Thursday, January 27, 2011

Tag Masak Memasak Dari Mok BuYong Yang Cute...

*Nota: sebenornya entry ni dah lama aku tulis, tapi masa tu blog ni problem sbb tak boleh publish...maka terperaplah soklan2 tag cepu mas tu...bila tgk kat blog Zureen ada jawapan tag mok Yong tu...aku pun bersemangat semula nak publish mende ni...so, ayat2 di bawah ni relevan pada masa ia dikarang...aku rasa lebih sebulan yg lalu....layanzzzz



Hari ni mood aku lain macam...nak dengar pop Arabic songs yang pernah aku minat masa awal tahun 2000 dulu....klasik sungguh Kak Wawa time nih!....pastu aku baru lah ada mood nak melawat blog kengkawan...sedor2 kat rumah mok buYong aku lak kena tag...bab main2 masak2 pulak tu...so, Kak Wawa jawablah untuk sonok2 jer....

1. Apakah Masakan Pertama yg Anda Masak dan Bila Anda Mula Memasak?

Aku punyalah teringin nak masak nasi...masa tu umur aku 11 tahun...kalau 11 tahun tu darjah 5 lah kan...alkisahnya aku rajin skodeng kakak-kakak masak nasi, tapi lupalah pulak selain letak beras kena letak air....so, aku pun letak beras dalam periuk , cuci2 sikit pastu tenggek atas dapur. Time tgh bereksperimen tu pulak member kamceng aku datang nama dia Ogy...dia ajak aku main kat laman....Kak Wawa pun terlupalah bab nasi kat dapur tu....tengah melompat2 kat laman, tetiba aku dengar ada suara jeritan yang nyaring lagi sexy dari dapurrr.....aiyohhh mak sudah pasang loud speaker...."Saper punya keje nih!!!!" Aku tak ingat saper yang kena tuduh, tapi yang pasti dia orang tau tu angkara aku...dan aku tak ingat pulak time aku cuba2 amek beras kat dapur tu ada orang nampak ke tak.....seminggu mak rendam periok hangus tu....aku rasa sesuai diberi nama menu tu " beras terbakar" mcm kat Langkawi tu...tapi yang best tu aku tak pulak kena rotan walaupun dah buat hal besarrr gitu!

2. Saper yang Menggalakkan Anda Masak?

Mak paksa aku belajar masak sebab masa Form 2, cuma ada aku dan Acik kat rumah time tu...so, dari keterpaksaan jadi pulak kerelaan....tapi kan masa peringkat awal aku try masak, setiap 2 minit aku akan cuba try test...korang bayangkan kalau masak sup tu amek masa setengah jam, entah berapa kali aku hirup dan berapa inci pulak kuah sup yang tinggal dalam periuk?....

3. Masakan yang Anda Paling Suka Masak dan Digemari Orang2 Kesayangan Anda...

bila dah ada family sendiri...dah tentulah anak2 dan kekasih hatiku Abg Mizul yang paksa rela kena makan masakan aku...tapi aku tau dia orang suka...semuanya licinnn. Sedap tak sedap perkara kedua...yang penting air tangan aku lah kononnya. Aku paling suka masak mee tak kiralah apa jenis dan resepinya...kengkadang hentam jer pun jadi time hujung minggu. Kika suka aku masak beehon, Min suka ikan sweet sour dan Abg Mizul paling suka sambal tumis belacan (ni resepi kita orang berdua...tak sama dgn ordinary sambal belacan mahu pun sambal tumis yang biasa di pasaran). Tapi, Abg Mizul paling tak gemar aku masak asam pedas sebab mengikut kata Abg Mizul....asam pedas aku tak best! sedihhhh tau.. Satu lagi aku teringin nak cuba bab baking membaking...tapi masih tak berkesempatan sbb che oven masih belum dibeli...banyak kali Abg Mizul nak belikan, tapi aku yg tak nak....tak der tempat nak letak kononnya...almaklum dapur kecik ciputtt...stor pun dah penuh.



Beehoon Kantonis...yg didaptasi dr resepi asal kueteow kantonis



4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung ke Blog Anda...

Soklan ni aku khianat sikit sebab aku tak tau saper blogger masak memasak yg masuk blog aku..kengkawan rapat lain dah disebut mok yong...Zureen pun dah pass kat Yummy.

