Monday, January 11, 2010

Mengidam Sate Pagi & Mee Bandung Muo

Aku tak tau entah kenapa, kali ni selera aku cukup tinggi...nak makan itu, nak makan ini...dan setakat ni tekak aku meminta2 benda yg aku dah biasa makan dari kecik2 dulu. Sebagai anak jati Muo aku memang berselera dgn menu tempatan yg dah sebati dengan jiwa ragaku... chewahhh!


Bandar Muo yg sgt klasik dan nostalgik dalam hidupku....masa thn 70-an dulu dpt ke sini dah rasa mcm dpt ke KL gitu....iyalah budak kg hingusan!

Kat Muo sate boleh dimakan bila2 masa jer...bermula seawal pagi2 buta lagi dah boleh menjamah sate...sebut aje nak jenis apa, ayam, daging, kambing, perut, paru, hati...macam2 ada! Pergi sajer ke Bandar Maharani seawal pukul 7.00 pagi dah bertebaran aroma keharuman sate membuka selera sesiapa jer yg lalu kat situ. Mana taknya Hospital Muo tu sesak sokmo...pagi2 lagi dah hadap sate...lawak kg jer!
Di satu pagi yang hening masa cuti sekolah bln 12 hari tuh, aku anak beranak bersama mak dan Kak Ena anak beranak gi bandar nak makan sate puas2. Kebetulan masa tu cuti Awal Muharam, maka begitu ramai orang2 Muo yang bersesak2 memenuhkan kedai makan/kopitiam yang menjual sate. Jangan terkejut kalau ke Muo sebab kebanyakan kedai makan milik tauke Cina tapi makanan disediakan peniaga Melayu. Tauke Cina amek tender jual air....sapa2 yg tak biasa tentu tak lalu nak minum, tapi di Muo perkara ni dah jadi budaya...biasanya apek atau nyonya yang menjual air ni dah biasa dengan pantang larang dan resam orang tempatan. Kebanyakan Cina yg bisnes air ni dari keturunan Hailam yg mementingkan kebersihan dan pelopor kopitiam sekitar daerah Muo. So, berbalik cerita sate pagi....kami gi kedai berdekatan Bus Stand Batu Pahat (nama jer B.P tu...sbb ada bas2 dan teksi ke B.P) di tengah2 bandar Muo. Kedai sate ni memang top sejak aku kecik2 lagi sampailah dah tak berapa muda ni...masa hari tu, kerusi meja semua penuh, yang tapau pun ramai beratur. Kita orang terpaksa menunggu lebih sejam gara2 nak memenuhi selera mak buyung yg mengidam sate pagi ni....bukan tu jer, apam balik kecik berinti kacang merah pun aku beli....sedap rasanya, lembut manis dengan filling kacang merah yang banyak.

Kak Ena sempat sengeh depan kedai


Mahap ler bang....yg nak difokuskan apam balik kecik berinti kacang merah tu.....

ni lah dia kedai sate pagi yg femes emes tu...Org Muo panggil kedai sate belakang Toko Manap


Percaya tak aku kata kita orang order sate 130 cucuk....ni baru betul melantak mentekedarah...80 cucuk nak makan dan 50 cucuk nak tapau bawak balik. Harga sangat murah, cuma 40 sen secucuk.


Apa yang menarik fasal sate Muo ni?...bagi aku lah ni faktanya:
1) rasa daging/ ayamnya tak begitu berempah mcm sate kajang...sedang2 tapi cukup rasa & rempah ratusnya.
2)saiz sederhana...so, ngap dan ngap tak rasa cepat muak.
3)Kuah kacang yg ...mmmmm....syedappp mak jamin tau!
4)Murah...sbb harga antara 40 sen ke 50 sen jer...
5)variasi...ada orang suka sate perut (babat), paru dan hati.

disebabkan kedai penuh, kami teruskan projek membaham sate ni dgn menapau sate2 yg banyak tu ke Tanjung Emas...penuh satu kereta bau sate...aduhai lapar perut time tu. Tanjung ni satu2nya tempat rekreasi kat Muo yang amat digemari oleh warganegaranya. Kedudukan Tanjung kat pesisiran sungai Muo memang cantik dan mendamaikan. Kat situ ada banyak taman permainan kanak2, so...bebudak tu semua melompat2 lah bermain sambil makan sate. Bagi kita org yg dewasa ni apa lagi....cekik jer ler apa yg ada kat depan mata! 80 cucuk langsai mcm tu jer...nasiblah 50 cucuk lagi tu nak rasakan org yg kat rumah....kalau tak, harus tersimpan dlm perut peserta rombongan skuad pembaham sate pagi...hehehe.


Picnic yg tak dirancang...picnic cowboy aje lah...no pinggan mangkuk segala!


Cerita bab makanan kat Muo ni....pada minggu yg lain, aku anak beranak bersama Kak Ena gi makan kat Kedai Mee Bandung yg fofular di Bandar Muo....mana lagi kalau tak ke Kedai Wah San aka Kedai Pak Abu. Memang sedap rasa mee bandungnya...sgt original dengan rasa udang kering yg wangi dan menyelerakan. Kat situ pun ada sate, soto (yg ni tak memenuhi selera aku), lontong, nasi goreng, mee goreng dan entah apa2 lagi menu sarapan pagi yg nampak sedap. Kedai ni ramai org2 ternama yg dah dtg makan...aku nampak gambor menteri2 kabinet, menteri2 besor, orang2 ternama dan terkenal. Paling aku suka gambor Pak Abu dgn Chef Wan...cantekkk gitu Cik Jah oiiii...


Kesan dari projek ngidam dan makan2 ni...berat aku naik 800 gram masa check-up hari tu....berbaloi-baloi!


*ada problem nak upload lebih banyak gambor...so, coming soon gambor mee bandung muo akan mengorek2 biji mata anda.





1 comment:

www.fhaslinda.blogspot.com said...

ngidam sokmo skang ni ek.......tk ngandung pun ngidam.....tgh ngandung lagi ler ngidam.......heheheheh tk kisah ler janji sihat hati senang.