Tuesday, August 25, 2009

5 Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke5....Anak-anak pun dah faham suasana Ramadhan...bila sampai rumah sediakan makanan iftar...pastu tunggu kat meja makan...Kika dah tak tertahan2 menunggu waktu Maghrib masuk...dia dahagakan air sokmo....makan nasi pun boleh tahan....memang sampai ke besor lah nampaknya nanti anak dara aku nak buka puasa dgn nasi....

Semalam aku just beli lauk kat kafe office jer utk sahur....badan rasa penat nak masak. Lagipun semalam buka kat luar...kat Restotan Adil Tomyam yang tak berapa jengkal jer dgn rumah aku. Alhamdulillah sedap rezeki Allah...kami pesan siakap 3 rasa, tomyam, sup cendawan, telur dadar, udang petai pedas dan fresh orange. Ni kira pakej menu, layan jer lah....

Sekejap sangat masa beredar sampai tak sedar dah hari ke5...aku ni dah terbiasa suka dengar muzik ....so, masa Ramadhan ni pasang ajer lah nasyid2 kontemporari....dalam banyak2 tu tersuka pulak kat lagu Buta Mata nyanyian Saff-one...kira menginsafkan lah. Tu fasal aku letak lagu ni kat blog utk share sama lirik & melody yg begitu nice pada pendengaran aku...

Petang ni tapau lagi kat kafe rasanya....mungkin aku just nak masak sayur jer.....tak der stok makanan dlam fridge...hujung minggu baru makan besar kat rumah...

Selamat berbuka puasa....

Sunday, August 23, 2009

1 & 2 Ramadhan

Pagi ni rasa badan mcm tak bermaya...berat rasa kelopak mata ni nak buka luas2....sebenarnya aku keletihan.....aikkk baru puasa 2 hari dah tak larat ke?

Alhamdulillah...seperti mana yg aku rancang nak sambut puasa dgn mak dah tertunai...mmg kebiasaannya tiap2 tahun 1 Ramadhan aku akan sambut di Muar...gathering dgn adik beradik yg mana balik sekali....keseronokan bersahur & berbuka bersama tu yang besttt....juadah tak kisah sangat...ikan goreng pun sodap kalau dah ramai2 tu...

Tahun ni agak berlainan sikit sebab rumah mak bahagian dapur sedang giat di renovate....belum siap lagi, so....nak memasak agak mencabar sebab tunggu apek2 siap buat kojer, baru boleh turun dapur...apek tengah pasang tiles tu yang banyak habuk sikit tu....tapi, semua tu tak jadi masalah....yang penting spirit berpuasa tu ada...dan dah tentulah saat2 menyediakan juadah buka puasa tu yg paling seronok.

Mak dah uzur, anak2 perempuan 2-3 orang ni lah yg busy kat dapur...termasuklah suamiku Mizul, dia memang rajin tolong aku even kat rumah sendiri pun...so, masing2 dah ada tugas sendiri....hari pertama puasa aku & Kak Ena sibuk sediakan sahur...just panaskan ajer lauk left over malam tu, plus goreng nugget....time sahur tak memilih sangat, janji ada air panas, dan nasi suam2.....pastu makanlah ala kadar...Kika sahur pukul 6.30 pagi...kesian pulak nak jagakan dia awal pagi...ala budak2...yang penting latihan berterusan. alhamdulillah dia dapat tunaikan puasa 2 hari ni...

Juadah hari pertama:

BBQ ayam, daging, ketam & udang
Ikan cencaru bakar
Ayer Asam + Kicap cili - sos cicah
Sambal udang kecil
Gulai lemak pucuk paku
Agar-agar koko
Teh 'O'

yang seronok dah tentulah acara bakar membakar...Kak Ena & aku bakar seafood guna oven, yang lain2 tu Kak Bai & anak2 bakar kat luar dgn bara api.

Juadah hari kedua:

Asam pedas ikan cencaru + kembong
Ayam goreng kunyit + kacang panjang, petai, kentang, cili,bawang
Keladi rebus + kelapa, brown sugar
Pisang + keladi goreng
Bubur jagung+ keledek
Karipap
Fresh orange & air cincau

hari kedua aku masak dgn Kak Long pulak, kali ni konsep zaman Jepun...tu yang ada keladi, pisang segala....eh sedap pulak keladi rebus makan dgn kelapa & brown sugar tu...tapi, aku tak buka puasa kat kampung sbb esoknya nak keje...so, lepas masak memasak siap, aku tapau dan balik ke Melaka...sedih pulak nak tinggalkan mak ayah, tapi kalau lepas buka nanti....aku pulak yg rasa malas nak balik...so, terpaksa chiow awal2....karipap dan air just beli kat baazar & kedai makan......minum bergelen2 air sbb cuaca panas semalam...

Gambar makanan ada dlm kamera..esok2 senang boleh arr tepek.....

