Monday, May 30, 2011

Ayahku Yang Ku Kenali...

Mak memanggilnya, "ayah kau" "ngah" " (tak panggil apa-apa...terus cakap jer)"
Ayah memanggil mak, " mak kau" " (tak panggil apa-apa...terus cakap jer)" "ti" (nama mak : Siti)
Mak guna ganti nama, " Aji" bila cakap dengan ayah.
Ayah guna ganti nama, " Aku" bila cakap dengan mak.

Inilah kasih mereka berdua, kasih yang bersimpul mati dari mula hingga berpisah dengan pemergian ayah ke Rahmatullah. Jodoh mereka berdua panjang, dikurniakan 10 orang anak, 4 lelaki dan 6 perempuan. Sayangnya abang sulung kami meninggal ketika baru dilahirkan...tinggallah kami 9 beradik...rumahtangga mereka penuh suka duka, ada rajuk, ada gurauan, ada usikan, ada gaduh-gaduh sayang, ada masa gunung meletup...itulah mak ayah yang kami kenali. Tapi, ketika bulan dan minggu2 terakhir ayah, hubungan kekasih 2 sejoli ni rapat...baik...rukun...buktinya di saat akhir ayah memanggil mak ke laman. Inilah kenangan terakhir mak bersama cinta hatinya.

Kami anak menantu memanggilnya "ayah"

Cucu-cucu kandung yg 19 orang memanggilnya "atok" "tok ayah" "atok muar/atok hj Jamal (anak-anak ku)" Ayah dan mak ada 7 orang cucu tiri. Meriah rumah kami.

Orang kampung dan sedara mara memanggilnya "Pak Ngah Jamal"/ "Atok Jamal"

Ayah orangnya amat tegas, putih adalah putih, hitam adalah hitam, tak ada kelabu atau adjust2. Perawakannya sederhana, wajah serius dan nampak garang. Dengan orang ayah suka berlawak, ayah mudah tolak ansur...dengan kami ayah amat tegas dalam mendidik...ayah mahu anak-anak hormat dan patuh dengan ayah. Personaliti mak dan ayah amat berbeza...tapi ada masa ayah akan manjakan kami....biasanya ayah akan memanggil "nong" kepada anak2 dan cucu2 kalau ketika itu dia berlembut dan bermanja dengan kami. Bila ayah sesekali memanggil "nong" kepada aku atau anak-anakku ...aku tau ketika itu kasih sayangnya melimpah ruah buat kami.

Ayah memang kepala rumahtangga yang sebenar. Dia ketua keluarga, mencari makan pagi dan petang buat kami. Ketika muda, mak turut sama membanting tulang membantu ayah mencari rezeki...menggunakan tulang empat kerat selain doa dan pengharapan utk menyuap mulut 9 orang anak-anaknya . Itulah yang membuat kami anak-anak amat menyanjung mak dan ayah yang telah banyak berkorban sehingga kami anak-anak masing2 ada kehidupan sendiri.

Ayah orangnya tidak boros, suka beringat, pandai menabung dan menyimpan. Ayah juga memang pemurah sifatnya, tidak lokek dan sangat-sangat berprinsip lebih-lebih lagi jika melibatkan wang atau hak orang lain. Ayah suka membantu mereka yang memerlukan tanpa banyak soal, tanpa apa-apa cagaran, tanpa perlu jaminan mereka itu perlu ganti semula atau tidak. Ayah selalu berpesan jangan mengambil hak orang lain walaupun satu sen...kalau kita tak ada tak perlu cemburukan mereka yang ada dan lebih murah rezekinya. Sifat kental ayah ini yang paling aku respek...ayah memang banyak pegang amanah ketika hayatnya...sahabat dan kawan tidak kira Melayu atau Cina memang tahu ayah amat kuat berpegang janji..ayah amat amanah, jujur dalam memikul pesanan dan tanggungjawab. Inilah yang menyebabkan ayah ramai teman dan sahabat sejati yang amat setia dengannya. Kehilangan ayah amat dirasai oleh ramai kenalannya. 5 hari aku ada di kampung selepas pemergiannya, rumah kami tidak putus2 dikunjungi tetamu jauh dan dekat...yang bertahun2 tidak bertemu pun ada datang berziarah dan turut sama berkongsi kehilangan.

Ayah amat menjaga soal solat. Ayah menjaga masa. Kalau sudah janji masa tertentu...ayah pantang lambat, ayah tak suka berurusan dengan orang yang cuai soal masa. Tak ada istilah "janji Melayu" dalam kamus hidup ayah. Ayah ada rutin yang tetap, bangun awal pagi, solat tahajud dan melakukan yang sunat sebelum sampai waktu...setiap hari, tak kira sihat atau demam..kecuali ketika ayah masuk wad tahun 2007 dulu...ayah terlantar dikatil dengan segala tiub dan tidak berdaya.Dari kecil sehinggalah sebelum pemergiannya ayah memang suka menghidupkan malam dan kami akan terjaga mendengar suaranya di ruang sembahyang dengan zikrullah dan ayat suci. pagi pertama tanpa ayah..kami diselubungi rasa sayu....subuh itu berlainan benar tanpa ayah. Ayah mengamalkan solat berjamaah setiap waktu di rumah. Bermula dari Subuh hingga Maghrib..waktu Isyak ayah akan solat di surau atau masjid...masa ini ayah kata utk masyarakat. Masa lain untuk mendidik keluarga. Aku sanjung sifat ayah.

Ayah suka makan daging, dan tidak suka makan ayam. Ayah amat suka semua jenis ikan, tak kira ikan laut atau ikan sungai, hidupan laut terutama udang amat ayah gemari. Alhamdulillah ayah tidak ada penyakit2 disebabkan pemakanannya. Ayah suka masin, tapi ayah tak ada darah tinggi. Ayah hanya pengidap asthma...asthma tegar...dan bila semakin tua ayah mengidap asthma kronik. Sakit ini sakit keturunan...Arwah Pak Su pun sama...pergi mengejut macam ayah juga. Anak-anakku turut mempunyai sakit yang sama. Tahun 2007, bulan 6 ayah duduk wad 12 hari kerana colon cancer...tapi ayah tidak sakit lama, ada simptom terus buat pembedahan dan selepas sebulan ayah sihat macam biasa. Doktor tak mau ayah buat chemo atau apa-apa rawatan dan ubat-ubatan sebab semua polyps dan tumor dah tak ada. Doktor meramalkan jangka hayat ayah 3-5 tahun lagi ketika itu untuk pergi secara natural. Doktor Ravi Kumar dari Pantai tidak meramalkan sel kanser ayah hidup semula...."make him happy...give whatever he wants, makan tak payah pantang2...kasi hentam apa saja Haji mau" masih terngiang-ngiang pesan surgeon yang merawat ayah. Tak ada sesiapa beritahu ayah sakitnya itu kanser, doktor cakap ayah ada ketumbuhan...doktor dan kami semua tak mau ayah risau. Alhamdulillah ayah pergi bukan kerana sel kanser aktif kembali.

Ayah meninggalkan amanah yang kami wajib jaga dengan sebaik-baiknya. Ayah meninggalkan mak, isteri yang dikasihi. Kami anak-anak akan berusaha menjaga mak sedaya yang mungkin. Ini saja insan keramat yang masih ada. Walaupun kini kami kehilangan ayah, kami masih ada mak untuk bermanja dan mengadu...mak lembut dan penyayang...mak memerlukan sokongan kami...mak sudah merasai 2 kehilangan besar dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Kehilangan pertama anak keempatnya iaitu andak pada 2010 dan kini ayah pula....apa saja yang ayah tinggalkan akan kami jaga dan usahakan. Paling sedih ayah meninggalkan usahanya yang terkahir iaitu kebun sawit yang baru diusahakannya pada tahun 2007 yang kini telah membuahkan hasil...inilah peninggalan ayah untuk nafkah mak. Ayah memang the real survivor, masih kuat dan punya kudrat, masih segak dan usahanya bukan seperti orang berumur 80 tahun...rajin bekerja walaupun telah berusia, tak mau duduk diam....dan minggu2 terakhirnya ayah sibuk menanam pokok pisang dan tanaman lain utk ditinggalkan...Ayah seperti tahu dia akan meninggalkan kami...Ayah hero kami, semangatnya tinggal untuk kami...tak pernah patah semangat berjuang dalam hidup.

Ayah, semangat dan jiwa ayah masih ada bersama kami....semoga ayah berbahagia di sana...

* Nukilan ini buat anak cucu ayah mengenang dan mengenalinya....AL-FATIHAH.

Pulangnya Ayahanda Tercinta ke Rahmatullah...25/5/2011 (Part 3)

25/5/2011

Sampai di rumah lebih kurang pukul 10.15 pagi....di halaman sesak dengan kenderaan adik beradik dan sedara mara. Semasa aku baru melangkah 2-3 tapak sambil mendukung Adelle, kaki aku lembik dan rasa macam nak tergolek terlanggar batu...rupanya fokus aku hanya pada mayat ayah yang diletakkan di beranda rumah. Mujur aku tak jatuh masa tu. Air mata sudah tak henti menitis....aku beri salam pada jasad ayah tetapi masih tak berdaya untuk menyelak kain putih yang menutup wajahnya. Aku ingin berjumpa dengan mak dulu, masuk ke dalam aku dah tak hiraukan tetamu yg semakin ramai...aku ke bilik mak, mak sedang mencari barang untuk disedekahkan pada orang yang menguruskan mayat. Aku peluk mak erat2...tak ada perkataan yang keluar dari mulut mak...cuma air matanya yang menerangkan segala-galanya.

Selesai berwuduk, aku pergi semula ke mayat ayah. Ada 3 orang lelaki jiran tetangga kami yang sedang membacakan Yassin di sisi ayah. Aku memanggil anak2 untuk menatap wajah ayah. Bila ku selak kain putih, apa yang aku nampak adalah wajah ayah yang amat tenang seolah sedang tidur...kulit ayah yang asalnya hitam manis, kelihatan kekuningan sama seperti wajah arwah Andak dahulu. Alhamdulillah....Ku kucup dahi dan pipi ayah...ada damai di situ bila kami bersentuhan. "Ayah, Adik mohon ampun maaf atas segala dosa-dosa yang Adik lakukan, halalkan makan minum Adik sejak Adik dilahirkan sehinggalah hari ini, Adik mohon ampun tak dapat pulang hari itu..." suara ku terputus2 dan lafaz itu ada yang terluah dan ada yang kusebut dalam hati. Terasa sangat syahdu dan macam tak percaya jasad ayah yang terbaring itu sudah tidak bernyawa lagi. Anak-anakku yang menangis teresak2 silih berganti mengucup atuknya. Kika dan Min memang rapat dengan atuk sejak mereka lahir lagi. Aku segera membaca Yassin tanpa menghiraukan orang sekeliling...entah bila Mizul mengambil Adelle dari ribaanku pun aku tak sedar. Aku ingin membaca Yassin sebanyak yang mungkin sebelum ayahku dikebumikan. Adik beradik ipar duai serta sedara terdekat silih berganti membaca yassin di sekeliling ayah. Jemaah masjid dan jiran tetangga terdiri dari kumpulan lelaki dan kaum ibu membuat tahlil untuk ayah kemudiannya. Ramai yang datang menziarahi ayah sebab ayah di antara orang tua yang panjang usia di kampungku. Ramai kawan dan jiran yang seusia ayah sudah lama pergi dulu sebelum ayah.

Ayah dimandikan oleh 3 orang jiran yang bertugas menyempurnakan mayat dan dibantu oleh abangku Etam, Acik Syukri dan suamiku Mizul. Sedih sebab Uda anak lelaki sulung ayah masih belum sampai. Andak pula sudah terlebih dahulu bertemu Allah. Alhamdulillah jasad ayahku bersih tanpa najis walaupun arwah meninggal mengejut dan baru pulang dari minum pagi di kedai. Selesai mandi ayah dikafankan. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Cuma sedikit risau menanti keluarga Angah dan Uda yang masih belum sampai dari JB. Mayat tidak boleh disimpan lama dan perlu segera dikebumikan dan aku tahu Uda dan Angah telah usahakan yang terbaik. Semoga mereka sempat sampai nanti...

Sebelum ayah disembahyangkan, Imam memanggil kami sekeluarga mengucup ayah buat kali terakhir...saat ini memang pilu bila seorang demi seorang mengucup ayah. Mak mendoakan ayah selamat pergi...mohon ayah redhakan mak sepanjang menjadi suami isteri. Uda dan Angah masih belum sampai....jemaah solat jenazah sudah mengambil tempat. Ayah selamat disembahyangkan. Etam berbincang dengan jawatankuasa pengurusan mayat untuk memberi sedikit masa lagi selepas solat jenazah selesai utk memberi peluang pada anak cucu yang belum sampai. Akhirnya imam mencadangkan agar ayah dikebumikan sejurus selepas solat zuhur di Masjid. Semasa kami adik beradik membaca Yassin, Uda pun sampai dan 15 minit kemudian Angah pula sampai. Alhamdulillah...

Selesai solat Zuhur di masjid ayah sekali lagi disembahyangkan oleh jemaah yang hadir. Kami sama-sama memohon doa agar segala urusan ayah dipermudahkan. Aku solat jenazah sambil mendukung Adelle sebab dia meragam tak boleh tinggal dengan sedara mara di rumah. Selesai solat ayah dikebumikan. Aku tak pergi ke kubur sebab keadaan tidak sesuai dengan Adelle yang masih kecil. Kawasan perkuburan amat dekat dengan masjid dan boleh terdengar sayup-sayup talkin dibaca. Setelah selesai pengkebumian dan jemaah beredar, tinggal kami anak beranak dan sedara terdekat menyiram air yassin dan menabur bunga. Waktu itu baru aku dapat ke kubur ayah sebab Adelle dah diserahkan pada Mizul. Aku lihat Angah amat sedih, ku peluk Angah...tiba-tiba Angah rebah, pengsan dalam dakapanku. Angah diusung ke masjid, air mata aku sekali lagi tumpah ketika menolong mengangkat Angah...ini kali kedua Angah pengsan kerana kali pertama dia pengsan di tempat kerja ketika mendapat berita pagi tadi. Angah memang anak ayah...iya anak perempuan yang paling baik budi dengan ayah...kalau Angah balik, ayah akan sembang macam2 dengan Angah, dan Angah akan masak macam2 utk ayah...Jalinan kasih ayah dan anak perempuannya yang seorang ini amat utuh. Hati siapa yang tidak luluh melihat kejadian ini...Sabarlah Angah, ayah pergi bertemu penciptaNya.

Allah telah makbulkan doa ayah untuk pergi tanpa menyusahkan sesiapa...tak menyusahkan anak dan isteri malah tiada tanda -tanda langsung ayah akan diserang asthma yang sebati dengannya pagi itu. Memang ayah pernah berdoa kalau ayah pergi nanti biarlah dengan sakit asthmanya bukan dengan penyakit lain yang ayah tidak biasa. Acik ke sekolah macam biasa, ayah keluar minum pagi macam biasa. pulang dari minum ayah memanggil mak di halaman untuk melihat air parit di depan rumah sebab malam sebelumnya hujan turun lebat mencurah-curah, yang luar biasa lebatnya. Bila mak sampai, ayah tiba-tiba terbatuk2 kecil...sesak nafas dan cuba gunakan inhaler tapi ayah terbawa inhaler yang dah habis. Semua itu asbab kematian ayah, sebenarnya janji Allah telah sampai waktu itu...tidak cepat dan lambat sesaat. Bila mak lihat ayah susah bernafas, mak memanggil abang iparku Acik Syukri yang hendak pergi ke pejabat. Acik Syukri sempat mengurut dada ayah dengan minyak angin, tapi ayah semakin lemah. Hanya nafas ayah yang turun naik dan kalimah Allah tidak putus dari sebutannya. Ayah rebah diatas Acik Syukri semasa sedang dipapah masuk kereta...menurut mak sepanjang dalam kereta ayah cuma diam, mata tertutup dan sesekali menarik nafas....mak panik tapi masih berdoa agar ayah dapat diselamatkan. Sampai di Klinik Kesihatan, MA mengesahkan ayah sudah tiada. Mungkin ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke Klinik. Ayah pergi di sisi isterinya yang tercinta, isteri yang setia di samping ayah ketika susah dan senang lebih dari separuh abad lamanya.

Ayahku meninggalkan kami semua bertemu yang hak pada 25 Mei 2011 pada usianya 81 tahun. Damailah Ayahanda Hj Jamal Bin Hj Mohd Ariff di sana.Ya Allah, kami redha dengan pemergiannya dan memohon agar Kau ampunkanlah dosa-dosa ayahku. Kau jauhkanlah dia dari azab api neraka dan Kau ringankan seksa kuburnya.Semoga roh ayah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Semoga segala amal kebaikan yang pernah ayah lakukan diterima Alalh dan menjadi bekalannya di akhirat.Dan kami memohon agar Kau jadikan kami anak-anaknya sebagai anak yg soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan arwah sehingga akhir hayat kami. Insyaallah....

AL-FATIHAH

Sunday, May 29, 2011

Pulangnya Ayahanda Tercinta ke Rahmatullah...25/5/2011 (Part 2)

Allahyarham Hj Jamal Mohd Ariff & anakanda Hajar Hj Jamal (Angah). Ayah seperti tahu dia akan meninggalkan kami selama-lamanya...







Rindu serindu-rindunya pada seraut wajah yang telah banyak berkorban & bersusah payah dalam mendidik dan membesarkan 9 orang anak-anaknya.


Koleksi Gambar terakhir pada 30/4/2011

Pulangnya Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah...25 Mei 2011 (Part 1)

2 Mei 2011 (Isnin) - Hari ini aku pulang ke Melaka setelah 3 hari di kampung meraikan pernikahan kedua Ena. Aku pulang awal sedikit sekitar sebelum zohor kerana urusan persekolahan anak banyak yang belum beres. Lagi pun suamiku Mizul sakit dada kesan jatuh terhentak di tandas rumah kampung seminggu yang lepas.Masa kemalangan tu berlaku kami balik menghantar barang persediaan kenduri.Dah penat sepanjang majlis kenduri, sakitnya datang semula.Dah ke klinik semalam, makan ubat...tapi masih sakit. Biasanya aku akan balik lewat petang atau malam ke rumah...tapi, kali ini berbeza.Masa kenduri ayah macam biasa jer, cuma sedikit pelik sebab ayah tak mau ambil wang sumbangan dari tetamu....banyak sumbangan yang dia tolak.." aku tak mau terhutang apa-apa dah..lagipun budak2 semua dah kahwin" sampaikan kenalan berbangsa Cina yang biasa hulur angpow tebal2 pun ayah reject...tapi kami semua fikir sbb dia dah uzur dan tak gagah sangat nak pergi kenduri orang kebetulan pula sekarang ni zaman kahwin anak2 dah lama berlalu...tak anggap pun itu petanda awal ayah.Ayah tetap cara ayah..kalau tidak, maka tidaklah jawapannya.Macam biasa juga nak balik salam peluk cium mak ayah...bercahaya wajah ayah kala lehernya dipaut anak-anakku yang nak cium pipi atuk...cupp kiri...cupp kanan. Aku tak ingat sama ada aku cium pipi ayah tau tidak buat kali terakhir pertemuan kami seperti kelaziman..puas aku cuba ingat2kan, tapi aku tak pasti...

15 mei 2011 (Ahad) - Hari ni Ahad, rindu rasanya nak balik kampung...nak jumpa mak ayah dan nak jumpa Ena, manalah tau kalau2 pengantin baru ada balik kampung. Kak Bai call tengahari tu..."Acu, balik tak hari ni?...Kak Bai tgh siap2 ni..." Aku macam orang mengantuk disorongkan bantal...terus ambil ikan siakap besar yang aku beli semalam nak bawak balik..boleh makan ramai2 nanti. Aku ni bab masak2 makan2 adik beradik paling aku suka...dan macam biasa jugak ayah mesti marah kalau banyak lauk..."Apa bendalah kau orang masak ni...banyak sangat nak makan, sampai tak tau nak pilih."
Aku segera beritahu Mizul...budak2 pun tak sabar2 nak balik...Tapi, suamiku kata dia tak larat...memang dia banyak berehat sejak semalam, dan kalau semalam aku minta nak balik tentu tak boleh juga sebab baju, kasut sekolah perlu dibasuh... rumah perlu dikemas..anak2 kena buat kerja sekolah. Hari ni, kalau balik pukul 3.00 ptg, nanti malam kul 9.00 dah nak balik semula...kelam kabut itu ini lagi. Aku hampa sehampa-hampanya...tapi, keputusan suami wajib dipatuhi...hati kecilku teramat rindu waktu itu. Aku hantar sms pada Kak Bai beritahu tak jadi balik.Janganlah mak ayah sedih harapnya.Kalaulah aku tahu....

21 & 22 mei 2011- Aku tak boleh pulang ke kampung sebab anak-anak akan exam hari Isnin nanti...biasanya minggu exam atau sebelumnya aku mmg hadkan aktiviti...tumpuan pada exam anak2. Mak ayah pun faham kalau time exam...Acik datang malam Sabtu sebab nak mintak Mizul tengokkan laptop...Dia beritahu pesan Ayah dan mak suruh balik minggu depan sebab ayahku nak bawa Mizul berubat dgn seorang Cina yang pakar bab kemalangan atau patah/bengkak organ dalaman. Aku beritahu Acik memang aku nak balik sgt sbb hari tu tak jadi balik...lagi pun aku nak pergi Jakel belikan kain baju raya dia orang berdua.

25 Mei 2011-Aku bangun awal pagi ini, sahur nak puasa sunat sebab anak2 masih dalam minggu exam. Masa mandi sekali lagi aku teingat nak pergi belikan baju raya on the way balik kampung nanti...aku nak beli warna ungu sedondon...sambil tekan suis off water heater sambil aku fikirkan betapa cantiknya purple lilac dengan mak dan ayah. Sampai di pejabat aku minta suamiku singgah sebentar sebab ada satu dokumen peribadi yang aku nak tunjukkan pada dia.Baru nak on PC sambil suamiku melihat dokumen yang aku bagi, telefon berbunyi..Acik call. Suara Acik tenang dengan nada yang amat perlahan, "Cu, harap Acu bertenang ya..nak beritahu, Ayah meninggal" Bila? "baru jap ni" Kat mana? "kat Klinik, ayah kena asthma.." Aku rasa kosong tapi masih tenang, tak ada sebarang respon yg extreme aku buat."Innalillahiwainnaillahirrajiun..."tu saja yang terlafaz ketika itu. Air mata setitis pun tak turun.Aku segera beritahu staff berita sedih itu..siap2 dan pesan apa yang patut, nampak reaksi staff2ku yang terkejut. Kami segera beredar nak ambil Kika,Min dan Adelle. 5 minit dalam kereta baru aku menangis, ralatkan tak dapat jumpa ayah buat kali terkahir dam mohon ampun darinya.Namun perasaan aku redha dan tenang setenang-tenangnya. Anak-anakku exam...satu lagi masalah. Tunggu paper dia orang habis buat baru boleh balik...tunggu 20 minit macam rasa 20 tahun lamanya.Kami balik sehelai sepinggang...cuma, Adelle saja yang ada bekalan baju, lampin dan susu sebab angkut semuanya dari Mak Idah dia.Sepanjang jalan ke Muar,penuh dengan esak tangis kami anak beranak diselang seli dengan bacaan fatihah untuk arwah.Aku berdoa agar Allah izinkan aku sempat membaca ayat suci serta sembahyang jenazah sebagai bakti terakhir anaknya sebelum ayah ke berzakh.