Selamat Hari Ibu kepada semua insan keramat yang bergelar ibu...
seorang ibu akan segera kenyang bila melihat anaknya makan
seorang ibu rawan hatinya bila melihat si anak berduka
seorang ibu tak lena tidur malam bila melihat anaknya sakit
seorang anak?...dimanakah seorang anak di hari tua ibunya?
pagi2 Ahad lagi anak2 aku yg berdua tu dah ucapkan selamat hari Ibu...kad ucapan aku terima sekeping dari Min dan 2-3 keping lagi dari Kika...semuanya kad D.I.Y...pandai dan kreatif jugak budak2 berdua ni. "mama bagi nenek hadiah apa?" soal Kika pada aku...."mama belikan nenek makanan jer dan kita makan2 kat rumah nenek okay"
Tengahari ahad tu aku dah sampai ke kampung...beli arr sikit barang2 makan utk makan adik beradik mlm nanti. Memang tak belikan mak hadiah pun, just bawa makanan yg mak suka jer...paling beshh aku beli 'cincaluk' sebotol ....lama tak lepas gian makan mende tu....kebetulan Acik tak ada class hari tu...so, meriah arr kiranya petang Ahad tu dgn Kak Ena, Kak Bai, Acik dan anak2 kami. Ceria wajah ayah dan mak melayan karenah anak cucu yang tak reti duduk diam. Kak Bai sponsor makan petang dgn kek lapis sarawak (dia beli masa kursus), kuih bakar dan karipap. Kak Ena ambil tender buat air...lepas satu jar..satu jar.
Aku masak ikan kerapu sweet sour, tomyam ayam (ni mak yg request), ayam goreng, telur dadar dan pembuka selera cincaluk + cili padi, tomato yg boleh buat air liur menitis gitu! Cincaluk ni Kak Bai yg buat...pedas mengancam! Aku bawa tembikai kuning dan kat rumah mak dah ada tembikai merah...nyum...nyum...Sori arr tak der gambar...malas pulak nak kuarkan kamera masa tu.
Yang lawaknya, anak2 sibuk buat kad ucapan, tak cukup kat ibu sendiri siap buat utk mak2 sedara...Kika buat utk Ibu dia (anak2 panggil kak Bai 'Ibu') dan kak Ena (Mak Jang)...siap Kika buat kad "Selamat Hari Mak Jang"....terhibur golongan mak2 ni tengok telatah anak2...
Satu moment yg menggembirakan bila terima berita dari JB, Noor dah selamat bersalin hari Jumaat hari tu...dapat baby boy "Muhaimin NurHazyzy Bin Mohd Yusof" selamat menjadi ibu kakak.....
Bila malam waktu pulang, ternampak kesedihan kat wajah mak dan ayah...apa kan daya mak, masa selalu membataskan kita.
Mak, Selamat Hari Ibu...sayang mak sangat-sangat! dan aku percaya mak begitu terharu dan gembira malam itu!
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment