Tuesday, June 30, 2009

Tahniah Anakku Sayang...

Berkorban Apa Saja
Harta Atau pun Nyawa
Itulah Kasih Mesra
Sejati Dan Mulia

Untuk Menjadi Bukti
Kasih Yang Sejati
Bahagia Kekasih
Itu Yang Dihajati

Aku terharu sungguh dengan lirik lagu nukilan seniman tersohor Tan Sri P.Ramlee ni....

Terasa manis sekali bila Kika telah membalas pengorbananku dengan kejayaannya dalam exam pertengahan tahun...Alhamdulillah. Teruskan usaha ya sayang...Dia telah memulakan journey Darjah Satu nya dengan baik....masih terlalu banyak onak dan duri wahai anakku dalam setiap langkah perjalanan hidupmu...Mama & Papa akan sentiasa doakan kejayaan dan kesejahteraan anak2. Teguran, tegahan dan marah tu bukan kerana benci...tapi kerana kasih sebagai orang tua mu...

Tahniah & Terima Kasih dari Mama & Papa

Friday, June 5, 2009

Gulai Tempoyak Oh Gulai Tempoyak

My hubby memang addicted giler dgn masakan yg satu ni...gulai tempoyak! Tak kiralah tempoyak ikan atau ayam....laju ajer dia makan. Laa ni, Kika pun sama....laju jer suap nasi kalau ada tempoyak ikan patin atau apa2 ajer...asalkan tempoyak.

Bagi yg tak pernah rasa masakan ni mesti rasa pelik...apa yg sedap sgt gulai tempoyak ni yer?...kena arr tanya dgn anak jati Perak & Pahang. So, thanx again to my mother in law for this recipe. Sbg info, gulai tempoyak tak sesuai dimakan dgn lauk2 glamour yg canggih2...dikhuatiri tak dpt menikmati kesedapannya secara maksimum!..


Resepi Gulai Tempoyak Ayam Kak Wawa

4-5 ketul ayam (bhgn tulang) - potong kecil
15 biji cili padi- campurkan yg hijau dan merah (ikut tekak arr)
1/2 biji bawang besar (mak pahang tak masukkan bwang pun)
kunyit hidup sebesar 3/4 ibu jari
2 sudu besar tempoyak (kalau yg baru lagi ngammm)
sedikit daun kesum
1 papan petai - kupas kulit dan potong dua
5-6 batang kacang buncis
2-3 cawan air (ikut suka, jgn terlalu pekat, aku prefer sederhana pekat)
garam & aji


1)Tumbuk cili padi, kunyit, bawang besar, dan garam sehingga lumat.
2) masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, ayam, 2 cawan air dan tempoyak. Kacau sehingga tempoyak larut bersama bahan2 yg ditumbuk.
3)Masak gulai dgn api sederhana, kacau selalu.
4)Bila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan petai.
5)Bila gulai dah hampir masak, masukkan kacang buncis yg dipotong panjang2.
6) Sesuaikan rasa, masukkan aji kalau suka....dan jgn biarkan kacang buncis terlalu layu.SIAP


* Aku masukkan bawang sbb nak bagi rasa pedas+ manis ala2 gulai tempoyak Temerloh, but basically org Raub tak letak bawang. Terlalu pedas pun tak beshhh, so agak2 arr.


Hidangkan dgn nasi panas, ikan masin dan ulam-ulaman. Kak Wawa hidangkan dgn ikan masin kembong dan sayur kobis goreng. Walllaaaaa....


close-up gulai tempoyak dlm my periyok

Gulai tempoyak ayam...nyum...nyum


My mouth watering lunch set. Gulai tempoyak ayam, ikan masin dan kobis goreng! Abg Mizul pulun 3-4 pinggan

Thursday, June 4, 2009

Menu Hujung Bulan , Menu Nak Jimat Masa & Menu Orang Malas

Tak payah pening2 kepala kalau dah tak tau nak masak apa?

Meh tgk menu yg aku sediakan bila:
1)nak jimat time2 kebocoran berlaku pada poket ketika hujung bulan
2)tak selera nak makan ayam, daging dan benda2 yang heavy
3)nak jimat masa
4)malas nak habiskan masa berjam2 kat dapor
5)nak makan bertambah2 dgn nasi panas...my hubby love these kind of menus very much!

Syarat utama nak bagi umpphhh pada lauk2 mcm ni bila:
1)perut tengah lapor bebenor...
2)Nasi panas berasap
Here we go....

sayur bayam tumis air

Kerabu Tomato & Ikan Bilis


Sambal Sardin @ Sardin Goreng Asam

Ikan Kembong Goreng



Sambal Belachan + Lemon


Ayer Asam + Belachan