Monday, May 25, 2009

Cerekarama "Restu Mertua"




Sebenarnya dah 2 minggu berniat nak tulis fasal benda ni...tapi, mcm2 hal yang berlaku sampai aku lupa nak review citer menarik ni...Kalau aku tak silap TV3 tayangkan cerita ni sbb hari Ibu kot....2 weeks ago, If I'm not mistaken.




Cerita ni memang sesuwei ditonton oleh anak menantu dan para ibu mertua...selain utk hiburan mata di hujung minggu, drama ni banyak memberi pengajaran kepada anak-menantu-mertua yg terlibat. This is a really good drama from JS Pictures kepunyaan Sheila Rusly & hubbynya Jinggo. Aku memang peminat drama2 production laki bini creative ni...



Sharifah Marina (Elly) berkahwin dgn Asri (Fizz Fairuz) tanpa restu ibu masing2. Plot berkembang antara Asri, Marina dan Mak Asri (Sheila) and later dgn kehadiran Aiman anak couple romantis ni. Marina yang asalnya keturunan bangsawan & hartawan kurang disenangi si ibu mertua yg agak kekampungan dgn ego tinggi mengalahkan KLCC. Memang lawak masa mula2 tu bila Asri bawak si Marina ni balik kg for the first time dan berkenalan dgn mak nya. Ada ke patut jumpa bakal mak mertua yg duk kampung pakai gown paras lutut...ambik hang! terus kena perli tak sudah2 dek mulut laser Sheila Rusly. But, apa yang aku suka tentang Elly ni part dia mengada2 dgn Fizz....hehehe...sgt manja tapi kena cium tgn boifren yg berbau tempoyak...padan muka!



Sgt menarik scene makan petai jering dan durian/ tempoyak...skrip Elly "petei..,petei.." jadi favourite anak2 aku mengusik ayahnya yang obses dgn petai tempoyak...but, now seisi keluarga aku dah makan tempoyak...cuma, petai jer dimonopoli ayahnya. So, back to the drama...selepas bertahun2 pun si ibu mertua & menantu still tak boleh menyesuaikan diri walaupun dah ada Aiman yg kebetulan sgt rapat dgn opahnya. Plot semakin menarik bila Marina kehilangan Asri yang kemalangan jalanraya selepas mengucapkan "i lap u" pada isterinya...uuhhh sedih time ni...Marina meraung2 sampai terjelepuk di lantai....seterusnya, konflik berlaku antara Marina & mak mertuanya bermula dari sekecik2 benda spt menu petai tempoyak, rokok daun, makanan segera, sehinggalah kemuncaknya bila peminat setia Marina si Azhar (Norman Hakim) menceroboh ke rumah dan ingin bermain cinta dgn Marina...apa lagi bila si ibu mertua tersekodeng...kantoilah Marina bila kena tuduh memacam plus maki hamun lagi dek Mak mertuanya....disebabkan tak tertahan mendengar tuduhan org tua tu...Marina pun antara sengaja dan tidak bagi itu mak mertua sedas lempangan (ehh...betul ke bahasa aku ni?)...hehehe..buleh ke dera mak mertua?...dosyaaaa u...

Lastly, happy ending dgn ibu mertua memohon maaf pada Marina yg disangkakan plastik dan kekwat...tapi, sebenarnya baik dan setia.....aku tak nangis pun tengok cerita ni sbb aku rasa lawak jer sepanjang cerita...anak2 pun enjoy sbb Elly yg dipanggil "bella" memang kegemaran dia org....




Yang pentingnya aku nak kongsikan kat sini...

1)hormati ibu mertua...sayang arr seikhlas hati mcm mak sendiri gak

2)tak kira arr apa pangkat@ jawatan...jgn eksyen ngan ibu mertua

3)hormati menu dan budaya keluarga mertua...tak makan pun senyum jer, jgn kutuk!

4)bagi jer husband korang bedal apa yg dia org nak kalau kat kg dia

5)jgn jealous dgn ibu mertua...dah laki kita anak dia, bagi can lah mak dia manja2

6)jgn ajar anak2 sebelahkan siapa2...opah/nenek/tok wan/awe...semua sama jer

7)bawakan hadiah atau ole2 utk bodek ibu mertua sekali sekala...utk kebaikan b'sama gak

8)belajar ngan ibu mertua resepi kegemaran laki kita

9)kalau husband korang puji masakan ibunya..iyakan saja sbb masakan ibu adalah tersedappp pada tekak anaknya...kita pun mcm tu gak kan...

10)u are very lucky if your hubby really appreciated his mother, means he is a good man indeed!




...dan aku sgt bertuah sbb ibu mertuaku "Hajah Sariah Kassim" amat baik orangnya, soft spoken, ramah tamah, tak garang, baik hati dan menerima aku seadanya sebagai menantu perempuannya yg banyak sgt kekurangan....."terima kasih mak ajar Siti (panggilan Kak Wawa di Pahang) masak gulai tempoyak..."
Arwah Apak & Mak yang ku kasihi


Terima kasih pada mak & apak yg telah melahirkan "insan yg ku sayangi"


Kak Wawa & Abg Mizul

Wednesday, May 20, 2009

Petua Dapur Kak Wawa Part 3

Salam semua puan-puan dan mokcik-mokcik. Hari ni Kak Wawa nak kongsi lagi a few tips utk kita sama-sama mahirkan diri kat dapur. Hokaylah, jom tengok pebenda yg Kak Wawa nak mengarut ni...topik kak wawa kali ni ialah gula,kopi, teh,milo dan sewaktu dgnnya.


1. Untuk sapa-sapa yg ada masalah fridge ada bau yg kureng menyenangkan, senang jer..ambil
sedikit nescafe atau kopi, buh dlm bekas kecik yg terbuka dan letak arr kat dlm fridge tu, jgn
letak forever kang semua benda bau kopi....letak sehari dah cukup arr. Insyaallah okaylah
balik sistem pembauan fridge mokcik2 tu. Tapi ada gak yg suka letak daun pandan, terserah
anda.

2. Buat ayor hangat jgn guna teko plastik, dikhuatiri rasa dan aroma air yg sedap tu akan
terjejas. Disebabkan minuman peberet family Kak Wawa ialah "tehO" so, cara buat teh O yg
ngam ialah masukkan air panas mendidih kat dlm teko kaca yg dah ada uncang teh. Tutup
teko, dan biarkan seminit dua, pastu baru kacau dan letak gula. Jgn terlalu tawar atau manis.
Minum ketika suam...u can see the result...

3. Kalau nak tambah rasa sambal tumis sedap berkrim lagi menyelerakan....ni dia tipsnyer...utk
mokcik2 yg suka masukkan gula dlm sambal, cuba guna gula melaka. Jgn letak terlalu
banyak kang sambal jadi air sirap pulak manisnya....just letak ikut selera sesedap rasa....utk
rekod, Kak Wawa kelahiran Johor, so, sambal tak suka yg 100% pedas....musti ada sedikit
rasa manis especially sambal nasi lemak.But, sambal ikan kalau boleh jgn letak gula banyak,
sedikit jer cukup atau kalau sugar free lebih sedap!

4. Untuk dapatkan rasa bubur manisan atau ada org panggil pengat yang sedap, jgn guna gula
melaka atau gula merah terlalu banyak, guna secara sederhana dgn bantuan gula pasir. Ini
bukan saja akan menghasilkan rasa yg sedap, tapi warna bubur juga cantik dan lebih
menyelerakan.

5. Secangkir kopi memang sedap dihirup!...but ada seni menghasilkan kopi yang lazat...tak
kiralah brand apa kopi2 mokcik tu...guna air yg memang panas mendidih gila2 suhunya, pastu
masukkan dlm teko atau mug kaca. Tutup dan biar seketika...lebih kurang mcm buat tehO arr
tadi...lepas tu bila biji2 kopi dan semakin mendap ke bawah, baru kacau dan letaklah gula atau
susu spt yg diingini...kesedapan kopi bergantung kepada berapa banyak kopi yang digunakan,
suhu air panas, bekas yg digunakan dan off course rasa gula & susu yg dicampur bersama.

6. Milo bukan kegemaran Kak Wawa...tapi, sesekali minum sedap gak. Buat Milo memang
senang mcm kacang!...tapi, ada jugak masanya kita minum Milo yg lebih kurang bubur kacang
ajer rasanya...hehehe. So, same goes to Milo; with hot water, much more Milo powder, less
milk and before u serve sprinkled it again with Milo powder..don't stir anymore. Drink when it
still hot..wallaaaa...and don't forget to put the spoon in every mug supaya senang nak kacau
serdak Milo tu...satu lagi, Milo sometimes lebih sedap kalau ditarik....

7. Kalau time raya nak buat kordial sarsi, oren , anggur yang sedap rasanya....cuba guna tips
mudah ini. Just campurkan kordial biasa anda dgn air bergas yg sama perasanya....memang
ngammmm dan meriah...

8. Air suam lebih enak diminum dalam gelas/cawan/mug kaca....yg suam, bukan sejuk ok!

9. Nescafe (khas utk Dr. wannabe...Che Puan Anis) sedap diminum dgn coffee mate dan okay
jugaklah dgn susu pekat biasa. Rasa nescafe amat kelat dan pahit sebenarnya, so...kalau nak
buat nescafe O jgn letak terlalu banyak, nanti jadi terlalu kelat. Nescafe + susu pun akan rasa
sedikit kelat masam kalau letak terlalu banyak serbuk kopinya...so, ur tongue...ur taste!

10. Gula sebenarnya adalah perasa asli utk membangkitkan rasa sedap pada makanan
sebelum serbuk MSG dicipta. So, boleh cuba2 masukkan gula dalam resepi masakan
mokcik2 semua...but, jgn berlebihan!

Monday, May 18, 2009

Esok Hari Jadi Min...

Min & mamanya yg sama2 bulatttt...

Esok makcik kenit yg sorang tu punya birthday...dr minggu lepas kalau tanya dia," hari rabu 20 hb nanti hari apa?"..."hari jadi min..." meleret dia senyum sampai ke telinga.


Aku tak buat apa2 pun utk birthday dia kali ini, kebetulan kika exam mid.year so, dgn alasan bagus tu aku cakap tak boleh gi dinner sbb mlm kakak nak study...just tempah sebiji kek barbie colour pink yg dia nak sgt, pastu beli air kotak utk kawan2 dia makan dgn kek tu...no goodies ke mende...bosan tiap2 thn nak sediakan benda2 tu kat tadika...dari kika sampailah ke adik....rutin yg sama jer...tapi, agenda makan2 sefamily aku akan buat gaklah lepas Kika siap pereksa sekolah pagi dan agama nanti.


Kika dah belikan Min bantal busyuk siap ada kepala bear kat atasnya. Mama?..."mama bagi hadiah apa utk Min?" ...tak der pa per.


Balik ni nak kena wrap hadiah Kika yg tak surprise tu...siap dia boleh bawak tidur pulak masa baru beli hari tuh...pastu suruh balut bagi adik pulak...lantak kome ler....

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu kepada semua insan keramat yang bergelar ibu...

seorang ibu akan segera kenyang bila melihat anaknya makan
seorang ibu rawan hatinya bila melihat si anak berduka
seorang ibu tak lena tidur malam bila melihat anaknya sakit
seorang anak?...dimanakah seorang anak di hari tua ibunya?

pagi2 Ahad lagi anak2 aku yg berdua tu dah ucapkan selamat hari Ibu...kad ucapan aku terima sekeping dari Min dan 2-3 keping lagi dari Kika...semuanya kad D.I.Y...pandai dan kreatif jugak budak2 berdua ni. "mama bagi nenek hadiah apa?" soal Kika pada aku...."mama belikan nenek makanan jer dan kita makan2 kat rumah nenek okay"

Tengahari ahad tu aku dah sampai ke kampung...beli arr sikit barang2 makan utk makan adik beradik mlm nanti. Memang tak belikan mak hadiah pun, just bawa makanan yg mak suka jer...paling beshh aku beli 'cincaluk' sebotol ....lama tak lepas gian makan mende tu....kebetulan Acik tak ada class hari tu...so, meriah arr kiranya petang Ahad tu dgn Kak Ena, Kak Bai, Acik dan anak2 kami. Ceria wajah ayah dan mak melayan karenah anak cucu yang tak reti duduk diam. Kak Bai sponsor makan petang dgn kek lapis sarawak (dia beli masa kursus), kuih bakar dan karipap. Kak Ena ambil tender buat air...lepas satu jar..satu jar.

Aku masak ikan kerapu sweet sour, tomyam ayam (ni mak yg request), ayam goreng, telur dadar dan pembuka selera cincaluk + cili padi, tomato yg boleh buat air liur menitis gitu! Cincaluk ni Kak Bai yg buat...pedas mengancam! Aku bawa tembikai kuning dan kat rumah mak dah ada tembikai merah...nyum...nyum...Sori arr tak der gambar...malas pulak nak kuarkan kamera masa tu.

Yang lawaknya, anak2 sibuk buat kad ucapan, tak cukup kat ibu sendiri siap buat utk mak2 sedara...Kika buat utk Ibu dia (anak2 panggil kak Bai 'Ibu') dan kak Ena (Mak Jang)...siap Kika buat kad "Selamat Hari Mak Jang"....terhibur golongan mak2 ni tengok telatah anak2...

Satu moment yg menggembirakan bila terima berita dari JB, Noor dah selamat bersalin hari Jumaat hari tu...dapat baby boy "Muhaimin NurHazyzy Bin Mohd Yusof" selamat menjadi ibu kakak.....

Bila malam waktu pulang, ternampak kesedihan kat wajah mak dan ayah...apa kan daya mak, masa selalu membataskan kita.

Mak, Selamat Hari Ibu...sayang mak sangat-sangat! dan aku percaya mak begitu terharu dan gembira malam itu!

Monday, May 4, 2009

AIR & Anakku

Anak2 daraku yg dua orang tu memang suka main air, bazirkan air,..pantang jumpa air tak kiralah kat mana....memang dia org leka sokmo...


so, layan are some photos time dia org posing di lokasi2 kegemaran dia org....gambar mandi manda malas nak tepek sbb ada dugong posing sama....banyak gambar picnic sebenarnya tapi dah lupa simpan PC mana...




Min masa island hopping kat Langkawi...balik berendam kat pulau apa ntah.

Kika & Min rawwwkkss.....dlm bot menuju Tasik Dyg Bunting




posing kat "pearl harbour" Langkawi

Pantai Cenang Langkawi

Lagenda Kondo, Pantai Klebang

Pantai Puteri, Melaka
Bercanda di pasiran pantai.....