Cuti sekolah dah nak bermula...maka sinonimnya musim cuti sekolah ni ramai lah teruna dara yang menamatkan zaman bujang masing2. Aku baru jer balik mlm tadi dari Pahang. Penat sungguh rasa badan, memang macam tak larat nak bangun subuh pagi tadi...tapi, kuatkan jugak semangat sbb kalau terlambat sikit nanti boleh merah punch card!
Jumaat lepas, habis jer waktu pejabat dah berkejar balik Raub...pastu pagi2 Sabtu tu dah kelam kabut bersiap sbb nak tengok anak buah m.zul bernikah. Anak sulung Kak Ngah ni Jijol namanya dan nak nikoh dgn Cikgu Fatima orang Felda Jengka 23. Sama cantik sama lawa....akhirnya dapat gak Kak Ngah & Abg Ngah menantu sulung...Tahniah!
Pagi Sabtu tu sebenarnya teramatlah mencabar; iron baju, mandikan anak2...dah tu budak meragam tak nak bangun sbb tak cukup tidur....gerammmm. M.zul bawak kereta dah mcm schumaker, manjang 160km/j. Kecut perut aku, sampai tergolek2 Min & Kika kat belakang....pulak tu aku kena suapkan anak2 breakfast meal kat dalam kereta...habis bertabur2. Ini pengalaman pertama ke Jengka, memang tak nampak benda lain, semua pokok kelapa sawit sbb ikut Highway Karak/Pantai Timur exit kat Chenor. Pastu boleh pulak terlajak2 ke Felda Jengka 20...patah balik semula sbb kena ikut simpang kat Jengka 18. Bila sampai kat tempat dituju, semua orang dah bersiap2 nak menghantar mempelai nikah kat rumah Cikgu Fatima. Kira kita org ni just on time lah...kalau tak malu beb nak datang dah terlambat!
Jijol hensem pagi tu dgn baju Melayu hijau lembut, samping songket kotak2 hitam & gold, songkok siap berbrooch tergantung2...dah mcm brooch aku pulak! Kasi can lah pengantin baru nak melawa......Abang Ngah tak ubah dressing mcm YB dgn baju batik kaler kelabu...hensem mcm Jijol gak (saling tak tumpah rupa depa berdua ni)...dan Kak Ngah yang putih melepak begitu anggun ayu gitu dgn baju kurung jingga kemerahan...almaklum hari bahagia anak sulung, sapa tak bahagia wehhh...ramai sungguh rombongan pengantin lelaki ni...nasib baik rumah Fatima besar dan luas, so tak jadi masalah lah menerima kedatangan sedara mara Jijol yang berpuluh2 org tu!
Bila acara akad nikah selesai dgn jayanya, tibalah istiadat bersalam2an dgn keluarga terdekat. Sedih pulak bila tengok ayah Fatima, Pakcik Ismail sedang sakit dan tak dapat menyaksikan dgn mata sendiri istiadat nikah anak kesayangannya.Fatima & Jijol sebak dan menitiskan air mata kala bersalaman dgn mak & ayahnya. Salam takziah untuk Fatima seisi keluarga kerana ayahnya sakit pada hari nikah tu sbb sesak nafas selain penyakit sedia ada yg ditanggung ayahnya selama ini. Suasana agak kelam kabut sbb ambulans dtg ke rumah untuk bawa pakcik Ismail ke Hospital.
Majlis sanding betul2 masa matahari memancar tegak atas kepala...berpeluh2 si Jijol masa berarak ke rumah Fatima. Brown & Gold tema majlis kahwin ni, dan memang lawa sungguh pelamin, bilik tidur dan meja makan budak2 berdua ni...Hantaran pun cantik2 dan hadiah barang kemasnya bikin mata mak terbeliak you....mau bocor poket si Jijol, hehehehe....
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AZIZUL & FATIMA, serta tak ketinggalan buat kakak ku Acik (Noriani & Shukri , Mei '08), anak buah ku Noor (NoorMarsita & Mohd Yusof, July '08), serta bakal pengantin pada Disember nanti anak buah m.zul, Ongah (Azmarina & tunangya). Semoga berbahagia ke akhir hayat, Insyaallah.

Mohon Restu Dari Bonda
Kak Ngah Maintain Ayu Gitu
Jijol & Ayahanda
Sama Cantik, Sama Padan
Senyuman Bahagia
Raja Sehari Bersantap
No comments:
Post a Comment