh.



Beehoon Kantonis...yg didaptasi dr resepi asal kueteow kantonis



4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung ke Blog Anda...

Soklan ni aku khianat sikit sebab aku tak tau saper blogger masak memasak yg masuk blog aku..kengkawan rapat lain dah disebut mok yong...Zureen pun dah pass kat Yummy.

Sekian Adanyer...

Monday, January 17, 2011

Motivasi Diriku: Setanggi Kasih

Ada satu lagu dari Kumpulan Rabbani yang amat menyentuh hatiku...ni sebagai persediaan & motivasi utk aku nak gi kursus hujung minggu ni...liriknya amat menyentuh hati, menyedarkan dan menginsafkan aku....

Dlm kehidupan kita tidak lari dari melakukan kesilapan, kita pasti diuji Tuhan dengan ujian kesenangan & kesusahan, kemanisan & kepahitan....segala-galanya telah ku rasai dan hanya kesabaran dan redha pada takdir Allah sebagai penguat semangat...

Lagu ini amat indah melodinya (by KRU) dengan alunan lunak merdu suaranya (by arwah Ustz. Asri-Rabbani). Cari kat youtube pasti ada...

Jom share rasa...Peace No War


SETANGGI KASIH

Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Di seluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasai erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan insan
Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan)
Hadapi segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan

Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai
Bersyukur kepada insan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan


* Bila aku dengar berulang kali, menitis air mata tanpa aku sedari....syahdu.