Kandungan ku dah hampir 8 bulan..nampak sarat ala kenderaan berat di highway...so far aku okay...Puasa pun masih penuh, Alhamdulillah semua kekuatan ini kurniaan Allah.
Sedara mara, sahabat handai dah mula bertanya satu soalan popular " Dah scan ke?..anak apa?..boy ke?"
Aku cukup risau nak balik beraya kali ini. Lebih-lebih lagi giliran di kampung mertua. Aku rasa berpuluh malah beratus kali nak kena jawab soalan keramat tu....setiap kali aku terpaksa menjawab, setiap kali itu juga ada tangisan jauh di sudut hati....betapa lemahnya aku kan...
...dan aku pasti ada hati dan harapan yang akan hancur kecewa bila tahu keputusannya...dan aku akan jadi seumpama "alien' di muka bumi kerana kes aku belum lagi ada dlm keluarga kedua2 belah pihak.
Anak aku kali ini adalah miracle baby...kurniaan Allah...datang tanpa ku duga...dan aku bersyukur dgn ketentuanNya. Alhamdulillah...
Buat suamiku....aku pohon maaf sekiranya aku gagal membahagiakanmu...dan gagal memberi kesempurnaan dalam hidupmu semenjak kita ditakdirkan sebagai suami isteri. Walau kau tak pernah melafazkannya..aku tau jauh di sudut hatimu kau ingin hidupmu lengkap seperti mana orang lain.
Buat keluarga kedua belah pihak...maaf aku harapkan....Inilah rezeki aku, bahagian untukku...Hikmahnya Allah saja yg tau...
Buat semua yang telah punya putera dan puteri..berbahagialah anda. Didiklah anugerah Allah dengan sebaik-baiknya.
Doakan aku tabah....aku redha dan pasrah. Syukur dan harap segalanya selamat.
Entry ini aku tulis dgn linangan air mata....ampunkan aku Ya Allah. ampunkan kelemahanku....
Selamat hari raya..maaf zahir batin.