Monday, May 25, 2009

Cerekarama "Restu Mertua"




Sebenarnya dah 2 minggu berniat nak tulis fasal benda ni...tapi, mcm2 hal yang berlaku sampai aku lupa nak review citer menarik ni...Kalau aku tak silap TV3 tayangkan cerita ni sbb hari Ibu kot....2 weeks ago, If I'm not mistaken.




Cerita ni memang sesuwei ditonton oleh anak menantu dan para ibu mertua...selain utk hiburan mata di hujung minggu, drama ni banyak memberi pengajaran kepada anak-menantu-mertua yg terlibat. This is a really good drama from JS Pictures kepunyaan Sheila Rusly & hubbynya Jinggo. Aku memang peminat drama2 production laki bini creative ni...



Sharifah Marina (Elly) berkahwin dgn Asri (Fizz Fairuz) tanpa restu ibu masing2. Plot berkembang antara Asri, Marina dan Mak Asri (Sheila) and later dgn kehadiran Aiman anak couple romantis ni. Marina yang asalnya keturunan bangsawan & hartawan kurang disenangi si ibu mertua yg agak kekampungan dgn ego tinggi mengalahkan KLCC. Memang lawak masa mula2 tu bila Asri bawak si Marina ni balik kg for the first time dan berkenalan dgn mak nya. Ada ke patut jumpa bakal mak mertua yg duk kampung pakai gown paras lutut...ambik hang! terus kena perli tak sudah2 dek mulut laser Sheila Rusly. But, apa yang aku suka tentang Elly ni part dia mengada2 dgn Fizz....hehehe...sgt manja tapi kena cium tgn boifren yg berbau tempoyak...padan muka!



Sgt menarik scene makan petai jering dan durian/ tempoyak...skrip Elly "petei..,petei.." jadi favourite anak2 aku mengusik ayahnya yang obses dgn petai tempoyak...but, now seisi keluarga aku dah makan tempoyak...cuma, petai jer dimonopoli ayahnya. So, back to the drama...selepas bertahun2 pun si ibu mertua & menantu still tak boleh menyesuaikan diri walaupun dah ada Aiman yg kebetulan sgt rapat dgn opahnya. Plot semakin menarik bila Marina kehilangan Asri yang kemalangan jalanraya selepas mengucapkan "i lap u" pada isterinya...uuhhh sedih time ni...Marina meraung2 sampai terjelepuk di lantai....seterusnya, konflik berlaku antara Marina & mak mertuanya bermula dari sekecik2 benda spt menu petai tempoyak, rokok daun, makanan segera, sehinggalah kemuncaknya bila peminat setia Marina si Azhar (Norman Hakim) menceroboh ke rumah dan ingin bermain cinta dgn Marina...apa lagi bila si ibu mertua tersekodeng...kantoilah Marina bila kena tuduh memacam plus maki hamun lagi dek Mak mertuanya....disebabkan tak tertahan mendengar tuduhan org tua tu...Marina pun antara sengaja dan tidak bagi itu mak mertua sedas lempangan (ehh...betul ke bahasa aku ni?)...hehehe..buleh ke dera mak mertua?...dosyaaaa u...

Lastly, happy ending dgn ibu mertua memohon maaf pada Marina yg disangkakan plastik dan kekwat...tapi, sebenarnya baik dan setia.....aku tak nangis pun tengok cerita ni sbb aku rasa lawak jer sepanjang cerita...anak2 pun enjoy sbb Elly yg dipanggil "bella" memang kegemaran dia org....




Yang pentingnya aku nak kongsikan kat sini...

1)hormati ibu mertua...sayang arr seikhlas hati mcm mak sendiri gak

2)tak kira arr apa pangkat@ jawatan...jgn eksyen ngan ibu mertua

3)hormati menu dan budaya keluarga mertua...tak makan pun senyum jer, jgn kutuk!

4)bagi jer husband korang bedal apa yg dia org nak kalau kat kg dia

5)jgn jealous dgn ibu mertua...dah laki kita anak dia, bagi can lah mak dia manja2

6)jgn ajar anak2 sebelahkan siapa2...opah/nenek/tok wan/awe...semua sama jer

7)bawakan hadiah atau ole2 utk bodek ibu mertua sekali sekala...utk kebaikan b'sama gak

8)belajar ngan ibu mertua resepi kegemaran laki kita

9)kalau husband korang puji masakan ibunya..iyakan saja sbb masakan ibu adalah tersedappp pada tekak anaknya...kita pun mcm tu gak kan...

10)u are very lucky if your hubby really appreciated his mother, means he is a good man indeed!




...dan aku sgt bertuah sbb ibu mertuaku "Hajah Sariah Kassim" amat baik orangnya, soft spoken, ramah tamah, tak garang, baik hati dan menerima aku seadanya sebagai menantu perempuannya yg banyak sgt kekurangan....."terima kasih mak ajar Siti (panggilan Kak Wawa di Pahang) masak gulai tempoyak..."
Arwah Apak & Mak yang ku kasihi


Terima kasih pada mak & apak yg telah melahirkan "insan yg ku sayangi"


Kak Wawa & Abg Mizul

1 comment:

Azman Hj. Ayup said...

Dah cerekarama plak...ingatkan cerita-cerita resipi kat TV ker..