Wednesday, July 8, 2009

Salah Ke Jadi Pendiam?

Bila Zureen menulis tentang anaknya yang pendiam di sekolah, aku pun turut rasa terpanggil nak bincang soal sikap anak-anak. Topiknya agak sama sebab Kika tergolong dalam kategori 'pendiam ekstrim' bila di sekolah. Anak aku ni bukanlah anti sosial, tetapi dia seperti mencari ruang untuk dirinya sendiri. Apa yang aku nampak, dari kecil lagi dia agak memilih untuk berkawan dengan sepupu sepapatnya...kebiasaannya Kika akan mengelak untuk berkawan atau rapat dengan mereka yang dominan atau ala2 Kak Nam kata org Muor dan Melaka. "Kak Nam" tu istilah untuk budak kepoh, aktif dan mengangkat diri sendiri sebagai ketua di kalangan dia orang. Kika prefer kanak-kanak yang boleh berkawan dan menerima dia seadanya dan tidak jugak mengarah itu ini dalam berkawan dan bermain. Nature Kika yang tak banyak cakap jugak diwarisi 100% daripada Mizul suamiku yang memang berat mulut kalau tak ada apa-apa yang nak dicakapkan. Berbanding aku yang kepoh tak berhenti menyembang, Min pulak akan selesa bergaul dengan kawan sebaya tapi amat pemalu dengan orang dewasa spt cikgu2 dan makcik pakcik yang dia tak biasa.

So, aku rasa fenomena kanak2 kategori pendiam ni mesti ada kena mengena dgn faktor genetik dan pembinaan peribadi dan personaliti yang tak boleh dipaksa-paksa. Satu lagi faktor utama yang aku rasa Kika hadapi ialah keyakinan diri yang ada kalanya amat tinggi untuk certain perkara dan amat rendah untuk certain perkarayang lain. Sebagai contoh, Kika dari mula sekolah tidak gemar terikat dengan kawan-kawan untuk pergi ke mana-mana. Masa hari orientasi darjah satu lagi dia dah pergi ke tandas sendiri...aku nak teman pun dia tak mau. Minggu pertama sekolah dulu papanya cuti seminggu bimbangkan dia, tapi dia okay saja ke kantin, tandas, book shop dan kemana-mana secara solo....lone ranger betul anak aku yg satu ni! Bila cikgu suruh beratur nak keluar kelas, orang lain berebut-rebut cari pasangan...dia relax jer berdiri sengsorang sampailah nanti akhirnya ada budak terakhir yang tak ada kawan akan digandingkan dgn dia....very pity my daughter....jangan tak tau masa hari pertama sekolah aku yang kenalkan dia dengan kawan-kawan...siap pesan dengan budak tu " adik nanti kawan dengan anak makcik ya...nama dia Kika" Bila aku tanya beberapa hari lepas tu, dia kata dia tak kawan dengan sesiapa pun...so, apa jadi dgn kawan2 yg mama introduce tu?...dia geleng kepala jer....hangin betul aku sebab memang dia yang matikan diri tak pandai nak berkawan! Kadang tu dia merungut mengadu orang tak nak kawan dia...padahal dia sendiri yang duduk diam, siapalah yang nak layan...aduhaiii.

Bila dah beberapa bulan sekolah, aku tanya lagi tentang kawan-kawan dia...Kika kata dia tak suka kawan dgn orang kaya...why? tak sukalah! jawab dia sungguh2...Kika kan orang poor, tak sukalah dengan orang kaya ni....aku terfikir jugak kenapa dia cakap macam tu..memanglah keabanyakan student kat sekolah tu anak orang berada (sekolah anak aku ni one of the top school in Malacca dan ramai anak orang berpangkat dlm negeri Melaka yang join sini) Rupa-rupanya ada beberapa budak perempuan dalam kelasnya yang suka buli budak2 pendiam macam dia ni...siap mintak duit lagi, pastu tak boleh kawan kalau tak pro group dia orang, atau pun jangan pergi area kerusi meja group dia orang...paling melampau Kika tak boleh toleh belakang ke arah budak2 ni...nanti ayah dia org yg inspektor polis tu akan tangkap bawak ke balai....bila aku dengor hangin betul rasanya....so, Kika doesn't matter if u don't want to make friend with them...they are rubbish! aku dah hanginnnn satu badan.....

Bila dapat kertas ujian dan exam kebanyakan budak2 nakal ni dapat 60-80% saja...so, Kika dengan beraninya pulangkan paku buah keras semula..."itulah awak, suka buli kita...tu yg markah awak 60 saja...saya dapat 96 " hehehe...rasakan tamparan wanita! sukanya aku bila Kika boleh protect diri dia...bila orang mintak duit pun dia tak pernah bagi..."seposen pun tak boleh, mama kita kata" Alhamdulillah , anak ku ni memang tak pernah ambil barang ornag atau tinggalkan barang kat sekolah, dia akan take a good care of her stuff...cuma, eraser dia jer kadang2 hilang sebab ada yg nakal ambil bila dia keluar gi toilet...kesian dia.

Kika suka luahkan perasaan pada notebook dia..kadang2 waktu aku kemaskan buku2 dia aku suka baca apa yg dia tulis....Kika selalu tulis yang dia nak belajar pandai-pandai dan dia syukur sebab mama selalu tolong ajar dia, ada jugak dia luahkan perasaan rindu pada arwah atok Pahang nya yang dah pergi...kasih sayang dia pada mama dan papa....tapi, dia tak pernah merungut fasal kawan-kawan nakal dia tu....hati budak kan, bukannya pandai berdengki....

Bagi Min pulak, dia memang ada kawan rapat. Dia mudah berkawan, dan memang pergi ke mana-mana pun ramai yang minat nak berkawan dgn dia...Min kan chubby dan suka senyum...so, personality dia lebih menarik berbanding Kika. Memang pe'el dia orang berdua ni tersangat kontra...tapi, ada persamaan yang aku tengok...sekarang ni Min pun minat belajar tanpa disuruh2...bila Kika buat homework...dia pun sama membaca buku2 dia atau buku2 Kika...Min beritahu dia dah baca Peter and Jane level 5a...budak2 lain belum lagi...amboiiii, si genit ni dah semakin minat belajar! Alhamdulillah.

So, any parents yang ada masalah anak2 pendiam macam aku ni....layan jer...selagi dia okay dalam study dan tak timbulkan masalah2 besar....layannnn...zasssss

1 comment:

Plain said...

pendiam is not a problem. lagi2 bila dia tak kesah org tak kesah dgn dia. so just ur daughter being herself comfortably. bila dia comfort, ramai akan mula dekati dia.:)