Sunday, February 8, 2009

Rahsia rempah Kurma

Lama rasanya tak berkongsi rasa tentang dunia masak memasak ni...

Semalam, 8/2/09 genap usia Kak Bai yang ke-24 opsss...44. Gerek seh kakak aku sorang ni, maintain lawa lagi! So, dia buat hi-tea kat rumah dia...maka, datanglah kami 4 beranak dari Melaka turun ke Tmn Kesang Indah, Muar. Apa pulak lah kena mengena rempah kurma dgn cerita majlis birthday Kak Bai ni?

Masa Kak Bai busy sedia itu ini kat dapur semalam, aku offer diri nak menolong. Kak Bai nak mandi bersiap, so dia minta tolong masakkan sup ayam sebab menu yang lain semua dah siap. No hal punya...setakat sup ayam apa lah yg susahnya kan. Aku pun memulakan ekspedisi masak memasak di dapur rumah kakak ku ini. Cari punya cari rempah sup, satu pun tak ada...baik yg bunjut mau pun yg serbuk, kes Kak Bai terlupa nak beli lah tu. Alamak!...mcm mana ni...nak suruh Pia ke kedai pun susah jugak sebab kedai runcit jauh sikit, lagi pun Pia tengah seronok bermain dgn sepupu2nya. Lastly aku teringat pesan Kak Long, guna aje rempah kurma, lebih kurang aje rasanya.

Aku pun guna sajalah rempah kurma tu....dan hasilnya...tanya sama itu hud-hud...memang berpeluh beb hirup sup petang2. Sampai tak cukup, licin dikerjakan kami semua, lagi pun sup tu tak banyak sangat pun...anggaran seekor ayam bersize XL...yg datang makan pulak 3-4 orang yg bersize XXXL termasuklah yg memasak supnya...hua..hua..hua...Jemputan Kak Bai tak ramai, besar kecik tua muda lebih kurang 16 org jer.

SO, malas nak citer lebih2...ni aku perturunkan resepinya!

SUP AYAM KAK WAWA

Bahan2:
1 ekor ayam (potong kecil)
Halia sebesar ibu jari aku (maknanya besor sikit dari ibu jari korang arrr)
7 ulas bawang putih
3-5 ulas bawang merah
rempah tumis-cengkih, pelaga,lawang,kayu manis
2 biji kiub ayam
3 sudu besar rempah kurma
Kentang 2-3 biji (potong arr ikut suka)
garam
bawang goreng & daun bawang+saderi & sambal kicap powerrrr!

Cara masak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk steel.
2. Masukkan rempah tumis tanpa tunggu minyak benar-benar panas
3. Bila minyak cukup panas,tumis bawang putih+merah yg ditumbuk
4. Masukkan halia yang dipotong kasar
5. Masukkan air dalam kadar yang diingini, nak banyak letak air lebih
6. Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan dalam sup.
7. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam (jgn masuk aji sbb kiub ayam dah ada MSG)
8. Biar kuah panas, masukkan ayam.
9. Biar sup masak.

Hidangkan dgn daun bawang + saderi, bawang goreng dan sambal kicap yang power rangers tu!

* Rasa sup rempah kurma lebih sedap, beraroma dan warna sup cantik.
Sup boleh dimakan begitu saja atau dengan beehoon, mee, nasi dan bubur.

No comments: