Tuesday, April 28, 2009

Kisah Min...

Gambo terbaru Yasmin Hananie Hamizul

mmmm...lamanya tak cerita bab anak-anak...alhamdulillah, kesihatan dia org dah semakin okay after a very bad fever and flu episodes....hampir 2 minggu rumah aku jadi klinik desa!


ni, nak cerita fasal Yasmin. Dia dah pandai membaca...Alhamdulillah syukur...kadang tu tergelak jugak bila dia dah mula membaca poster and signboard kat tepi jln...semalam kat kedai makan aku rasa nak tergelak giler bila tiba2 Min gelak sorang2....time tu aku baru siap cuci tangan; kika & ayahnya kat kaunter...so, we left min alone...she was standing infront of the poster...bila aku datang dekat dia, aku tanya lah" adik, kenapa ketawa sorang2 ni...dia terus tunjuk arah poster tu..."mama, kopi janggut!...kopi janggut!" what's so funny dear?.... dia rasa lawak sangat nama kopi yg sememangnya pelik tu!....aku pun baru tau kewujudan sejenis kopi berbrandkan "kopi janggut:...setau aku yg teruk sikit, 'kopi janda"vs "kopi jantan"


Itulah Min, dia baru rasa dunia lebih ceria bila dia dah mula kenal huruf and able to read the text. Seronok jugak tengok sekarang ni dia dah mula membelek buku cerita kakaknya dan beri perhatian pada movie subtitle. Sebenarnya aku memang tak mengajar dia membaca pun di rumah, berbanding Kika dulu aku over concerned! Kiranya tercapailah cabaran utk dia yg mama dia nak dia boleh membaca sepenuhnya sebelum ulangtahun dia yg ke 5 tahun pd 20 Mei akan datang ni, Insyaallah.

so, welcome to the real world Min....seronok kan bila dah tak buta huruf ni!....hehehehe

Monday, April 13, 2009

Nasi Ayam Madu Rumah No.8


Kualiti gambo agak kurreng fasal kamera t'tggl kat opis. Sup tak sempat posing sekali!

Ayam Oh Ayam...Kak Wawa pesta makan ayam sekarang ni sbb Mydin MITC yg baru bukak tu bagi crazy price for all items...tapi, yg paling gila tentulah harga ayam...99 sen 1 kg. Beli 2 ekor tak sampai 4 hengget( limit utk seorang) dah penuh dgn ayam fridge tu...so, ayam, ayam dan ayam. Jgn muka mcm ayam sudah!

Balik keje semalam dgn ekspressnya aku masak dgn dibantu husband tercinta...Nasi Ayam Madu yg lebih simple, cepat dan rasa boleh tahan juga! Rupa-rupanya nak menyambut org jauh...Noor & Usop sampai mlm semalam bawa keropok lekor kemaman...rezeki my bakal cucunda di dalam perut ibunya...

So, jom tengok resepinya...

Bhn Nasi:
2 cawan beras
2 cawan sup ayam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil margerin @ beberapa titis minyak bijan
sedikit kunyit serbuk...sikit jer tau!
sedikit garam

Bhn Sup:
Bawang putih+ halia+bawang merah -tumbuk halus
seketul kulit kayu manis
1 kiub ayam
1 rempah sup bunjut
garam

Bhn Ayam Madu:
5-7 potong ayam
2 sudu madu
2 sudu kicap manis kipas udang
2 sudu sos tiram

Kicap Lada Hitam:
1 cwn sup ayam
2 sudu serbuk perencah lada hitam maggi
1 ulas bawang putih-tumbuk halus
1 sudu tepung jagung
1 sudu kicap kipas udang manis

Kuah Cili:
3 biji cili merah
4 biji cili api
lebih sedikit halia - anggaran sebesar ibu jari arr
2 ulas bwg putih
1 1/2 sudu gula pasir
2 sudu cuka @ air limau kasturi
garam & perasa
Ulam& sayuran
Hirisan timun/tomato
daun sup & bawang
Cara Masak:
Apa2 pun mulakan kerja anda semua dgn nama Allah & selawat Nabi
1. Mulakan dengan buat sup. Guna sedikit saja minyak...sesudu pun cukup. Tumis bwg putih/merah/halia & kulit kayu manis.
2. Masukkan air banyak sikit sbb nak guna sup tu kat bahan2 lain.
3.Masukkan sup bunjut & kiub ayam, then sesuaikan rasa garam.
4.Masukkan ayam dan biar hingga masak. (kalau ayam madu, pastikan ayam masak sbb nak goreng skjap jer)
5.Bila ayam masak, angkat dan toskan ayam.
6. Sesuaikan rasa sup, kiranya sup dah masak arrr.
7.Masak nasi mcm biasa cuma guna sup ayam ganti air. Masukkan semua bahan2 nasi kecuali margerin @ minyak bijan tu bila nasi dah mendidih, baru letak. Nasi siap!
8.Ayam tadi kmdn diperap dgn bahan perapan ayam sekejap jer. Kmdn goreng ayam jgn sampai kulit terlalu hangus, tak lawa. Goreng sekejap jer.
9.Sambil goreng ayam boleh buat kuah kicap lada hitam. Satukan semua bahan dgn gunakan sup ayam tadi dan masak hingga mendidih, pastu bancuh tepung jagung dgn sedikit air masak dan campurkan dlm kuah utk pekat sedikit. Siap.
10. Mesin cili, bawang putih, halia...masukkan bersama2 bahan2 kuah cili yg lain dan masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa...Pastikan ada rasa halia dan jgn terlalu manis. Siap!
11. Hidang panas dgn Ulam-ulaman kesukaan korang

* tips...menu ni kalau nak cepat kena pantas masak. Guna 2 tungku dapur jalan sekali...mulakan dgn masak sup, next nasi dlm rice cooker, next ayam madu, next kicap lada hitam, next kuah cili dan sambil2 tu potong ulam. Done without mess!

Nasi Ayam Madu versi aku berwarna kekuningan dan makan dgn kuah lada yg lebih beraroma & rasa halia (lebih kurang cili ayamas) dan kicap lada hitam. Ayam madu dah manis, so kuah lada 7 kicap biar pedas baru blend & terangkat! Tempoh masak resepi ni lebih cepat banding nasi ayam yg satu lagi tu...proses pun mudah!

Sepinggan Nasi Goreng Ayam...Secangkir Teh O




















Gambar ni memang tak lawa...guna henpon jer...masakan pun tak sesedap mana!



tapi, inilah bukti kasih sayang isteri menyediakan hidangan ringkas buat suaminya yg pulang dari overtime. Chewaaaahhhh Kak Wawa nak bermanja2 lah pulak!



yg pastinya licin disantap sang suami tercinta yg letih pulang dari kerja...berpeluh2 abang Mizul kita makan!

Tuesday, April 7, 2009

Mak...Ratu Hatiku



Dari saat kelahiranku

Telah ku terima segunung budi suci
Kau menyusu dan membelaiku

Hingga tak sedar waktu beredar

Dewasa aku dalam dakapan kasihmu


Kau, tanpa jemu sentiasa berdoa

Agar hidup anakmu diberkati, dilindungi

Kau seringkali terharu

Menyambut kepulanganku dengan pelukan kasih

Menyajikan aku hidangan air tanganmu

Berkongsi segala cerita suka duka

Jika aku sakit dan derita hati

Kau yang dulu merasainya

Hingga tumpah air matamu...


Kecekalanmu jadi azimat

Keikhlasanmu ibarat ubat

Kau menyayangiku tanpa syarat...


Terima kasih Mak....