Wednesday, March 25, 2009

Sendiri...


Jiwa aku teramat sedih sejak akhir-akhir ini.


Entahlah …terasa seperti apa yang aku buat tak pernah memberi kebaikan kepada orang lain. Sememangnya nasib aku selalu sangat diuji dengan bermacam-macam dugaan. Aku redha…ya…sedikit pun aku tak menyesali suratan takdir.
Mungkin apa yang aku alami kini adalah berpunca dari kealpaan, kelemahan dan kekurangan diriku sendiri . Aku terlalu jauh dari kesempurnaan….

Kalau boleh aku ingin pergi jauh…jauh sejauh jauhnya….pergi dari semua orang. Aku ingin sendiri, menyendiri mencari hakikat diri dan mendekatkan diri padaNya. Aku percaya ramai nanti insan-insan yang akan menemui kebahagiaan mutlak sekiranya hidup mereka tidak diganggu dengan kehadiran aku…maafkanlah segala salah silapku selama ini.

Aku tidak minta pujian, sanjungan atau sebarang budi balasan…cukuplah sekadar sebuah pengertian!

Tuesday, March 10, 2009

Bila Anakku Masuk Darjah Satu...


Tahun 2009 ni, aku rasa jadual hidup aku berubah...iya, berubah sangat2...semuanya gara-gara satu jawapan "Bila Anakku Masuk darjah Satu..."

Bagi sesetengah orang anak masuk sekolah adalah perkara biasa, tapi bagi aku ia bagaikan satu fenomena alam...benar-benar mengenalkan aku dengan bermacam-macam erti kehidupan. Pengorbanan, komitmen, dedikasi, air mata, sakit pening dan 1001 pengalaman yang tak tergambar dek perkataan.

Selama ni aku memang kaki mengadap TV, hidup aku bagai tak lengkap kalau TV tak menyala. Masuk rumah ada 3 suis utama yang aku akan pasang. Pertama kipas, kedua lampu dan ketiga dah tentu TV 29' Sony ku model thn 2003. Disebabkan siang sibuk bekerja, malam adalah masa yang paling aku nanti-nantikan utk merehatkan minda kononnya, hingga bersengkang mata ke pukul 12.00-1.00 pagi. Dari baru kahwin hinggalah dah beranak dua, aku memang jenis yang tak tidur awal...akulah penonton TV yang setia! Bila bersembang dgn kawan-kawan office, kebanyakan tak minat sgt TV, kadang tu tak tau pun program baru yg wujud. So, aku ni ibarat Alien yg suka sgt bersembang hal ehwal TV di tengah2 kawan-kawanku yang jengok TV sekali sekala jer...

Seminggu dua sebelum Kika masuk darjah 1, aku dah mula resah bimbangkan xtvt kegemaran aku ni akan terganggu sbb kena tidur dan bangkit awal. Risau jugak aku sbb banyak episod-episod drama kat TV3 & Astro yang aku tengah syok layan...habislah, potong betul! gggrrrrr...

Bila Kika mula bersekolah, akulah ibu yang paling sibuk aku rasa! Minggu kedua sekolah, aku dapat MC 2 hari straight...aku kena migrain! stress tak cukup tidur & rehat! Tidur lambat tapi bangun awal....hehehe kalau aku ingat-ingatkan peristiwa tu aku rasa nak tergelak sendiri...teruk betul Kak Wawa ni, mengalahkan orang anak 10 pulak.

Manakan tidak, malam-malam siapkan beg sekolah pagi (sesi sek.kebangsaan), beg sekolah agama, beg sekolah Min dan beg baju & towel Min & Kika. Ada 4 beg yang nak disediakan setiap hari belum lagi homework yang berlambak-lambak. Setiap minggu ada-ada saja material yang nak kena bawak utk subjek pendidikan seni; minggu ni nak gambar, minggu depan nak kertas warna, minggu satu lagi nak straw, nak tali, nak itu...nak ini...padan muka aku! Kika pulak apa saja yang cikgu pesan dia akan ambil ssseeerrriiiussss...celik2 mata pagi2 dia akan tanya, "mama, barang yg cikgu pesan tu ada tak?" adusss tension aku tau!

Aku seolah-olah kembali ke zaman sekolah rendah 28 tahun yang lalu (tua nyer aku, huhuhu) bila tiap-tiap malam sebelum tidur kena kemas buku dan ikut jadual harian utk sekolah rendah & sekolah agama. Bila suruh Kika buat sendiri, ada-ada aje buku yang tinggal...mmmm, tak boleh lepas sendiri lagi...ke aku yg terlalu cerewet sbb tu dia lambat nak pandai berdikari. Aku kena hafal program hari Isnin-Selasa : sekolah agama, Rabu : tuisyen + sekolah agama, Khamis-Jumaat : tuisyen. Baju sekolah agama, baju tuisyen, selipar tuisyen...huarrrggghhhhh...pernah juga baju sekolah agama tertinggal dan beg tuisyen tak bawak! Sebuat fasal baju ni pun, ada satu benda yg buat aku berpeluh2...kalau tak malam, pagi2 lagi dah kena iron baju...setimbun baju2 nak kena uruskan....Alhamdulillah ayah dia tak berkira sgt dgn aku bab ni!

Bab duit & berbelanja Kika paling lemah, dia tak minat makanan di kantin sebab kena beratur & berebut2 .. pastu mee penuh taugeh! Hari pertama jer aku dah dapat rasa suasana di kantin tak sesuai dgn nature si Kika yang pemalu + pendiam tu...dia tak confident langsung nak spend her money to buy things...duit jatuh pun dia tak kutip...nasib tak baik dia beli air kat vending machine yg rosak, habis duit tinggal 2 posen jer dari dua ringgit lebih...dan semua tu menyebabkan dia tak minat sgt nak beli makanan kat kantin....so, sebagai ibu yg faham naluri anak yg kebetulan suka makan...kenalah aku berkorban masa & tenaga...kata ayahnya Kika kena bawa bekal (dah mcm aku masa kecik2 dulu pulak!)

dan bermulalah rutin hidup aku berubah sebegitu drastik...aku kena bangun pagi seawal pukul 5.30 pagi nak menyediakan juadah santapan anakku ini...kadang tu aku bagai tak lena tidur sbb sekejap2 terjaga takut terlepas bangkit kul 6.00...tension sungguh tau! Tiap-tiap hari aku pening nak fikir menu apa?...mee goreng, beehoon, nasi lemak, nasi goreng, cekodok, roti sardin, dan begitu lah seterusnya sampai si Kika nak makan makanan sekolah. (entah bila ya?) Sepanjang nak ke sekolah hanya ada satu gerai yg kami jumpa jual sarapan pagi...itu pun Kika sakit perut makan nasi lemak kat situ, taubat aku!

Pukul 7.00-7.10 pagi waktu ke sekolah, kalau terlambat dari masa tu...akan merahlah punch card aku dan Kika pun terlewat masuk kelas. Perjalanan yg sgt membosankan nak menempuh hampir 10 traffic light...sampai sekolah biasanya pukul 7.30..berebut2 dgn guard yg nak menahan kereta tak kasi masuk sbb nak tutup main entrance... nak terkedek2 lagi menghantar Min & Kika ke sekolah & class masing2...sekolah Kika & Min bersebelahan...so, aku dan ayahnya ambil turn hantar budak2 tu...naik tangga turun tangga...penat sungguh terkejar2! (tapi tak kurus gak...) Kebanyakan parents kat sekolah ni akan sama2 memimpin anak2 yg darjah satu sampai ke kelas setiap hari sbb kedudukan geografi sekolah yg agak membahayakan anak2 kecil berjalan sendiri...busy gila kat sekolah sbb students ada 1,000++...dan semuanya parents hantar sendiri...tak pernah nampak bas sekolah...yg naik basikal pun boleh kira dgn jari...

Setiap minggu aku menghitung hari bila nak sampai Jumaat...sebab rindu sgt nak jumpa Sabtu & Ahad ...nak bangkit lewat dan lepas Subuh sambung mimpi semula...nak tengok TV, nak gi shopping, nak makan kat luar, nak tergolek atas sofa....itu pun hujung minggu sekarang dah tak sama lagi mcm dulu...sbb ada 3 pasang kasut comot yang menanti nak kena basuh (aku gilir2 dgn ayahnya membasuh kasut) dan ada berlambak2 kerja sekolah yang nak kena hadap...Kika, aku dan ayahnya kadang2 tu bergotong -royong membuat homework...

Baru aku sedar walaupun masa dah berubah, tapi kasih sayang, peranan dan tanggungjawab tak pernah berubah...tetap sama spt mana zaman susah payah emak ayah membesarkan aku dulu....


Tuesday, March 3, 2009

Siaran Ulangan: Resepi Ikan Sweet Sour & Ikan 3 Rasa


Utk memenuhi permintaan NoorMarsita anak buahku yg sedang mengandung anak sulung....


Gambar2 menu ni aku dah pernah tepek dulu tapi x letak resepi...so, Noor jgn lupa cuba ya!



Sebenarnya ada beza tau antara sweet sour & 3 rasa ni....sweet sour spt juga namanya, tak pedas pun, cuma masam dan manis dari tomato. 3 rasa pulak lebih pedas, pekat dan lebih sedap kalau diletak daun ketumbar...tanpa daun ni menu ni ada mcm kureng sikit arrr. Apa pun ikut selera masing2...cuma timun & nanas boleh dimasukkan dlm kedua2 resepi ni...



Kerapu 3 Rasa

Bahan utama:
1 ekor ikan kerapu segar – digoreng dgn garam/kunyit, jika suka letak sedikit tepung jagung utk rangup…sikit jer.
2 batang serai –diketuk
1 inci halia – diketuk
1 biji bawang besar Holland- dihiris bulat
7-9 biji cili padi siam – hiris kecil
sebiji tomato 1/2 btg timun – potong dadu kecil

1-2 helai daun limau purut
3 sudu besar - sos tiram, sos cili, sos tomato
2 sudu kecil air limau nipis
sedikit air – kepekatan ikut suka

Bahan tumis:
3 biji bawang putih – ketuk dgn belakang pisau jer

garam, gula & aji dan sedikit hirisan daun ketumbar

Cara masak:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. Bila naik bau dan agak garing, masukkan serai, daun limau purut, halia.
Masukkan air,air limau nipis dan 3 jenis sos- biar mendidih.
Masukkan garam, gula dan aji.
Masukkan ikan yg tlh digoreng .
Masukkan tomato, timun,cili padi, bawang holland. Tunggu sebentar tapi jgn sampai bawang layu sgt.
Angkat dan taburkan daun ketumbar






Siakap Sweet & Sour (tak ada sayuran pun dlm gambo ni...tak der stok sayur time masak tu)


Bhn:
Seekor ikan siakap/bawal hitam/kerapu dll.
Bhn tumis:
3 biji bwg putih- hiris
Halia muda (saiz ibu jari)- dihiris memanjang
Bhn sos:
Sos tomato 3-4 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
1 cawan air (terlalu pekat tak sedap…lebih kuah lebih sedap! So, agak2 arr ikut selera)


Bhn hiasan:
1 biji bawang besar holland-potong bulat
4-5 biji cili padi siam –ketuk kasar
Sebiji tomato hiris nipis
½ biji timun –potong kiub/panjang
Sedikit nanas – potong kiub/nipis
Garam/gula/aji


Cara masak:
1. Ikan digoreng dgn garam & kunyit –kalau suka boleh letak sedikit tepung jagung
2. Tumis bawang putih & halia
3. Masukkan air, sos cili & sos tomato
4. Biar mendidih, masukkan timun & nanas (sayuran boleh ganti jagung muda/cauliflower)
5. Masukkan gula, garam aji….sesuaikan rasa (masam+manis)
6. Masukkan hirisan bawang besar holland, tomato, dan cili padi. Jgn lama, dan tutup api.
7. Tuangkan kuah diatas ikan goreng.


Nota: tak letak timun, nanas, atau apa2 sayur pun tak apa....

Monday, March 2, 2009

Kika @ School

Just to share these pics. Lazy to write coz 3 months pending!..no more idea lorrr

Kika's dreaming bag


Min's budget bag...fuuhhh, syukuuurrrr just RM29.90

Kika on her Orientation Day (wear tudung)


Her first sketch during her orientation day...really looked like her huhhh


Kika on her first day appearance (without tudung...still clumsy with tudung actually)

First Day Breakfast with "kueteow taugeh"....she hate taugeh most!

1..2....3...."say cheers"