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak 1430H



Sedar tak sedar kita akan melangkah ke bulan Ramadhan...bulan yang mulia dari 1,000 bulan...Sama-samalah kita mohon agar diberi kesempatan oleh Allah bertemu Ramadhan kali ini setelah kita dapat menghirup udara Rejab dan Shaaban yang kian berlalu...


Entah kenapa beberapa hari menjelang Ramadhan hati aku berdebar-debar, menanti akirnya Shaaban seakan tidak sabar....dengan harapan agar kali ini aku dapat menikmati kemanisan Ramadhan lebih dari tahun-tahun sebelumnya yang banyak aku lepaskan dengan sia-sia saja kerana kealpaan dan kelemahanku sebagai seorang insan yang kurang sempurna...


Sejenak aku bersyukur dengan segala kurniaanNya, aku masih punya ibu dan ayah, suami, anak-anak, adik beradik serta sahabat taulan yang ku kasihi, masih punya pekerjaan, masih punya kediaman, masih ada itu dan ini ...tapi, semua itu bukan kekal...semuanya pinjaman Allah....Justeru bersyukur dengan kesempatan yang masih diberi...


pada pembaca blog yang aku hormati...salam Ramadhan dariku sekeluarga ...moga kalian juga bakal dikurniakan nur & rahmah ketika mengharungi Ramadhan Al-Mubarak...Sama-sama kita merebut peluang yang terbentang luas ini, Insyaallah...


Harapanku agar Allah memberi kekuatan, kesabaran, ketabahan, ketahanan dan keimanan kepada kita semua...Amin. Buat puteriku Kika, semoga anakanda dapat berpuasa menahan lapar & dahaga...tiada apa-apa yang dapat mama & papa janjikan....hanya inilah didikan & asuhan untuk anakanda mempersiapkan diri menjadi muslimah yang diredhaiNya...


Sampai jumpa lagi......

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali-Damailah di sana...







Hari ini luluh hatiku, berderai air mata....sayu jiwa...entahlah, walaupun arwah tidak mengenaliku...dan aku hanya salah seorang dari peminat arwah.....Menerima berita kematiannya secara tiba-tiba semalam seolah menerima khabar kehilangan ahli keluarga dan sahabat terdekat. Damailah engkau di sana Arwah Ustaz Asri Ibrahim -Rabbani. Dan dalam puluhan lagu2 arwah lagu Munajat adalah lagu yang paling aku suka....bila aku dalam kerunsingan, menempuh ujian hidup...lagu ini seringkali memberi jawapan dan memberi kedamaian.

Alunan suara arwah yang diibaratkan oleh saudara Ramli M.S. sebagai suara anugerah dari langit benar-benar menusuk jiwa dan memberi makna. Semoga keluarga & sahabat arwah bersabar denagn kehilangan ini. AL-FATIHAH.

MUNAJAT_RABBANI

Tuhan... kubisikkan kerinduan....
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMuI
a membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Dan pada saat akhir hayatnya, arwah sempat lagi meminta al-Quran, dan menyebut kalimah Allah sebelum rebah menemui penciptaNya. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman & beramal soleh. Giliran kita, adakah sudah bersedia?.....






Wednesday, August 12, 2009

Nasi Lemak Sempoiiii




Aku tak der idea nak tulis apa2....saja nak load gambor nasi lemak yg aku masak ntah bulan berapa ntah...setelah berdiam diri berminggu2, ni jer aku hidangkan sebagai cameo aku di arena blog memblog.... Actually banyak gambar2 makanan eating out nak ku lekatkan kat sini, tapi...atas sebab2 yg mentensionkan aku fasal blog ni sblm ni....hasrat tu nampaknya tak terlaksana.


ni, aku share resepi sambal tumis ikan bilis kak Wawa


Bhn2:
semangkuk cili kering yg dimesin - anggaran mangkuk wheep potato KFC size large.
3 ulas bawang putih -tumbuk
7 ulas bawang merah-tumbuk
1/4 biji bawang besar-tumbuk
sedikit belacan - kalau suka (aku jarang guna benda ni) - tumbuk sekali dgn bwg2 tu
3/4 biji bawang besar- dipotong gelang @ bulat
semangkuk ikan bilis - digoreng
sedikit air
sedikit air asam Jawa
sedikit gula melaka
garam & perasa


Cara masak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg ditumbuk lumat (kalau suka belacan pun tumbuk sekali ).
2. Bila bawang dah agak perang sedikit, masukkan cili mesin. Biar cili garing
3. Masukkan air dan tambah air asam jawa. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan bilis goreng. Biar dalam 4-5 minit.
5. Masukkan garam, gula melaka dan perasa.
6. Masukkan potongan bawang besar. Biar bawang layu dan sambal elok masak. (kalau nak tau
sambal dah ok, tengok minyak yang naik di permukaan sambal...) SIAP.