Tuesday, January 5, 2010

Coretan Akhir Tahun 2009

Lamanya aku tak tulis-tulis kat sini...

Sebenarnya masa hujung thn 2009 banyak benda yg berlaku...tapi, disebabkan sibuk tak habis2 ditambah dengan kemalasan bila ada waktu free...jadilah blog ni macam rumah tinggal...asal jgn jadi rumah hantu sudahlah yek...

Plan asal nak bercuti sama2 dgn Kak Bai anak beranak tak terlaksana thn 2009, ni semua gara2 jadual harian masing2 yg clash satu sama lain....dan satu lagi, keadaan aku yg tak berapa cergas menyebabkan lokasi percutian yang dipilih tersangatlah dekat dgn rumah no.8....huhuhu. Aku ambil cuti pd 23 & 24 hb Disember...pastu sambung terus dgn cuti krismas dan sabtu ahad..Lokasi kami lepak tahun ni kat Tiara Beach Resort, PD. Disebabkan PD tak membuatkan kami teruja, maka sekejap ajer berjalan2 kat sana...lebih kurang 2 hari satu malam jer...masuk TBR on 24 dan keluar masa 25....sambung mandi laut lagi pastu...then balik Melaka tengah malam.

Pada aku TBR biasa2 jer....cuma, sesuai utk budak2 kecik arrr....kolam dewasa hanya satu (ceh! mcm lah Kak Wawa pandai berenang) anak2 mestilah seronok main air....disebabkan masa tu cuti Krismas maka penuhlah kolam2 renang kat TBR tu dengan manusia mcm2 rupa, size, dan warna....satu hal lagi kat N9 ni, makanan semuanya pedas....aduhaiiii pedas2 sungguh!

Balik bercuti yang sekejap tu... badan aku letih sungguh! dahlah tu semua gelap semacam sbb mandi-manda tengah panas...tak lalu nak tengok cermin, dah mcm dayang senandung jer. Nasib baik barang2 sekolah dah beli lebih awal...so, bab baju sekolah, beg semua tu tinggal tunggu sekolah bukak jer....semua beres! Kalau tak, mau aku tak semangat meredah shopping complex pulak nak carik barang anak2.....

Baru jer naik keje...dapat berita sedih pulak, Andak (abg keduaku yang dah lama stroke) sakit dan masuk wad. Buah pinggang Andak tak berfungsi tahap kritikal...kesian sungguh pada Andak...ujian demi ujian terpaksa dihadapi...ujian juga bagi kami adik beradik...Andak memang dah sakit sejak thn 2000 dan duk dengan mak. Arwah kakak ipar pun dah lama pergi, so Andak memang bersama2 mak dan ayah selama ni....kami semua adik beradik berkumpul menziarah & menjaga Andak sejak 30/12....sampailah ke hari ni, keadaan Andak masih tak ok...Kami semua pasrah....redha dengan ketentuanNya. Semoga yang terbaik untuk Andak, Insyaallah.

No comments: