Sunday, May 29, 2011

Pulangnya Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah...25 Mei 2011 (Part 1)

2 Mei 2011 (Isnin) - Hari ini aku pulang ke Melaka setelah 3 hari di kampung meraikan pernikahan kedua Ena. Aku pulang awal sedikit sekitar sebelum zohor kerana urusan persekolahan anak banyak yang belum beres. Lagi pun suamiku Mizul sakit dada kesan jatuh terhentak di tandas rumah kampung seminggu yang lepas.Masa kemalangan tu berlaku kami balik menghantar barang persediaan kenduri.Dah penat sepanjang majlis kenduri, sakitnya datang semula.Dah ke klinik semalam, makan ubat...tapi masih sakit. Biasanya aku akan balik lewat petang atau malam ke rumah...tapi, kali ini berbeza.Masa kenduri ayah macam biasa jer, cuma sedikit pelik sebab ayah tak mau ambil wang sumbangan dari tetamu....banyak sumbangan yang dia tolak.." aku tak mau terhutang apa-apa dah..lagipun budak2 semua dah kahwin" sampaikan kenalan berbangsa Cina yang biasa hulur angpow tebal2 pun ayah reject...tapi kami semua fikir sbb dia dah uzur dan tak gagah sangat nak pergi kenduri orang kebetulan pula sekarang ni zaman kahwin anak2 dah lama berlalu...tak anggap pun itu petanda awal ayah.Ayah tetap cara ayah..kalau tidak, maka tidaklah jawapannya.Macam biasa juga nak balik salam peluk cium mak ayah...bercahaya wajah ayah kala lehernya dipaut anak-anakku yang nak cium pipi atuk...cupp kiri...cupp kanan. Aku tak ingat sama ada aku cium pipi ayah tau tidak buat kali terakhir pertemuan kami seperti kelaziman..puas aku cuba ingat2kan, tapi aku tak pasti...

15 mei 2011 (Ahad) - Hari ni Ahad, rindu rasanya nak balik kampung...nak jumpa mak ayah dan nak jumpa Ena, manalah tau kalau2 pengantin baru ada balik kampung. Kak Bai call tengahari tu..."Acu, balik tak hari ni?...Kak Bai tgh siap2 ni..." Aku macam orang mengantuk disorongkan bantal...terus ambil ikan siakap besar yang aku beli semalam nak bawak balik..boleh makan ramai2 nanti. Aku ni bab masak2 makan2 adik beradik paling aku suka...dan macam biasa jugak ayah mesti marah kalau banyak lauk..."Apa bendalah kau orang masak ni...banyak sangat nak makan, sampai tak tau nak pilih."
Aku segera beritahu Mizul...budak2 pun tak sabar2 nak balik...Tapi, suamiku kata dia tak larat...memang dia banyak berehat sejak semalam, dan kalau semalam aku minta nak balik tentu tak boleh juga sebab baju, kasut sekolah perlu dibasuh... rumah perlu dikemas..anak2 kena buat kerja sekolah. Hari ni, kalau balik pukul 3.00 ptg, nanti malam kul 9.00 dah nak balik semula...kelam kabut itu ini lagi. Aku hampa sehampa-hampanya...tapi, keputusan suami wajib dipatuhi...hati kecilku teramat rindu waktu itu. Aku hantar sms pada Kak Bai beritahu tak jadi balik.Janganlah mak ayah sedih harapnya.Kalaulah aku tahu....

21 & 22 mei 2011- Aku tak boleh pulang ke kampung sebab anak-anak akan exam hari Isnin nanti...biasanya minggu exam atau sebelumnya aku mmg hadkan aktiviti...tumpuan pada exam anak2. Mak ayah pun faham kalau time exam...Acik datang malam Sabtu sebab nak mintak Mizul tengokkan laptop...Dia beritahu pesan Ayah dan mak suruh balik minggu depan sebab ayahku nak bawa Mizul berubat dgn seorang Cina yang pakar bab kemalangan atau patah/bengkak organ dalaman. Aku beritahu Acik memang aku nak balik sgt sbb hari tu tak jadi balik...lagi pun aku nak pergi Jakel belikan kain baju raya dia orang berdua.

25 Mei 2011-Aku bangun awal pagi ini, sahur nak puasa sunat sebab anak2 masih dalam minggu exam. Masa mandi sekali lagi aku teingat nak pergi belikan baju raya on the way balik kampung nanti...aku nak beli warna ungu sedondon...sambil tekan suis off water heater sambil aku fikirkan betapa cantiknya purple lilac dengan mak dan ayah. Sampai di pejabat aku minta suamiku singgah sebentar sebab ada satu dokumen peribadi yang aku nak tunjukkan pada dia.Baru nak on PC sambil suamiku melihat dokumen yang aku bagi, telefon berbunyi..Acik call. Suara Acik tenang dengan nada yang amat perlahan, "Cu, harap Acu bertenang ya..nak beritahu, Ayah meninggal" Bila? "baru jap ni" Kat mana? "kat Klinik, ayah kena asthma.." Aku rasa kosong tapi masih tenang, tak ada sebarang respon yg extreme aku buat."Innalillahiwainnaillahirrajiun..."tu saja yang terlafaz ketika itu. Air mata setitis pun tak turun.Aku segera beritahu staff berita sedih itu..siap2 dan pesan apa yang patut, nampak reaksi staff2ku yang terkejut. Kami segera beredar nak ambil Kika,Min dan Adelle. 5 minit dalam kereta baru aku menangis, ralatkan tak dapat jumpa ayah buat kali terkahir dam mohon ampun darinya.Namun perasaan aku redha dan tenang setenang-tenangnya. Anak-anakku exam...satu lagi masalah. Tunggu paper dia orang habis buat baru boleh balik...tunggu 20 minit macam rasa 20 tahun lamanya.Kami balik sehelai sepinggang...cuma, Adelle saja yang ada bekalan baju, lampin dan susu sebab angkut semuanya dari Mak Idah dia.Sepanjang jalan ke Muar,penuh dengan esak tangis kami anak beranak diselang seli dengan bacaan fatihah untuk arwah.Aku berdoa agar Allah izinkan aku sempat membaca ayat suci serta sembahyang jenazah sebagai bakti terakhir anaknya sebelum ayah ke berzakh.

2 comments:

¥ãmdã said...

Takziah wa. Moga Roh Ayah mu dicucuri rahmat selalu... Amin...

MamaZYAShananie said...

Terima kasih Yam. Mudah2an segala amal baik Allahyarham diterima Allah dan menjadi bekalannya di sana.