Thursday, February 5, 2009

Dan Dirikanlah Solat...

Sedar tak sedar anak sulungku sudah masuk ke alam 7 tahun...masuk darjah satu. Sebelum usianya 7 tahun aku risau memikirkan macam mana nak mendidik dan mengajar dia solat.Aku sendiri pun ketika kecil mula bersolat ketika berumur 10 tahun (darjah 4). Malah aku berpuasa hampir penuh pun pada usia yg sama.Bolehkah Kika mendokong tugas sebagai muslim dengan umur sementah itu?

Sebenarnya persoalan itu amat mudah...Islam itu indah dan tidak memberatkan sesiapa. Apa yang Allah perintahkan dan apa yang Nabi ajarkan memang sudah cukup molek. Buangkan jauh-jauh prasangka dan halangan fikiran yang membataskan.So, aku nak berkongsi tips bagaimana nak mendidik dan mengajar anak-anak mencintai agama (Fardhu Ain bagi ibu bapa mendidik anaknya Ilmu Tauhid dan Ibadat).

Tips puasa:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat puasa sebulan dua bulan sebelum Ramadan. Beritahu dia baik-baik yang puasa tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Tunjukkan yang kita begitu teruja nak menunggu Ramadan tiba...sehingga dia juga turut tidak sabar-sabar untuk cuba berpuasa.

4.Masa permulaan puasa (1-2 hari yg pertama) memang banyak dugaan...aku hadapkan Kika dgn computer games for her first day...biar dia leka sikit. Memang berkesan!

5.Anakku bersahur pukul 7.00 pagi ketika itu kerana ia baru latihan...so, tak boleh paksa dia bangun pukul 5.00 pagi.

* Kika mula berpuasa pada umur 6 tahun. Dia hanya meninggalkan puasa 2 hari saja kerana terlalu dahaga
di Tadika. Aku dan suami bersyukur sangat2 dan harap dia akan istiqamah untuk Ramadan akan datang,
Insyaallah.


Tips solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti
orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.

Alhamdulillah, bermula Disember 2008, sehingga kini, Kika telah mula mencintai solat...menitis air mata seorang ibu melihat anaknya solat sendiri dengan bacaan yang jelas ketika waktu Maghrib di Tambun, Ipoh waktu kami bercuti dulu...malah sepupu Kika, Pia (11 thn) terus mendakap dan memeluknya selesai dia mengucapkan salam yg kedua...kepuasan yg aku rasa berganda2 berbanding kegembiraan melihat dia mula pandai membaca 2 tahun dulu...dan satu pengalaman lagi, bila kika membaca doa selepas Subuh, ketika itu aku berada hampir dgn dia...dgn ayat seorang budak,dia memanjatkan doa "rabbigfirli waliwalidaiyaa...warhamhuma kama rabbayani saghira..." dan semakin syahdu bila dia menghadiahkan fatihah kepada arwah atuknya...Alhamdulillah, semoga Allah peliharakan anak-anak ku...

Aku tiada niat apa2 berkongsi tips dan pengalaman ini, selain atas rasa tanggungjawab sbg seorang muslim berkongsi perkara2 yang baik & bermanfaat.

No comments: