Thursday, January 27, 2011

Biarlah Episod yang Mendebarkan Itu Berlalu..Part II

Sambil menunggu Abg Mizul, aku nak cari benda nak dibaca....kat mini mart tu ramai orang beli Metro...aku pun macam kena pukau tarik Metro sama...sensasi lah katakan...Kepala aku kosong, masih teringat2 cerita pelik tapi benar yang berlaku tadi...masa aku tengah amek air mineral, pembantu kedai tu datang nak mendukung Adelle.."pinjam anak kak, buleh?..." Aku senyum, tak jawab apa2...aku cepat2 pergi kaunter nak bayar. " Kak, comel sangat...tengok mata dia...eee geram..." Aku jadi meluat pulak time ni..(nak anak, beranak sendirilah...entah apa yg aku geramkan pun aku tak tau...)


Aku cari tempat duduk dan sambil peluk Adelle aku baca Metro, berita muka depan "Ibu Tikam Bayi" ishhhh....malas rasanya nak baca...ni semua angkara orang sakit otak, lemah mental...aku dah prejudice, belum tau hujung pangkal, aku dah hempas metro tu ke bangku sebelah...

Lokasi 2

Abg Mizul sampai, kami ke Bilik X-Ray. Ramai sungguh orang kat sana...yang patah kaki tangan jangan cakaplah...almaklum hospital besar, benda2 macam ni memang pemandangan biasa. Kami duduk berdekatan dgn 2 perempuan India...sorang peneman, sorang lagi patah kaki. Perempuan tu agah Adelle...mintak pinjam nak peluk Adelle. Dengan berat hati aku terpaksa bagi, nanti kata sombong...risau aku orang nak angkat baby, kalau jatuh...sapa nak jawab?...aku tak fasal2 jadi trauma tak kena tempat. Adelle pulak lain macam hari ni...asyik tersenyum, happy dan bising mulutnya...tak lama lepas tu giliran Adelle sampai untuk di X-Ray (ini kali ketiga Adelle di X-Ray, 1st masa dia jatuh buai umur 3 bulan dulu....aku sajer tak citer benda ni, 2nd masa discover masalah sakit dia ni di Pantai...mau aku tak runsing...not so good utk dia sbb masih kecil sgt...pasrah jer lah nak buat mcm mana) Kami tak tengok pun report X-Ray yang baru dibuat ni sebab nak rebut masa kejar appointment kul 11.30 pg. Punya lah jauh nak pergi ke klinik kanak-kanak pulak di Blok B.

Lokasi 3

Sampai kat klinik ni, aku tengok suasana macam kat pasar borong...sesak, bising dan lantai comot sbb hujan hari tu...Nasib ada appointment, tu pun kena tunggu lagi bukan boleh masuk terus...Setiap Rabu, pakar akan turun..so, semua patient memang menunggu hari ni. Nurse amek berat dan tinggi Adelle...very poor, Adelle cuma naik tak sampai 400gram...berat Adelle cuma 6.5 kg, agak ringan untuk umurnya yang dah 7 bulan lebih. Hampa rasa hati sebab aku dah cuba feeding dia banyak bulan ni.


Nama Adelle dipanggil dan seorang doktor muda sudah menanti dalam bilik rawatan. Doktor baca fail Adelle nak minta aku baringkan dia. Dia mula dengar dengan stethoscope...masa ni aku dah mula cuak...harap2 tak ada lah murmur sound tu..."Mcm mana doc?" aku macam tak sabar2 nak tau....doktor muda tu namanya W*t* aku nampak namanya terpampang pada uniform putih dia yg lusuh mcm tak bergosok. "mmmm...I can hear the sound," dia pandang muka aku....Aku rasa masa tu macam dipanah halilintar...tergamam aku...."Are u sure doc?" "Yes, I'm sure....I can hear the murmur" tiba2 handphone doctor tu ringing...dia belek phone dia. Aku toleh pada Abg Mizul yang duduk di kerusi...muka Abg Mizul berubah....siapa berada kat tempat kami masa tu akan tau gelora yang kami rasa...Ya Allah, tabahkan hati hambaMu..." Kenapa sebelum ni tak dapat detect doc, last month doktor kat sini kata tak perlu risau..." "Tu sebab dia suruh dtg sebulan lagi, nak confirmkan semula kak...tu yang kena X-Ray sekali lagi.. Akak tengok size heart dia masih besar...sama mcm yg akak buat first time di Pantai dulu" Masa tu macam2 benda yang aku fikir, rasa menyesal menyelinap dalam hati aku...kenapalah aku tak ke Ampang dulu? kenapa? kenapa? kenapa????????


"Kak, ikut saya kita buat ECG dan nanti boleh scan guna echo" kata doktor tu confident giler. Aku peluk Adelle, kepala aku kosong...Abg Mizul diam...kami ikut doktor tu ke bilik sebelah. Nurse kat situ dah bersedia dengan syringe size besar gedabak...masa tu aku rasa pipi aku basah dan panas, aku pantas menyapu ...turun lagi dan lagi...dan sama lebat dengan hujan di luar sana. "Kak, kami kena bagi baby ubat tidur sbb nak buat ECG...ada banyak wayar nak pasang, takut baby tak duduk diam, susah nak check..." kata nurse tu macma tak sabar2 nak bagi Adelle makan. Almaklum, patient kat luar berderet2...dia orang semua nak cepat jer. Hati aku macam tak rela, masih macam tak percaya. "Macam mana ni bang?..." Abg Mizul macam pasrah. Nurse suap ubat di mulut Adelle, ...telan sikit jer tak sampai 1 ml...tu pun Adelle luahkan semula. Tiba2 masuk 2 0rang doktor, seorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Nurse tu kemudian ke tepi, tak jadi sambung bagi ubat. Umur dia orang nampak tua sikit dari doktor first tu...."Are u specialist here.." "nope, I'm M.O" jawab doktor lelaki yang berwajah tenang tu...bersih raut wajahnya. Aku terus cakap tak henti2 dengan air mata yang turun tak putus...aku cerita dari A-Z...aku tanya adakah amek masa satu bulan murmur tu nak develop...kenapa pakar di Pantai sebelum ni tak dapat kesan, tapi di sini kata ada (refer pada 1st doc yg muda lawa tu..) Doctor berdua tu angguk2 dan cakap dia orang pula akan check...mmg lama dia orang check...tanya macam2. Minta rekod lahir, buku rawatan, tanya makan minum..semuanya aku cerita. Hati aku sayu...sebak...gundah gulana, memandang Adelle lagilah buat aku tak tentu arah...Air mata masih mahu turun, ikut sama dgn hati yang tak tenteram ni...


...Bersambung.....

No comments: