Monday, January 11, 2010

Mengidam Asam Pedas Pt.Jawa

Aku memang suka makan asam pedas...hari2 lauk asam pedas pun aku tak jemu rasanya. kat Muo (sila sebut Muar ) asam pedas memang top...lebih2 lagi kat Parit Jawa...aduhaiiiii dgn ikan yg fresh, susah aku nak gambarkan kelazatannya!

Asam pedas Melaka memang top seantero Malaya...ada mcm2 versi pulak tuh, ada gerang asam (resepi nyonya), masak lada (plus lada hitam) dan asam pedas berdaun limau purut. Aku layan kedua2nya...asam pedas Muo aku suka...asam pedas Melaka pun okay gak. Anak2 pun sama...crazy asam pedas.Abg Mizul agak memilih bab asam pedas ni, tak semua lalu kat tekak dia.

Ni nak citer bab asam pedas Pt.Jawa, Muar. Baru2 ni masa aku jaga Andak kat hospital, tekak teringin sgt nak menjamah asam pedas Pt.Jawa. Almaklum time2 ni mulalah mengidam itu ini...maka, slps ganti shift jaga Andak dgn Kak Bai, aku pun gi lah meredah keheningan malam nak merasa asam pedas kononnya. Aku anak beranak plus Pia anak dara Kak Bai tu. Si Amer tak nak ikut sbb nak tgk Mr.Bean. Sebenarnya kita org tak familiar jalan ke Pt.Jawa, so...bawak Pia sekali mmg nak mintak dia jadi tourist guide lah sbb Kak Bai & Abg Pie mmg selalu makan kat sana.

Pia pun tunjuklah jalan2 biasa yg ibu dia ikut kalau nak ke Pt.Jawa. Mula2 kami menuju ke Bakri walaupun setahu aku jalan nak menuju Pt.Jawa mesti lalu jln ke Bt.Pahat. Punyalah jauh rasanya dah berjalan, tapi satu signboard pun tak der tulis Pt.Jawa. Rupa2nya kita org dah tertinggal satu simpang ke highway menuju BP. Masa mlm tu mcm dah tak boleh fikir, aku & Mizul 100% mengikut Cik Pia kita...kira mcm rombongan Cik Pia ke medan Asam Pedas lah. Makin lama, makin rasa cuak...bila lalu Pekan Bakri , Abg Mizul dah tertanya2...betulke ni Pia?...Pia dgn kompiden tahap dewi cakap betul betul betul...ala Upin & Ipin. Aku tak jumpa perkataan BP yg ada cuma Yong Peng...aramakkkk...mcm sudah silap ler Labu...lastly kami nampak simpang ke Pt.Zin kat sebelah kiri. Pia kata, Acu masuk jln Pt.Zin ni sebab dekat sikit nak ke Pt.Jawa tu....ishhh jam dah kol 11 lebih...hujan dah turun renyai2...Abg Mizul pun layan jerlah masuk Pt.Zin tu....hati aku dah semakin cuak, ishh ntah mana2 jer si Pia bawak ni....lagi suspen kami jumpa satu kem...ada Polis dekat post tu....siap masuk baekkk lagi langsung tak tanya polis tu....Pia kata belok kanan...masa ni Abg Mizul memang dah kalut, eh...betul ke ni Pia? betul betul betul....yg kita org jumpa adalah satu tapak pembinaan...oh tidak!!!!...Abg Mizul dah mula membebelkan Kak Wawa ...aduhaiiii, rasa bersalah pulak! Tapi, dia pun satu gak, mcm dah kena pukau main ikut jer cakap Cik Pia ketua rombongan...

Kami patah balik ke jln masuk kem tu...jumpa 2 abg polis, hehehehe...dgn tersengih kami bertanya..."encik, mana jln nak pigi itu Pt.Jawa?" polis tu pun dua kali sengih kat kita org, "haaa, tu lah tadi kenapa tak nak tanya...jln terus jer, awak ikut sini, masuk sana...blablabla..." Aduhai mak tuan, rupa2nya kami memang dah tersalah jalan..ibarat nak gi kedah terpergi kelantan gitu (hamboi dahsyatnya Kak Wawa punya contoh). Pia dah senyap jer kat belakang...aku dah nak tergelak...hehehehe...rasa nak menjerit sbb dah kol 12 mlm....Abg Mizul terus ugut2 mengusik kita org "ini mlm no dinner, terus balik jer, masuk sana sini buat sesat jer lagi teruk nanti!" Semua org dah diam menikus...cuma aku terdengar Kika berbisik dgn Pia "Kak Pia betul ke ibu masuk jln Pt Zin tu boleh jumpa tmpt Asam Pedas?". Aku sebenarnya hampa, sampai hati cik abg sorang ni nak buat aku kempunan...dlm perjalanan balik tu hati aku berbunga semula sbb Abg Mizul ikut direction yg abg polis tu cakap....so, boleh arrr aku makan asam pedas!

Akhirnya kami sampai kat Asam Pedas Mak Ngah..."Demi baby" kata Abg Mizul.....kami order ikan kembung, ikan sembilang, dan ikan merah....pastu telor dadar sbb tu regu yg paling top kat situ. Bila makan baru mata segar bugar ditambah lagi angin malam berdekatan dgn jeti tu...lepas makan, kami balik ke rumah Kak Bai....sampai kol 1.00 barulah mandi, solat apa yg patut...hishhh letih gila! Aku tak teringat nak snap gambo sbb letih sgt masa tu...


Esoknya, aku berdua dgn Cik Abg pergi lagi ke Pt. Jawa sbb asam pedas mlm semalam tu tak memenuhi kriteria sgt...so, kami nak cuba kat Medan Asam Pedas, Pt.Jawa. Tak der lah jauh mana...lebih kurang setengah jam, sampai arr kat sana dr sepital Muar tu...Orang punyalah ramai sbb lunch hour, kami gi makan kat gerai Mak Pon. Mmmm....memnag puas hati, sedap dan cukup rasa! Kami nak makan ikan mayong, tapi kena erbaris lama dan ramai sgt org. Lastly kami pilih kepala siakap...fuiyohhh...makan sampai tak larat nak diri.


Masa menaip ni pun, aku mcm terasa2 lagi kelazatan Asam Pedas Mak Pon Pt.Jawa...jom makan!

Asam Pedas Kepala Siakap Mak Pon, Pt.Jawa...lazatttt menyelerakan

Set lunch yg berharga RM25.00 utk dua orang



Asam Pedas Air Tangan Kak Wawa Rumah No.8

Lempeng kosong Kak Wawa buat colek2 dgn Asam Pedas tenggiri tu...


No comments: