Thursday, January 8, 2009

Selamat Tahun Baru ....

Selamat Tahun Baru Hijrah & Masehi kat semua yg baca blog aku ni...aku tau memang dah terlambat nak mengucapkannya pada semua, tapi itulah aku & masa...sentiasa tidak pernah cukup datang dan perginya....

Sebenarnya bermacam2 benda ada dalam kepala ni nak dimuatkan kat sini, tapi tuntutan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan seribu satu macam dugaan & cabaran membataskan aku untuk terus selalu bercanda di sini.


Disember 2008 meninggalkan banyak kenangan dalam diriku...22/12 wed.anvsry yg ke-7, gi jenjalan ke Lost world of Tambun, pi kenduri Niena, jumpa sahabat lama yg aku rindui...Anis, Zura, Diana, Pah, Kak Mas,persediaan anak masuk sekolah, dan macam2 benda yang ada antaranya dah terlupa dari memori ingatan ni....

Januari 2009, minggu pertama persekolahan...hidup aku jadi tak keruan...nanti aku citer panjang2 dalam edisi khas "kika & Min masuk sekolah"

dan pada semua...semoga tahun demi tahun yang silih berganti datang dan pergi akan lebih mengenalkan kita tentang jati diri serta untuk apa kita dijadikanNya. Semoga Allah memberkati hidup kita, InsyaAllah.

No comments: