Wednesday, January 13, 2010

Gerammmmnya Kat Budak Tu...

Kika dah darjah dua, tapi pe'el tak pandai berkawan tu aku rasa masih ada lagi pada dia. Dia hanya ada 3-4 orang kawan dalam erti kata 'sahabat' yang bersama dia time susah dan senang. Masalahnya, kawan2 dia tu berlainan kelas dengan dia.Tahun ni Kika masuk kelas lain yang separuh darinya bukan kawan2 asal masa darjah 1 dulu. So, masalah dia setiap pagi bila masuk kelas mcm blurr tak tau nak duk mana. Duduk sini salah, sana salah sebab orang ni tak suka...orang tu tak ngam.Biasalah budak2 pempuan baya2 dia mesti ada geng, so...dia yg lone ranger ni memang tak bolehlah kacau area atau kawasan orang..aduhai Kika...kesian aku tengok dia pagi2 mcm orang serba salah. Masalahnya cikgu kelas dia belum tentukan tempat duduk tetap sebab mungkin sekolah baru mula. Sekarang ni konsep 'saper cepat dia dapat'.

Pagi tadi, selepas hantar dia ke kelas...hati aku tak sedap. Aku patah balik jengok dia dari jauh...tepat naluri aku yang dia kena pindah dari tempat duduk yg dia pilih.Budak yg baru datang tu tak kasi tempat semalamnya Kika ambil.Aku tak masuk kelas pun, cuma perhatikan dari jauh. Terdetik perasaan belas, apalah yang anakku rasa ketika ini? Mesti Kika sedih sebab rasa mcm unwanted gitu...

3-4 hari lepas dia bercerita tentang salah seorang kawan sebelah tempat duduknya yg tak suka sangat pada dia. Aku ingat sebab apa...rupanya sebab budak tu anak orang kaya..ada kereta besar menjalar, kira tak setaraflah dengan Kika yang naik keter buruk lagi kecik ke sekolah. Budak tu sokmo menjeling dia, menyampah sangat kat anak aku yg pendiam tu. Aku ingatkan Kika buat2 cerita...ala budak2 kan, tak mustahil kalau dia kelentong aku. Aku pun nak tengok sejauh mana betul cerita si Kika.Isnin hari tuh aku terserempak dengan budak tu di kelas...Ya! memang betul dia menjeling mcm nak terkeluar biji mata...bukan setakat Kika, dengan aku sekali dia tenung dan pandang atas bawah. Ayoyo...apa sudah jadi? Budak umur 8 tahun dah bersikap mcm tu dgn makcik yang dia anggap rakyat marhaen dan tak setaraf dgn kekayaan dia. Hari Selasa kami terserempak lagi masa di luar kelas, tetap biji mata dia mcm nak tergolek atas jalan. Geramnya aku, emosi sungguh aku pagi2 buta.Tapi, Kika pun dah tak duduk lagi sebelah dia...Kika kata dia tak akan sekali2 duduk kat budak tu sbb memang terganggu nak belajar sebab kalau terpandang dia kat sebelah pun...budak tu kata "apa pandang2, sibuk jer".

Aku bukan nak campur urusan budak2 sebab aku tau kelemahan anak aku yg tak berapa pandai bersosial...cuma, aku tak nak fokus Kika terganggu dalam kelas gara2 budak sombong tu. Memang aku hangin....ko kaya ker, anak sultan ker, anak sedara Bill Gates ke...ada mak kesah?...nan hado lah!

cepat2lah Kika menyesuaikan diri.Kalau korang jadi aku, apa korang buat ek?

1 comment:

Azman Hj. Ayup said...

Toksah ambil pot sangatlah Saluwa, diorang ni dalam tempoh penyesuaian...beritahu Kika tu jangan rasa kecik sangat...budak cerdik kena lawan (belajar) supaya orang jadi respek. Tak gitu?