Sekian Adanyer...

Monday, January 17, 2011

Motivasi Diriku: Setanggi Kasih

Ada satu lagu dari Kumpulan Rabbani yang amat menyentuh hatiku...ni sebagai persediaan & motivasi utk aku nak gi kursus hujung minggu ni...liriknya amat menyentuh hati, menyedarkan dan menginsafkan aku....

Dlm kehidupan kita tidak lari dari melakukan kesilapan, kita pasti diuji Tuhan dengan ujian kesenangan & kesusahan, kemanisan & kepahitan....segala-galanya telah ku rasai dan hanya kesabaran dan redha pada takdir Allah sebagai penguat semangat...

Lagu ini amat indah melodinya (by KRU) dengan alunan lunak merdu suaranya (by arwah Ustz. Asri-Rabbani). Cari kat youtube pasti ada...

Jom share rasa...Peace No War


SETANGGI KASIH

Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Di seluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasai erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan insan
Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan)
Hadapi segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan

Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai
Bersyukur kepada insan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan


* Bila aku dengar berulang kali, menitis air mata tanpa aku sedari....syahdu.

Thursday, December 30, 2010

Cepatlah Sembuh Sayangku...


Mungkin ada sahabat dan teman yang tertanya2 apakah sakit Adelle...


18/11/2010 - Adelle batuk2 kecil. Aku bawa ke klinik panel yang terhampir dgn rumah. Dpt antibiotik sbb masa tu Adelle sedikit demam. Lain2 ubat rasanya ubat batuk warna putih tu.


seminggu lepas tu kami ke klinik yang sama sbb batuk Adelle tetap berterusan. Dapat ubat yg sama cuma tak ada antibiotik.


Adelle tetap makan ubat batuk ventolin warna putih tu...seksa tekak dia...mesti tak sedap kan sayang.


Masa sahabatku Anis nak buat gathering utk geng kami di Putrajaya, Adelle dah aku bawa utk ambil sonotron therapy kat sebuah klinik di Duyong. Aku main redah jer sbb katanya bagus utk hilangkan batuk dan kahak. Adelle terpaksa ambil 10 sesi yang berakhir pada 23/12/2010.


Keadaan batuk Adelle masih tak okay malah semakin teruk sehinggalah esoknya kami bawa jumpa Dr.Datin Athi di Pantai. Dia ni pediatrician anak2 aku since Kika lagi. Dr.Athi kata Adelle mungkin ada simptom asthma mcm kakak2 dia...then dia suruh kami buat x-ray utk tengok lung Adelle. Bunyi macam ada kahak tapi tak banyak. Selain x-ray Adelle kena check darah jugak...aduhaiiii aku dah mula risau. Adelle nampak aktif cuma terbatuk2.


Dr.Athi panggil aku & Abg. Mizul untuk bincang report x-ray Adelle. Paru2 Adelle nampak okay walaupun ada sedikit kahak. Cuma, report dr pakar x-ray mengatakan size jantung Adelle agak besar. Doktor x-ray kata adakah terdapat 'murmur' sound pada jantung Adelle. Aku ni tak faham apa benda murmur (bunyi yg wujud kalau ada heart failure mcm jantung berlubang ke) tu pada mulanya. Ikut cakap Dr. Athi dia dengar bunyi dada Adelle normal...tak ada apa yang weird. Semua okay dan normal, but to make sure about heart size...aku kena refer kat satu pakar di Gleneagles Hosp.di Ampang. Aku dengar jer nama sepital tu rasa dah berpinar...dah tentu fasal RM sbb mahal kat situ. Tapi, yang paling penting sekolah dah nak buka...teringatkan yasmin yang teruja nak masuk darjah 1...So, aku tanya doktor tak ada ker pakar yang boleh buat di GH Melaka. Dr.Athi call GH beritahu aku nak buat appointment...nurse sana kata kena dtg hari Rabu dan ikut prosedur hospital kalau nak jumpa pakar.


Kami ke Klinik Kesihatan dulu untuk dapatkan surat rujukan sbb nak jumpa pakar di klinik kanak2 di GH. Pastu surat rujukan tu kena bawa ke GH untuk buat appointment. Sebelum suka-suka hati nak jumpa doktor pakar on Wednesday kena jumpa doktor kat klinik tu dulu utk dipastikan perlu jumpa pakar atau tidak... Aku beritahu doktor tu nak scan jantung Adelle guna echocardiogram (nama alat yg Dr.Athi suggest) untuk pastikan keadaan heart saja. But, doktor kan doktor....dia org lebih tahu kot, so doc tu kata tak perlu rushing nak buat echo tu....dia bagi tarikh 1 bulan dari tarikh aku datang tu utk x-ray semula dan kalau perlu baru buat echo tu....aduhaiiii macam kena panah petir aku rasa sebab tak sanggup nak tunggu sebulan. Lama tu...tak kan nak paksa2 doktor tu pulak...dan tak boleh suka2 hati nak mintak jumpa pakar yg datang melawat seminggu sekali jer kat GH tu....inilah prosedur yang melemahkan jiwa....patutlah orang sihat boleh 'keokkk" nak tunggu tarikh itu tarikh ini....


Aku akan bawa Adelle jumpa lagi dgn Dr Athi nanti sbb nak beli ubat yang dia makan sekarang...mungkin nak dapatkan opinion lagi walaupun dah 3 orang doktor kata sound dada Adelle okay...


Ya Allah, semoga anakku akan segera sembuh...semoga tak ada apa-apa yang serius berlaku pada Adelle. Sungguhpun Adelle ada medical card, tapi aku seriau nak fikirkan kos2 di Gleneagles tu...but kalau perlu insyaallah kena bawa juga....Duit boleh dicari...Cuma, buat masa ni aku bertahan dulu sebab nak pastikan batuk Adelle sembuh. Kesian Adelle bila batuk...seluruh muka bertukar jadi pink...satu lagi Kak Min dan Kak Kika nak masuk sekolah semula....kesian dia orang, tumpuan aku 100% pada Adelle, nak tulis nama pada buku, beg, kaler dan barang2 sekolah Yasmin satu pun aku lom buat lagi.


Doakan Adelle selamat.....

Monday, December 27, 2010

Tolong Doakan Adelle

Pada sesiapa yang terbaca entry ini..please doakan bayiku Adelia Hananie...

Adelle....tak tertanggung kesedihan hati mama bila lihat penderitaan Adelle...doakan dia sihat, doakan tak ada apa-apa musibah yang menimpa....doakan Adelle terus sihat....

Ya Allah , hanya kepadaMu hamba bermohon....

Tuesday, December 21, 2010

Spaghetti Bolognese Cara Kak Wawa




Sabtu lepas, aku buat spaghetti utk breakfast pastu makan dgn roti putih + mushroom soup campbell.....wahhh tekak omputeh lak pagi tu. Ilah adik ipar aku pun ada sekali dgn family dia...So, dah lama tak makan mende tu...aku masak jer lah tapi cara aku lah.

Pasta:

1 peket spaghetti - aku guna yg 'angel hair' halus2 ala2 beehoon. Nak guna size biasa pun boleh
sedikit minyak zaitun - masa tu olive oil tak der, aku guna sikit butter

garam

air secukupnya

Cara:

1. Masak air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti tu. Kacau2.

2. Masuk sedikit garam.

3. Bila dah 'al dente' angkat. Tapi ada org yg suka lembut. up 2 u...

4. Buang air, toskan pasta tu, lepas tu letak sedikit minyak zaitun dan digaul2 supaya tak melekat. Aku guna butter lurpak...sama jer caranya. Siap dan masukkan dlm bekas.

Kuah:
5 ulas bawang putih- dadu /cincang
1 biji bawang besar holland -dadu/cincang

