Baju/peralatan baby- Beres. Ikut nafsu satu supermarket aku borong...nasiblah tak cukup fulus, kalau tak....eh, baby playpen jer lum beli....entah yek nak beli ke tak?...baby cot yg Kak Bai bagi dulu dah pupus....masa Yasmin aku letak atas katil aku jer.
Ubat-ubatan - Hari ni member opis hantar Set Bersalin HPA yang aku pesan...ala beli yg murah2 jer...lagi pun aku ni jenis yg tak gagah telan ubat. Tinggal nak beli gamat dan pati ikan haruan jer...ikan haruan?...yuckssss...kalau tak kerana bersalin, memang aku tak suka sungguh!
Ubat tambahan- segala mak nenek pilis, param dan losyen urut pati halia dah aku ready stock kan...batu tungku kena cari, kat mana agaknya Abg Mizul campak masa pindah rumah dulu.
Duit urut- Insyaallah.
Duit Sepital - alamakkkk, ini yg parah kena standby 2.5-3K (Nasib baik company hubby sponsor 2K lagi...kalau tak mana nak korek beb, Caesarean kat Melaka dlm 4.5-5K, lum campur duit paed dll.) Kos dah meningkat sekarang ni. Pilihan aku Sepital Pantai mcm 2 anak terdahulu. Hari tu gi Mahkota Medical Centre...jumpa satu doktor Melayu...okay gak, tapi my history & record ada di Pantai...lagi pun dekat dgn rumah...senang Abg Mizul ulang alik.
Persediaan Utk Raya- hehehe, kalau panjang umur murah rezeki moga2 dapatlah aku beraya dgn ahli keluarga baru. So far, aku dah beli 3 helai baju aku...2 lum tempah, satu order online jer. Mak punya baju dah beli, mak mertua pun dah beres, tinggal anak2, Abg Mizul dan ayah jer...ahhh tu tak per size dia org senang cari...tak tempah pun tak per. Aku ni yg susah sikit...
Persediaan mental & fizikal- risaunya menghitung hari nak ke labor room...risau, seriau, takut...semua ada. Seksanya masa minggu pertama lepas melahirkan...benda biasa yg aku kena hadapi nanti.
Nota* laki aku paling heran bila tgk aku belek2 baju & barang2 baby...dah lipat, tengok semula...tak reti jemu ke?
Thursday, April 29, 2010
Sunday, April 25, 2010
Dilema aku....

* gambar pinjam dgn blogger teratak impian...kredit utk tuan punya gambo
Sabtu aku balik Muar...dah lama tak ziarah mak ayah sebab lately asyik balik Pahang sebab urusan suamiku dgn kampung halamannya. Bila dah lama tak balik, banyaklah perkara baru yg aku tahu....aduhai, Kak Ena dah keje kat Bandar Kinrara pulak....senyap2 jer langsung tak bagi tau aku kakak aku sorang nih!
Petang Ahad aku jemput adik beradik aku yg berdekatan dgn rumah mak utk jamuan makan petang yg cukup ringkas (tapi tersangatlah memenatkan dari segi penyediaan menunya...) Memang aku dan Mizul dah lama bercadang nak buat makan2 dgn family dan baca doa utk kesejahteraan baby baru kami, tapi...asyik tak berkesempatan jer. So, walaupun Acik tak ada sbb ada urusan di Riau, aku terpaksa teruskan gak niat kami tu sbb masa dah suntuk...tangguh2 tak tau minggu depan semua org free ke tidak. Menu aku petang tu amat simple...Roti jala+kari ayam kentang, bubur jagung + sago, tembikai, keropok ikan, teh O dan air oren. Saja aku buat surprise....dia org pun tertanya2 apa hal si Acu ni ajak makan petang pulak kat rumah mak. Aku call Kak Bai suruh dia dtg awal sikit tolong aku. Kak Ena siapkan makan tengahari....aku pulak busy dgn hidangan petang. Masa yang paling panjang dan memenatkan bila kami mula menjala roti tu....Mula2 aku dan Mizul sorang satu kuali...Kak Bai tolong lipat roti bentuk segitiga...Lama2 aku rasa panas berpeluh sebab berdiri lama kat tepi dapur....ganti dgn Kak Bai pulak....yang Che Abang Mizul tak renti2 makan roti yg reject....sambil makan sambil menjala....lebih sejam rasanya kami menjala....tapi, roti yg siap adalah dalam 70 keping kot....punyalah leceh, aku ingat senang jer!
Lepas Asar, ayah bacakan doa ringkas...anak2 buah seronok bergembira sambil makan2...Aku masa tu dah rasa macam tak boleh angkat kaki lagi....bila dah start duduk rasa tak nak bangun jer....makan sampai dah tak larat nak kunyah. Aku tengok Mizul & Kak Bai pun letih semacam...hehehe...amek korang, habis kena buli dgn aku petang tu...
Dekat nak Maghrib, Along dan Kak Bai anak beranak beransur balik. Aku dgn Kak Ena plan balik lepas Isya'. Kak Ena balik KL dgn kawan opisnya....kesian mak, sedih sangat bila Kak Ena nak balik semalam.....iyalah mak rasa sunyi sbb sebelum ni rumah mak meriah dgn Kak Ena dan Acik duk sekali....Acik selalu busy dan weekend tak der kat rumah, sebab tu bila Kak Ena tak ada mak rasa kehilangan kot...Sebelum aku balik mak tanya lagi fasal masa aku berpantang jadi ke nak duk kampung. Aku bukan tak nak habiskan masa pantang kat kampung, tapi banyak benda kena fikirkan. Paling utama, mak bukannya gagah sangat macam aku lahirkan Zulaikha dulu...masa yasmin pun aku duk seminggu aje kat Muar sebab kenangkan keadaan mak yg uzur. Bila berpantang sendiri kat rumah, aku banyak bergerak...luka buat C sect lambat baik, malah bleeding tak habis2....kena buat dressing dan sebulan lepas naik kerja pun tempat tu masih berdarah....aduhai...doktor kata aku banyak sgt bergerak dan tak cukup rehat. Itu yg mak risau sangat, aku pulak risaukan keadaan & kesihatan mak.
Mak sungguh2 nak jaga aku kali ni....tenaga dan kudrat mak tak seberapa, tapi semangat mak kuat...aku jadi serba salah pulak. Nak menolak takut mak kecil hati, nak duk kampung bimbang menyusahkan dia. Bayangkan, anak2 dan Mizul akan busy mcm biasa...gi sekolah, gi keje...balik lewat setiap hari...mana nak buat homework...nak study...kain baju, makan minum....siapa nak bantu uruskan budak2 berdua tu....kalau berulang alik dari Muar, lagilah teruk...memang tak sempat sampai sekolah awal...so, kena balik jengok aku seminggu sekali jer. Yang aku kat rumah mak pulak dah tentu akan susahkan mak...iyalah bab makan minum, nak bertungku, berurut bagai....mak mesti tak cukup rehat mcm biasa..pastu aku mesti kena harapkan Acik tolong itu ini...hish, ramai org akan susah sbb aku nanti. Dilema sungguhlah! Tapi, kali ni aku kena rehat cukup2 sbb pengalaman masa Yasmin buat aku fobia....bayangkan lepas dua minggu deliver aku kena buat dressing leih kurang seminggu....doktor keluarkan darah beku kat luka tu tanpa bius...sakitnya tak boleh nak cerita....menggigil aku masa tuh.
Aku rasa nak mintak doktor cepatkan tarikh bersalin...kalau jatuh pada cuti sekolah, senang sikit buat kira-kira...sebolehnya aku tak nak hampakan mak.
Wednesday, March 17, 2010
Anak Lelaki atau Anak Perempuan?
Kandunganku telah masuk 6 bulan lebih...kalau ikut due yg doktor jangkakan, aku akan melahirkan anak ketigaku pada 28 June ini, Insyaallah. Sekarang ni, kalau ke mana-mana tak ada soalan lain yang orang akan tanya, "dah scan?" , "boy or girl?", "anak perempuan dah ramai, mintak2 yg ni lelaki lah ya...", "tak kan perempuan lagi kot, doalah kali ni lelaki...", "eh, ko ni jangan nak beranak perempuan lagi, kalau nak laki sayang...bagi sorang cukup lah anak lelaki" dan banyak lagi soalan2 dan permintaan orang keliling yang patut atau tak patut diucapkan pada aku ni....kesian aku, mentang-mentanglah tak ada lagi anak lelaki...macam teruk sangat kalau bayi ku kali ini seorang perempuan lagi....
Tertekan?...entahlah...siapa yg berada dalam kedudukan aku saja yang faham agaknya...Sebagai ibu, aku redha apa saja yang Allah kurniakan...siapalah aku menolak qada dan qadar Allah. Kalau ikut keluarga sebelah suami, memang dia orang kaya dengan anak lelaki...adik beradik suamiku saja ada 7 orang lelaki...tentulah anak lelaki menjadi kebanggaan orang Pahang. Malah, suamiku saja satu-satunya yang masih belum ada zuriat lelaki...yang lain2 memang bilangan anak lelaki mengatasi anak perempuan....Sebelah keluargaku pula, adik beradikku lebih ramai perempuan berbanding lelaki...cucu2 mak pun lebih ramai perempuan berbanding lelaki...tapi, satu-satunya couple yang masih belum ada anak lelaki, tentulah aku. Aduhaiiii, serba salah aku dibuatnya kali ini....
Siapa yang tak mahu hidup sempurna?...siapa yang tak mahu setiap yang dihajati tu jadi kenyataan?...tapi, hidup ini penuh dugaan, cabaran, rintangan...semua itulah yang menguji keimanan kita. Bagi aku, yang amat penting biarlah bayiku nanti lahir sempurna, sihat tubuh badan, baik akhlak dan kelakuan, moga jadi anak yang soleh/solehah, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi anak yang bakal mendoakan aku apabila aku tiada kelak. Lelaki atau perempuan, biarlah Allah mengurniakan yang terbaik buatku....yang penting, bagaimana amanah Allah itu nanti akan ku didik, ku asuh dan ku jaga agar menjadi insan beriman kepada Allah dan Rasul.
Aku pasrah....redha dan bertawakal. Semoga Allah kuatkan imanku...
ni, ada petikan artikel dari majalah Pa& Ma untuk kita kongsikan bersama...
Jantina anak serah pada ketentuan ILAHI
Bolehkah kita mencampuri kerja Tuhan? Penganut agama Islam sewajarnya berpegang teguh pada rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Menerima apa sahaja ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah SWT sudah menentukan jantina setiap anak sejak di luh mahfuz lagi.
"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah. Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua,” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A – Z sejak azali lagi.
Dalam soal merancang jantina anak, Ustaz Mohd Ali menegaskan sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurutnya lagi, sebagai manusia kita digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa jika mahukan sesuatu. Usaha berdoa terbahagi kepada dua iaitu doa qauliyyah (melalui perkataan) dan doa fi’liyyah (melalui perbuatan seperti pemakanan, pengambilan ubat atau herba dalam soal merancang jantina anak).
“Jika pasangan sudah memiliki ramai anak perempuan dan mahukan anak lelaki maka berusaha dan berdoalah pada Allah agar dikurniakan anak lelaki pula. Jika Allah perkenankan doa tersebut maka makbullah permintaannya.
Seperti mana kisah Maryam iaitu ketika dia berada dalam saat-saat genting selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Tiba-tiba Nabi Isa bercakap “kau goncanglah pokok tamar, nescaya akan berguguranlah buah tamar itu.”
Maka Maryam yang keletihan selepas melahirkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukannya. Dengan keizinan Allah, gugurlah buah tamar,” ceritanya memberikan salah satu contoh usaha ikhtiar yang dimakbulkan Allah.
Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan dugaan atau apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Setiap ibu bapa perlu ditekankan tentang keyakinan mengikut ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya apa yang Allah SWT tentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Tambah Ustaz Mohd Ali lagi, setiap yang Allah kurniakan kepada kita ada rahsia di sebaliknya yang kita sebagai hamba-Nya tidak tahu sama sekali. Sebaiknya kita redha dengan amanah (anak) Allah dan didik mereka dengan sebaiknya.
“Terima sahaja ketentuan Allah kerana ada hikmah yang tersembunyi. Walaupun sudah amalkan pemakanan dan lain-lain usaha untuk mendapat anak jantina tertentu tetapi jika tidak mendapatnya janganlah berasa kecewa. Redha dengan ketentuan Allah. Walaupun semua anak yang dimiliki adalah perempuan, bersyukurlah kerana ketahuilah bahawa setiap anak perempuan akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di akhirat kelak,” katanya.
Beliau turut memberitahu ada Hadis Nabi yang bermaksud “sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan mendidiknya menjadi anak yang solehah maka aku dan dia seperti ini (Rasulullah mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya) menggambarkan rapatnya hubungan bapa anak perempuan itu dengan Baginda.
Sahabat bertanya kalau dua anak perempuan? Ya jawab Rasulullah lagi.Maknanya mendidik anak perempuan juga ada kelebihannya.
Kesimpulannya, penentuan jantina anak patut kita serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita didik mereka (anak lelaki atau perempuan) menjadi anak yang soleh/solehah dengan sebaiknya tanpa berasa kecewa dengan jantina anak yang dikurniakan.

Monday, March 1, 2010
Syafiah Humairah...Allah lebih menyayangimu

Minggu ni aku amat beremosi.Sedih dan Sakitnya hati mendengar dan membaca berita tentang kematian seorang kanak-kanak perempuan 3 tahun yang didera dan dipukul dgn kejam.Lagi meluat dan panas hati bila nampak ibu kandungnya menangis dlm TV kengkonon tak sangka kekasih hatinya sanggup mendera anak perempuan kesayangannya tuh.Tak tau nak kata apa, sedangkan binatang pun sayangkan anak...inikan pulak kita manusia yang dicipta sempurna. Arwah dikatakan muntah-muntah 2-3 hari sebelum kematiannya bila diberi makan...rupa-rupanya organ dalaman arwah telah rosak akibat sering dipukul. Tubuh kecil ini juga dicucuh api rokok, dipukul dan dipijak tanpa belas kasihan.
Naluri keibuan aku benar-benar tersentuh bila menatap wajah indah shafiah yang comel...kenapa sanggup jantan iblis tuh mendera arwah sampai begitu sekali?...Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Syafiah kanak-kanak suci yang belum mengerti apa2...kalau hidup dan membesar tentu Syafiah terseksa sebab ibunya hidup berzina dengan 'Abg Mat' si pembunuh itu. Ayah Syafiah juga merengkok di penjara kerana tuduhan membunuh...Ayahnya membunuh seorang lelaki Acheh yang dijumpai berselingkuh dengan si ibu....Memang dasar perempuan Syaitan maknya itu.
Maaflah semua kalau bahasa aku kasar kali ini...entahlah memang aku benci mak bapak yg berhati binatang. Anak2 kecil yang tak berdosa menjadi mangsa nafsu serakah & kejahilan mak bapak sendiri. Boleh pulak ibu arwah ni kata anak ketiga hasil hubungan luar nikahnya dgn Abg Mat adalah anak dia dgn suaminya...sedangkan si suami dah 4 tahun merengkok dlm penjara...Pastuh dengan tak malu mintak JKM bela dia anak beranak pulak....inilah dia Melesia Boleh!
Aku tak nafikan aku kadangkala ada jugak naik tangan pada anak2...tapi tujuan aku bukan untuk mendera...lebih kepada mendidik dia orang. Belum pernah aku rotan anak sampai tinggalkan kesan..dan walaupun aku agak garang, jarang sekali aku memukul anak. Berleter memang hobi, dan marah memang selalu. Tapi anak-anak faham...anak-anak tau aku sayangkan dia orang. Bila masa bermanja, aku akan belai dia orang..mengasihi dia orang mcm ibu2 yang lain juga...tapi, dapatkan Syafiah merasai nikmat kasih seperti yang anak-anakku dan anak2 kita semua rasa?....hingga perginya si kecil ini dengan hadiah sepak terajang serta pukulan yang merosakkan buah pinggang, kepala dan tubuh yang luka2....AlFatihah untuk Arwah...Tenanglah kau di sana anakandaku...

Monday, February 1, 2010
Kami Kehilanganmu Andak...Berpisah kita selamanya. Selasa 26 Januari 2010, 1.20 a.m.
Malam Isnin 25 Januari aku 4 beranak berkejar ke Hospital Muar...Andak nazak. Itu berita yg kami terima ketika aku di pejabat siang Isnin tu. Habis waktu pejabat, kami segera ke sana...Kika pun masih berbaju sekolah agama masa tu. Di Hospital, aku nampak Andak terbaring lemah. Hanya dada Andak yang turun naik, matanya sedikit terbuka tetapi tidak bercahaya...Andak seperti berada di dunia lain...menghadapi Sakaratul Mautnya. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan akhir abangku ini...Ketika itu, Kak Bai baru selesai membaca Yassin. Aku mengambil giliran...dalam hati, siapa yang tahu kedukaan yang aku alami. Mak Usu turut ada memerhatikan Andak. Aku berdoa dalam hati agar Allah permudahkan abangku bertemuNya. Sesekali aku berhenti mengaji, mengajar kalimah syahadah di telinga kanan Andak. Wajah Andak tenang, tapi dia koma sejak pagi.
Aku baca Yassin 2 kali...badan terasa letih, maklum keadaanku sekarang memang tak secergas biasa, tambahan lagi belum mandi sejak balik opis. Ku usap tangan abangku, sedikit sebak tapi ku tahan. Memang air mata tak mampu keluar, kesayuan ku simpan dalam-dalam. Andak nampak stabil, badannya sedikit suam. Kaki tak sejuk, semua anggota badannya suam. Aku bercakap2 sekejap dengan Kak Bai tentang keadaan Andak dari siang. Melihat keadaan Andak yang stabil, aku dan Kak Bai panggil Kak Ena untuk jaga Andak sebab kami nak minum di Cafe. Selepas minum, Mizul pula ziarah Andak tapi anak-anak tak boleh masuk sebab guard tak kasi budak2 masuk. Kesian Kika, merengek dia nak masuk tengok Pak Andak, tapi tak boleh. Teringat lagi minggu sebelumnya Kika dan Min membelai dan mencium tangan Andak ketika di wad. Andak buat muka manja2 mcm Hello Kitty bila anak-anak ku memanjakannya. rupa-rupanya itulah pertemuan mereka yang terakhir.
Selepas Mizul keluar, kami anak beranak dan Kak Ena balik ke rumah mak. Memang aku dan anak2 terlalu letih masa tu. Kak Bai masuk jaga Andak sementara Acik sampai. Kami pun sampai ke rumah mak lebih kurang pukul 12.15 pagi. Aku buat apa yg patut, mandikan anak2, solat Isyak dan siapkan homework Kika. Lepas tu terus siap2 nak tidur. Mak tak boleh tidur, hatinya tak tenang. Sesekali mak menyapu air mata...teringatkan anaknya di Hospital. Baru saja tak sampai 5 minit kami off lampu, Ena dapat call dari Acik. Andak sgt kritikal, doktor nak buat CPR guna benda mcm iron tu....nasib Uda baru sampai dr JB, so...Uda buat keputusan tidak perlukan alat tu. Biar Andak pergi tanpa menyakitkan jasadnya.
Aku terus duduk menadah tangan, membaca doa kuat2:
" Ya Allah, Kau ambil lah abangku dalam iman, Kau jadikanlah amalan baik dia selama ini sebagai menolong permudahkan dia bertemuMu, Kau ampunkan dosa2nya...Kami redha Ya Allah"....aminn, aku dengar suara Kak Ena dan esak sendu mak mengaminkan doa spontanku.
Mak, Kak Ena dan Mizul siap2 nak pergi hospital..belum pun dia org sempat keluar, Uda call Kak Ena "Andak dah tak ada...Andak pergi pukul 1.20 pagi tadi". Masa tu aku rasa jam berhenti berputar...dunia senyap seketika. Mimpikah aku?...mimpi atau kenyataan?....Innalillahi Wainnaillahir Rajiuunn. Mak kelihatan lemah dengan linangan air mata. Aku peluk mak, "mak, tenanglah mak...Andak dah selamat pergi". Selepas itu baru Ayah terjaga, Ayah tenang.
************************************************************************************
Waktu orang lelaki sibuk menguruskan mayat arwah, sebahagian lagi khusyuk bertahlil. Orang perempuan turut membaca yassin dan bertahlil di rumah atas. Ketika itu, tak semena2 hati aku benar-benar sayu. Abangku pergi tanpa isteri di sisi, tanpa anak2...tapi dia amat bertuah kerana mak dan ayah masih ada, kami 8 beradik masih ada. Air mataku bagaikan hujan, aku terdengar Angah turut menangis, dan beberapa orang jiran kami turut sayu. Ketika itu kami sedang berzikir membaca tahlil....memang suara aku tak keluar, sedaya upaya ku tahan air mata yang tak henti2 mengalir.Teringatkan wajah Andak yang tenang, bersih berseri dan kekuningan di pembaringan. Alhamdulillah...rezeki Andak.
Selesai bertahlil, aku melihat jemaah solat jenazah di bawah. Beruntung arwah, lebih 40 orang jemaah mengerjakan solat. Tetamu yang hadir juga ramai. Lebih seratus orang yang datang menziarahi arwah. Ketika jenazah nak dibawa masuk ke van, aku nampak Kika menangis, "mama...Pak Andak dah tak ada" Sekali lagi aku gagal mengawal perasaan. Saudara seibu sebapa denganku telah pergi selama-lamanya.
*************************************************************************************
Sejak Andak pergi, aku belum boleh melupakan arwah. Memang ambil masa sebenarnya. Nampak karipap, kuih muih Melayu yang lain....hati aku sayu. Andak memang sakit dah lama...tapi Allah masih beri dia nikmat makan...dia memang berselera makan semasa hayatnya. Ahad baru2 ni, aku balik rumah mak. Hati meronta2 nak balik jumpa mak...aku tau mak sedih sekarang ni sebab mak paling rapat dengan arwah. Mak tak berapa selera makan, apa saja yang dia pegang, yang dia nampak akan membuatkan dia teringatkan arwah anaknya. Mak tak boleh tidur lena, malam-malam mak akan kemas baju arwah, barang2 arwah...cari album gambar arwah. Itulah dia hati seorang ibu, kasihnya sampai ke syurga.
Betul kata orang, kita akan lebih menghargai apabila kita kehilangan....bila arwah pergi terasa ada yang kosong, ada yang tidak cukup....ada ruang yang hambar. Ketika hayatnya ada, kadang kala kita tak ambil berat, kadang kala kita buat tak tahu. Maafkan kami Andak, andai ada perbuatan dan perkataan kami yang menyinggung hatimu.
dan air mataku tak henti2 menitis di saat aku menaip entry ini, air mata kasih seorang adik mengharapkan arwah tenang di sana bersama roh para solihin. Terima kasih juga buat Along, Ena (saudaraku yang paling banyak berbakti menjaga arwah), Angah, Uda, Kak bai, Acik, Etam dan ipar2 kami yang telah membantu bergilir2 menjaga Arwah di Hospital selama hampir sebulan & di rumah.
AL-FATIHAH untuk abangku Arwah Ayob Bin Jamal, 47 tahun. Semoga ujian sakit yang Allah kurniakan padamu selama 10 tahun akan menjadi amal membantu meringankan dosa, Insyaallah. Andak tetap subur di dalam ingatan kami sampai bila-bila.

Wednesday, January 13, 2010
Gerammmmnya Kat Budak Tu...
Kika dah darjah dua, tapi pe'el tak pandai berkawan tu aku rasa masih ada lagi pada dia. Dia hanya ada 3-4 orang kawan dalam erti kata 'sahabat' yang bersama dia time susah dan senang. Masalahnya, kawan2 dia tu berlainan kelas dengan dia.Tahun ni Kika masuk kelas lain yang separuh darinya bukan kawan2 asal masa darjah 1 dulu. So, masalah dia setiap pagi bila masuk kelas mcm blurr tak tau nak duk mana. Duduk sini salah, sana salah sebab orang ni tak suka...orang tu tak ngam.Biasalah budak2 pempuan baya2 dia mesti ada geng, so...dia yg lone ranger ni memang tak bolehlah kacau area atau kawasan orang..aduhai Kika...kesian aku tengok dia pagi2 mcm orang serba salah. Masalahnya cikgu kelas dia belum tentukan tempat duduk tetap sebab mungkin sekolah baru mula. Sekarang ni konsep 'saper cepat dia dapat'.
Pagi tadi, selepas hantar dia ke kelas...hati aku tak sedap. Aku patah balik jengok dia dari jauh...tepat naluri aku yang dia kena pindah dari tempat duduk yg dia pilih.Budak yg baru datang tu tak kasi tempat semalamnya Kika ambil.Aku tak masuk kelas pun, cuma perhatikan dari jauh. Terdetik perasaan belas, apalah yang anakku rasa ketika ini? Mesti Kika sedih sebab rasa mcm unwanted gitu...
3-4 hari lepas dia bercerita tentang salah seorang kawan sebelah tempat duduknya yg tak suka sangat pada dia. Aku ingat sebab apa...rupanya sebab budak tu anak orang kaya..ada kereta besar menjalar, kira tak setaraflah dengan Kika yang naik keter buruk lagi kecik ke sekolah. Budak tu sokmo menjeling dia, menyampah sangat kat anak aku yg pendiam tu. Aku ingatkan Kika buat2 cerita...ala budak2 kan, tak mustahil kalau dia kelentong aku. Aku pun nak tengok sejauh mana betul cerita si Kika.Isnin hari tuh aku terserempak dengan budak tu di kelas...Ya! memang betul dia menjeling mcm nak terkeluar biji mata...bukan setakat Kika, dengan aku sekali dia tenung dan pandang atas bawah. Ayoyo...apa sudah jadi? Budak umur 8 tahun dah bersikap mcm tu dgn makcik yang dia anggap rakyat marhaen dan tak setaraf dgn kekayaan dia. Hari Selasa kami terserempak lagi masa di luar kelas, tetap biji mata dia mcm nak tergolek atas jalan. Geramnya aku, emosi sungguh aku pagi2 buta.Tapi, Kika pun dah tak duduk lagi sebelah dia...Kika kata dia tak akan sekali2 duduk kat budak tu sbb memang terganggu nak belajar sebab kalau terpandang dia kat sebelah pun...budak tu kata "apa pandang2, sibuk jer".
Aku bukan nak campur urusan budak2 sebab aku tau kelemahan anak aku yg tak berapa pandai bersosial...cuma, aku tak nak fokus Kika terganggu dalam kelas gara2 budak sombong tu. Memang aku hangin....ko kaya ker, anak sultan ker, anak sedara Bill Gates ke...ada mak kesah?...nan hado lah!
cepat2lah Kika menyesuaikan diri.Kalau korang jadi aku, apa korang buat ek?

Monday, January 11, 2010
Mengidam Sate Pagi & Mee Bandung Muo
Aku tak tau entah kenapa, kali ni selera aku cukup tinggi...nak makan itu, nak makan ini...dan setakat ni tekak aku meminta2 benda yg aku dah biasa makan dari kecik2 dulu. Sebagai anak jati Muo aku memang berselera dgn menu tempatan yg dah sebati dengan jiwa ragaku... chewahhh!

Kat Muo sate boleh dimakan bila2 masa jer...bermula seawal pagi2 buta lagi dah boleh menjamah sate...sebut aje nak jenis apa, ayam, daging, kambing, perut, paru, hati...macam2 ada! Pergi sajer ke Bandar Maharani seawal pukul 7.00 pagi dah bertebaran aroma keharuman sate membuka selera sesiapa jer yg lalu kat situ. Mana taknya Hospital Muo tu sesak sokmo...pagi2 lagi dah hadap sate...lawak kg jer!
Kak Ena sempat sengeh depan kedai

ni lah dia kedai sate pagi yg femes emes tu...Org Muo panggil kedai sate belakang Toko Manap
Picnic yg tak dirancang...picnic cowboy aje lah...no pinggan mangkuk segala!
Kesan dari projek ngidam dan makan2 ni...berat aku naik 800 gram masa check-up hari tu....berbaloi-baloi!
*ada problem nak upload lebih banyak gambor...so, coming soon gambor mee bandung muo akan mengorek2 biji mata anda.
Bandar Muo yg sgt klasik dan nostalgik dalam hidupku....masa thn 70-an dulu dpt ke sini dah rasa mcm dpt ke KL gitu....iyalah budak kg hingusan!
Kat Muo sate boleh dimakan bila2 masa jer...bermula seawal pagi2 buta lagi dah boleh menjamah sate...sebut aje nak jenis apa, ayam, daging, kambing, perut, paru, hati...macam2 ada! Pergi sajer ke Bandar Maharani seawal pukul 7.00 pagi dah bertebaran aroma keharuman sate membuka selera sesiapa jer yg lalu kat situ. Mana taknya Hospital Muo tu sesak sokmo...pagi2 lagi dah hadap sate...lawak kg jer!
Di satu pagi yang hening masa cuti sekolah bln 12 hari tuh, aku anak beranak bersama mak dan Kak Ena anak beranak gi bandar nak makan sate puas2. Kebetulan masa tu cuti Awal Muharam, maka begitu ramai orang2 Muo yang bersesak2 memenuhkan kedai makan/kopitiam yang menjual sate. Jangan terkejut kalau ke Muo sebab kebanyakan kedai makan milik tauke Cina tapi makanan disediakan peniaga Melayu. Tauke Cina amek tender jual air....sapa2 yg tak biasa tentu tak lalu nak minum, tapi di Muo perkara ni dah jadi budaya...biasanya apek atau nyonya yang menjual air ni dah biasa dengan pantang larang dan resam orang tempatan. Kebanyakan Cina yg bisnes air ni dari keturunan Hailam yg mementingkan kebersihan dan pelopor kopitiam sekitar daerah Muo. So, berbalik cerita sate pagi....kami gi kedai berdekatan Bus Stand Batu Pahat (nama jer B.P tu...sbb ada bas2 dan teksi ke B.P) di tengah2 bandar Muo. Kedai sate ni memang top sejak aku kecik2 lagi sampailah dah tak berapa muda ni...masa hari tu, kerusi meja semua penuh, yang tapau pun ramai beratur. Kita orang terpaksa menunggu lebih sejam gara2 nak memenuhi selera mak buyung yg mengidam sate pagi ni....bukan tu jer, apam balik kecik berinti kacang merah pun aku beli....sedap rasanya, lembut manis dengan filling kacang merah yang banyak.
Mahap ler bang....yg nak difokuskan apam balik kecik berinti kacang merah tu.....
Percaya tak aku kata kita orang order sate 130 cucuk....ni baru betul melantak mentekedarah...80 cucuk nak makan dan 50 cucuk nak tapau bawak balik. Harga sangat murah, cuma 40 sen secucuk.
Apa yang menarik fasal sate Muo ni?...bagi aku lah ni faktanya:
1) rasa daging/ ayamnya tak begitu berempah mcm sate kajang...sedang2 tapi cukup rasa & rempah ratusnya.
2)saiz sederhana...so, ngap dan ngap tak rasa cepat muak.
3)Kuah kacang yg ...mmmmm....syedappp mak jamin tau!
4)Murah...sbb harga antara 40 sen ke 50 sen jer...
5)variasi...ada orang suka sate perut (babat), paru dan hati.
disebabkan kedai penuh, kami teruskan projek membaham sate ni dgn menapau sate2 yg banyak tu ke Tanjung Emas...penuh satu kereta bau sate...aduhai lapar perut time tu. Tanjung ni satu2nya tempat rekreasi kat Muo yang amat digemari oleh warganegaranya. Kedudukan Tanjung kat pesisiran sungai Muo memang cantik dan mendamaikan. Kat situ ada banyak taman permainan kanak2, so...bebudak tu semua melompat2 lah bermain sambil makan sate. Bagi kita org yg dewasa ni apa lagi....cekik jer ler apa yg ada kat depan mata! 80 cucuk langsai mcm tu jer...nasiblah 50 cucuk lagi tu nak rasakan org yg kat rumah....kalau tak, harus tersimpan dlm perut peserta rombongan skuad pembaham sate pagi...hehehe.
Cerita bab makanan kat Muo ni....pada minggu yg lain, aku anak beranak bersama Kak Ena gi makan kat Kedai Mee Bandung yg fofular di Bandar Muo....mana lagi kalau tak ke Kedai Wah San aka Kedai Pak Abu. Memang sedap rasa mee bandungnya...sgt original dengan rasa udang kering yg wangi dan menyelerakan. Kat situ pun ada sate, soto (yg ni tak memenuhi selera aku), lontong, nasi goreng, mee goreng dan entah apa2 lagi menu sarapan pagi yg nampak sedap. Kedai ni ramai org2 ternama yg dah dtg makan...aku nampak gambor menteri2 kabinet, menteri2 besor, orang2 ternama dan terkenal. Paling aku suka gambor Pak Abu dgn Chef Wan...cantekkk gitu Cik Jah oiiii...
Kesan dari projek ngidam dan makan2 ni...berat aku naik 800 gram masa check-up hari tu....berbaloi-baloi!
*ada problem nak upload lebih banyak gambor...so, coming soon gambor mee bandung muo akan mengorek2 biji mata anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)