Wednesday, August 8, 2012

Luahan Hati...Bertabahlah Duhai Hati

Kandungan ku dah hampir 8 bulan..nampak sarat ala kenderaan berat di highway...so far aku okay...Puasa pun masih penuh, Alhamdulillah semua kekuatan ini kurniaan Allah.

Sedara mara, sahabat handai dah mula bertanya satu soalan popular " Dah scan ke?..anak apa?..boy ke?"

Aku cukup risau nak balik beraya kali ini. Lebih-lebih lagi giliran di kampung mertua. Aku rasa berpuluh malah beratus kali nak kena jawab soalan keramat tu....setiap kali aku terpaksa menjawab, setiap kali itu juga ada tangisan jauh di sudut hati....betapa lemahnya aku kan...

...dan aku pasti ada hati dan harapan yang akan hancur kecewa bila tahu keputusannya...dan aku akan jadi seumpama "alien' di muka bumi kerana kes aku belum lagi ada dlm keluarga kedua2 belah pihak.

Anak aku kali ini adalah miracle baby...kurniaan Allah...datang tanpa ku duga...dan aku bersyukur dgn ketentuanNya. Alhamdulillah...

Buat suamiku....aku pohon maaf sekiranya aku gagal membahagiakanmu...dan gagal memberi kesempurnaan dalam hidupmu semenjak kita ditakdirkan sebagai suami isteri. Walau kau tak pernah melafazkannya..aku tau jauh di sudut hatimu kau ingin hidupmu lengkap seperti mana orang lain.

Buat keluarga kedua belah pihak...maaf aku harapkan....Inilah rezeki aku, bahagian untukku...Hikmahnya Allah saja yg tau...

Buat semua yang telah punya putera dan puteri..berbahagialah anda. Didiklah anugerah Allah dengan sebaik-baiknya.

Doakan aku tabah....aku redha dan pasrah. Syukur dan harap segalanya selamat.

Entry ini aku tulis dgn linangan air mata....ampunkan aku Ya Allah. ampunkan kelemahanku....

Selamat hari raya..maaf zahir batin.

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sabar dik... siapalah kita nak menentukan jantina bayi dlm kandungan kita.. bukankah itu semua urusan ALLAH s.w.t... mereka yg terlalu 'demand' itu umpama orang2 yg tak percaya akan qada' & qadar Allah... menurut kajian sains pula (walau akak tak begitu pandai) kebarangkalian utk mendapat anak lelaki adalah ditentukan oleh kromosom dari suami... kat bwh ni ada petikan dari satu artikel yg pernah akak baca....

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin

jadi pada pendapat akak.. tak wajar si isteri dipersalahkan dlm hal jantina anak2... dia hanya dipertanggungjawap utk mengandungkannya.. bukan penentu jantina.. & kita juga tak berhak nak salahkan suami kerana bukan dia yg boleh menentukan hal kejadian janin.. semuanya ketentuan Allah S.W.T.... bersabar ye dik...

Lynn said...

Salam kenal..

Allahuakbar...saya tak mampu berkata apa pun bile membaca luahan hati awak..saya tahu itulah dugaan yang paling berat untuk seorang yang bakal bergelar ibu..Saya doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada awak..kepada suami..kepada seluruh seisi keluarga..Sesungguhnya mata saya yang memandang terasa begitu berat..inikan pula awak yang menanggung..Semoga ada hikmah besar di sebalik semua ni...banyakkan membaca Al-Quran..kuasa Allah siapalah yg tahu..

MamaZYAShananie said...

kak Madiha:tq dgn kata2 semangat & info tu...sekurang2nya dpt mendamaikan hati sy yg syahdu ni.

Lynn: salam perkenalan...dan tq memahami keadaanku.