1 peket daging cincang ramly

1 tin sos prego (dlm tin yg ada logo halal Jakim) perasa original

1 tin kecil tomato puree (tak nak pakai pun boleh, letak jer sos prego 2 tin)

sedikit sos tomato (kalau perlu)

sedikit sos cili (kalau nak rasa pedas)

sedikit serbuk lada hitam aji-shio

1 kiub ayam

1 biji tomato segar yg merah dan lembut-dadu/cincang
1 tin cendawan butang/ boleh guna fresh button mushroom, brown or white-dadu/cincang
sedikit cendawan shitake - dadu/cincang (anak aku suka shitake tu sbb masuk /optional jer)
sedikit serbuk oregano atau fresh english herbs yg lain pun boleh
garam, perasa as usual
Cara:
1.Tumis bawang putih+merah dgn olive oil @ butter @ minyak...pastu masuk daging cincang.
Tapi aku lebih suka daging atau ayam ni tumis kat periuk lain dulu separuh masak...baru masukkan dlm pot kuah tu.
2.Masukkan kuah prego dan tomato puree, tomato cincang, cendawan butang, shitake, lada hitam aji shio dan kiub ayam.
3. Tambah air ikut banyak mana nak...pastu masak sampai mendidih dgn dikacau selalu.
4. Masukkan garam + perasa dan oregano.
5. Dah elok kuah tu cun melecun dan rasa pun sedap...tutup api dan tadaaaa....makan ler kome.
Spaghetti ni hidangan berkhasiat & lazat...kami satu family mmg suka teramatttt....Biasanya aku tak masak nasi kalau dah buat dr breakfast sbb diaorang akan makan selagi tak habis bersambung2 sampai ke lunch atau tea time.


Thursday, December 16, 2010

Bersyukur Atas Kurniaan...

Ya Allah...

hambaMu bersyukur di atas limpah rahmat dan kurniaanMu....Aku kau kurniakan ibu bapa yg pengasih, suami yg mencintai dan memahami, 3 orang puteri yang menyerikan hidup dan menyejukkan hati, karier yang stabil, sahabat-sahabat yang mendorong serta sebuah kehidupan sederhana tetapi bermakna...dan dengan ihsanMu aku telah dikurniakan apa yang aku ada hari ini...Alhamdulillah Maha Suci Allah S.W.T.


Terima kasih mak, ayah , abang Mizul dan insan-insan yang menyayangiku... yang tidak putus-putus mendoakan kejayaanku...


Semoga Aku Tidak Lalai dan Alpa daripada bersyukur ke hadratMu....Amin.

Thursday, December 9, 2010

Rendang Ayam Kak Wawa


Rendang oh rendang...kekasih hati kak wawa, si abg mizul tu mmg craving makan rendang akhir2 ni...mula dgn rendang daging masa dapat daging korban sampailah bersambung2 ke rendang ayam...dah dia nak makan, tugas ahkak ni masak jer lahhhh...


So, dah lama tak tepek resepi....


Rendang Ayam Ala Melaka

1 ekor ayam potong kecil

1 biji santan kelapa - guna kelapa parut kemudian perah 2x

1 bekas kecil kerisek- anggaran 4 sudu makan

15 biji cili padi-nak pedas letak lebih, tp ni pun dh pedas

4 sudu makan cili kisar- kak wawa guna cili giling adabi

2 biji bawang besar saiz sederhana

5-7 biji bawang putih

6 btg serai, 4 utk mesin dan 2 lg utk ketuk

halia & lengkuas sebesar ibu jari

kunyit hidup - sikit arr, agak2 kuning

1 keping asam gelugor
sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang

3 helai daun limau purut-carik2

1 helai daun kunyit- dipotong halus

garam, gula dan perasa
Cara merendang:

1. Amek kuali, masukkan ayam, masukkan santan,garam, masukkan bahan2 kisar-bwg besar& putih, cili padi, cili kisar, halia, lengkuas,serai. Serai yg dua btg lagi tu di ketuk2 dan campak sekali dlm kuali. Eh lupa lak...masuk sekali rempah 4 sekawan si kayu manis n the gang.

2. letak kuali atas api sederhana dan selalu dikacau2.

3. bila dah separuh masak, masukkan asam keping dan kerisik...pastu daun limau. Biasanya bila kita dah masuk kerisek kuah rendang akan mula pekat.

4. bila dah nampak elok, masukkan gula (gula pasir atau gula melaka, mana2 boleh- tp kak wawa buat rendang ayam guna gula pasir dan rendang daging baru gula melaka) ...sesuaikan rasa dan masukkan daun kunyit.

5. biar rendang berkuah...jgn sampai kering.

6. Kalau makan panas2 mmg besttttt.....terbaekkk dr ladang beb!